Makna Siratan Bahasa Figuratif dalam Cerpen Pilihan Karya A. Samad Said
The Meaning of Figurative Language in Selected Short Stories by A. Samad Said
Abstract
ABSTRAKBahasa figuratif merupakan gaya bahasa tersirat yang menjadi sebahagian daripada ilmu sastera dan linguistik. Gaya bahasa ini digunakan dalam karya kreatif dan bukan kreatif. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan bahasa dalam karya kreatif iaitu cerpen. Terdapat dua objektif utama dalam kajian ini iaitu mengenal pasti penggunaan bahasa figuratif yang digunakan dan menganalisis makna sebenar bahasa figuratif dalam cerpen karya A. Samad Said menggunakan teori relevans. Metodologi yang digunakan adalah pendekatan kualitatif menggunakan kajian kepustakaan dan analisis teks. Cerpen “Dosa Pejuang” karya A. Samad Said sebagai data kajian. Data dianalisis menggunakan teori Relevans yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson pada tahun 1986 dan 1995. Teori Relevans merupakan pendekatan yang menitikberatkan konteks, kesan konteks (kognitif) dan usaha memproses dalam memahami makna ujaran. Bahasa figuratif difokuskan kepada personifikasi, metafora, simile dan hiperbola. Hasil kajian menunjukkan bahawa teori relevans berjaya merungkaikan makna sebenar penggunaan bahasa figuratif dalam cerpen “Dosa Pejuang”. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan bahawa bahasa figuratif memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kepada pembaca dengan berkesan.
Kata Kunci: bahasa figuratif, cerpen, teori Relevans, gaya bahasa, karya kreatif
ABSTRACT
Figurative language is a language style that implies meanings and is part of literature and linguistic studies. This language style is used in both creative and non-creative works. This study focuses on the use of language in creative works, specifically short stories. There are two main objectives: to identify the use of figurative language and to analyze the true meaning of figurative language in the short story by A. Samad Said using Relevance theory. The methodology used is a qualitative approach using literature review and text analysis. The short story "Dosa Pejuang" by A. Samad Said serves as the research data. Data is analyzed using the Relevance theory developed by Sperber and Wilson in 1986 and 1995. The Relevance theory emphasizes context, the effects of context (cognitive), and the effort in processing to understand the meaning of speech. Figurative language focuses on personification, metaphor, simile and hyperbole. The study results show that Relevance theory successfully unravels the true meaning of the use of figurative language in the short story "Dosa Pejuang". This study highlights the importance of figurative language in effective communication.
Keywords: figurative language, short stories, Relevance theory, language style, creative works