Pengaruh Media Terhadap Persepsi dan Pandangan Masyarakat Bagi Kes Jenayah di Selangor, Malaysia
The Influence of the Media on Public Perception and Views of Criminal Cases in Selangor, Malaysia
Abstract
ABSTRAK
Media, tradisional dan moden, memainkan peranan penting dalam membentuk sikap, persepsi dan pandangan umum berkenaan sesuatu perkara dengan menyediakan liputan yang meluas terutamanya berkenaan kes jenayah yang sering kali dilaporkan melalui pensesansian yang penuh dengan emosi. Kajian ini untuk mengkaji pengaruh media terhadap persepsi dan pandangan masyarakat terhadap kes jenayah yang berlaku. Fokus bagi kajian ini termasuk menilai bagaimana pendedahan terhadap pelbagai jenis media mempengaruhi tahap ketakutan terhadap jenayah dan persepsi keselamatan masyarakat. Reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan kaedah kajian keratan rentas digunakan dalam kajian, dengan bilangan responden seramai 111 orang yang berjaya diperolehi. Berikut adalah instrumen kajian yang digunakan, Media and Technology Usage and Attitudes Scale (MTUAS), Fear of Crime (FOC), dan Perception of Crime. Hasil daripada analisis data secara keseluruhan menunjukkan hubungan korelasi yang lemah dan tidak signifikan antara setiap pembolehubah. Namun berdasarkan ujian korelasi Pearson antara pembolehubah dan dimensi pembolehubah menunjukkan hubungan yang signifikan seperti Tontonan televisyen berkorelasi secara signifikan dan positif dengan ketakutan terhadap jenayah (r = 0.261, p = 0.006) dan jantina mempunyai hubungan yang signifikan dengan beberapa dimensi utama persepsi jenayah. Hasil daripada kajian, memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang ketakutan dan persepsi jenayah dibentuk oleh interaksi kompleks pendedahan media, persepsi keselamatan individu dan pengalaman demografi, terutamanya jantina.
Kata kunci: Media, Persepsi Masyarakat, Jenayah, Keselamatan. Ketakutan Terhadap Jenayah
ABSTRACT
The media, both traditional and modern, play an important role in shaping attitudes, perceptions and public views on a matter by providing extensive coverage, especially regarding criminal cases that are often reported through sensationalism full of emotion. This study is to examine the influence of the media on the public's perception and views on criminal cases that occur. The focus of this study includes assessing how exposure to various types of media affects the level of fear of crime and the perception of public safety. A quantitative study design using a cross-sectional study method was used in the study, with a total of 111 respondents successfully obtained. The following are the study instruments used, Media and Technology Usage and Attitudes Scale (MTUAS), Fear of Crime (FOC), and Perception of Crime. The results of the overall data analysis showed a weak and insignificant correlation between each variable. However, based on the Pearson correlation test between variables and variable dimensions, significant relationships were shown such as Television viewing was significantly and positively correlated with fear of crime (r = 0.261, p = 0.006) and gender had a significant relationship with several main dimensions of crime perception. The results of the study provide a deeper understanding of how fear and perceptions of crime are shaped by the complex interaction of media exposure, individual safety perceptions and demographic experiences, particularly gender.
Keywords: Media, Public Perception, Crime, Safety, Fear Of Crime