Konflik Pemilikan dan Pembangunan Tanah Adat Orang Asal di Sarawak

Ownership Conflict and Development of Indigenous Customary Land in Sarawak

  • Nur Hidayah Zubairi
  • Mohd Rizal Mohd Yaakop
Keywords: Isu Pemilikan Tanah Adat, Komuniti di Sarawak, Pembangunan, Undang-Undang Tanah, Adat dan Budaya, Tanah Adat

Abstract

ABSTRAK

Kajian ini meneliti konflik pemilikan dan pembangunan tanah adat di Sarawak dengan memberi tumpuan terhadap isu yang timbul dalam usaha untuk melindungi tanah adat seperti yang ditinggalkan oleh budaya dan adat sesebuah komuniti. Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan budaya, adat dan komuniti yang pelbagai sehingga mewujudkan corak yang pelbagai di Malaysia. Oleh itu tanah adat di Sarawak merupakan aspek penting untuk melindungi keunikan tersebut. Bagi meneliti konflik pemilikan dan pembangunan tanah adat di Sarawak, kajian menggariskan tiga objektif. Pertama, menjelaskan sekiranya undang-undang tanah mampu melindungi pihak komuniti untuk memperoleh tanah adat di Sarawak. Kedua, mengolah cabaran yang dilalui oleh komuniti Sarawak dalam usaha melindungi tanah adat daripada dimiliki aktor lain. Ketiga, mengenal pasti sekiranya proses pembangunan menyumbang kepada kesan buruk terhadap pemilikan tanah adat serta menjejaskan kehidupan komuniti. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual, kajian perpustakaan, jurnal akademik dan pemerhatian. Hasil kajian ini menemukan tiga dapatan. Pertama, undang-undang yang diperuntukkan adalah berdasarkan kepada situasi serta tidak berunsurkan berat sebelah kepada mana-mana pihak. Kedua, cabaran yang dilalui dalam usaha untuk mempertahankan tanah adat telah memberi impak kepada kehidupan terhadap komuniti di Sarawak. Ketiga, proses pembangunan merupakan faktor terhadap kebangkitan konflik pemilikan tanah adat. Oleh itu, kepentingan komuniti Sarawak dan juga pembangunan perlu selari supaya tiada pihak yang tertindas.

Kata kunci: Isu Pemilikan Tanah Adat, Komuniti di Sarawak, Pembangunan, Undang-Undang Tanah, Adat dan Budaya, Tanah Adat

 

ABSTRACT

This study examines the conflict over the ownership and development of customary land in Sarawak, focusing on the issues arising in the effort to protect customary land as left by the culture and tradition of a community. Sarawak is a state rich in culture, tradition, and diverse communities, therefore customary land in Sarawak is an important aspect to protect this uniqueness. To investigate the conflict over the ownership and development of customary land in Sarawak, the study outlines


three objectives. Firstly, to determine if land laws are able to protect communities to obtain customary land. Secondly, to address the challenges faced by Sarawak communities in their efforts to protect customary land from being owned by other actors. Thirdly, to identify if the development process contributes to negative effects on customary land ownership and affects community life. This study uses qualitative methods, including interviews, library research, academic journals, and observation. The study's findings reveal three conclusions. Firstly, the laws provided are based on the situation and are not biassed. Secondly, the challenges faced in efforts to defend customary land have had an impact on the lives of communities in Sarawak. Thirdly, the development process is a factor in the emergence of conflicts over customary land ownership. Therefore, the interests of the community and development need to be aligned to ensure that no party is oppressed

Keywords: Customary Land Ownership Issues, Communities in Sarawak, Development, Land Law, Custom and Culture, Customary Land

Published
2025-04-02
How to Cite
Zubairi, N. H., & Mohd Yaakop, M. R. (2025, April 2). Konflik Pemilikan dan Pembangunan Tanah Adat Orang Asal di Sarawak. Jurnal Wacana Sarjana, 9(1), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/629