Analisis Pelepasan Karbon Berdasarkan Faktor Pengangkutan Kakitangan UKM Ke Arah Penyelesaian Pengangkutan Lestari

The Analysis of Carbon Emissions from the Transportation Factor of UKM Staff Towards Sustainable Transportation Solutions

  • Nur Batrisyia Suhaizi Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Khairul Nizam Abdul Maulud Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina & Pusat Strategi, Pejabat Pro-Naib Canselor, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Roslee Rajikan Program Dietetik Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan & Pusat Strategi, Pejabat Pro-Naib Canselor, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Abstract

ABSTRAK
Kenderaan merupakan keperluan utama dalam kehidupan moden yang memudahkan pergerakan dari satu lokasi ke lokasi lain dengan lebih efisien. Namun begitu, penggunaan kenderaan bermotor menyumbang secara signifikan kepada pelepasan karbon dioksida (CO2) ke atmosfera. Di Malaysia, kadar penggunaan kenderaan persendirian adalah tinggi, khususnya di kawasan bandar dan institusi pendidikan seperti universiti. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sektor pengangkutan dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang utama kepada pelepasan karbon di kampus, terutama melalui penggunaan meluas kenderaan persendirian. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti corak penggunaan pengangkutan utama serta mengukur jumlah pelepasan karbon yang terhasil. Kajian juga bertujuan mencadangkan strategi dan langkah praktikal bagi mengurangkan pelepasan karbon melalui pendekatan mobiliti lestari. Metodologi kajian melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik yang dijalankan dalam kalangan warga kakitangan UKM dari bulan September 2024 hingga Disember 2024 bagi menilai kelakuan perjalanan dan faktor pemilihan mod pengangkutan. Kajian turut merujuk literatur terdahulu berkaitan kesan penggunaan kenderaan terhadap pelepasan karbon. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perbandingan antara kampus menunjukkan Kampus Cheras mencatatkan purata pelepasan karbon tertinggi secara konsisten, diikuti oleh Kampus Kuala Lumpur dan Kampus Bangi. Secara keseluruhan, purata pelepasan karbon bagi ketiga-tiga kampus menunjukkan peningkatan dari bulan ke bulan. Pada bulan September, purata pelepasan karbon adalah sebanyak 137.60 kg CO2, meningkat sedikit pada bulan Oktober kepada 142.48 kg CO2, menurun semula pada bulan November kepada 131.31 kg CO2, sebelum mencapai nilai tertinggi pada bulan Disember iaitu 147.96 kg CO2. Oleh itu, had purata pelepasan karbon bulanan tertinggi direkodkan pada bulan Disember dengan Kampus Cheras merekodkan nilai tertinggi iaitu 166.53 kg CO2. Hasil ini memberikan gambaran jelas mengenai lokasi dan kelompok yang perlu diberi fokus dalam pelaksanaan strategi mobiliti lestari.Penemuan ini akan menjadi rujukan penting bagi pihak pengurusan universiti dalam merangka dasar dan inisiatif mobiliti hijau, selaras dengan matlamat UKM untuk mencapai status kampus sifar karbon menjelang tahun 2050.
Kata kunci: Kelestarian, pengangkutan lestari, pelepasan karbon, jejak karbon, kampus sifar karbon

 

ABSTRACT
Vehicles are a fundamental necessity in modern life, facilitating efficient movement from one location to another. However, the use of motor vehicles significantly contributes to carbon dioxide (CO2) emissions into the atmosphere. In Malaysia, the rate of private vehicle usage is high, especially in urban areas and educational institutions such as universities. At Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), the transportation sector has been identified as one of the main contributors to campus carbon emissions, primarily due to the widespread use of private vehicles. Accordingly, this study was conducted to identify patterns of transportation usage and measure the resulting carbon emissions. It also aims to propose strategies and practical steps to reduce carbon emissions through sustainable mobility approaches. The methodology involved collecting data via surveys conducted among UKM staff from September 2024 to December 2024, to assess travel behavior and factors influencing transportation mode choices. The study also refers to previous literature concerning the impact of vehicle usage on carbon emissions. The findings of the study indicate that, among the campuses compared, Cheras Campus consistently recorded the highest average carbon emissions, followed by Kuala Lumpur Campus and Bangi Campus. Overall, the average carbon emissions across all three campuses showed an upward trend from month to month. In September, the average carbon emission was 137.60 kg CO2, which slightly increased in October to 142.48 kg CO2. It then decreased in November to 131.31 kg CO2 before reaching the highest value in December at 147.96 kg CO2. Therefore, the highest monthly average carbon emission was recorded in December, with Cheras Campus registering the peak value of 166.53 kg CO2. These results provide a clear picture of the locations and groups that should be prioritized in implementing sustainable mobility strategies. The findings serve as a crucial reference for university management in formulating green mobility policies and initiatives, aligning with UKM’s goal of achieving a zero-carbon campus by 2050.
Keywords: Sustainability, sustainable mobility, carbon emission, carbon footprint, net zero carbon campus

Published
2025-08-30
How to Cite
Suhaizi, N. B., Abdul Maulud, K. N., & Rajikan, R. (2025, August 30). Analisis Pelepasan Karbon Berdasarkan Faktor Pengangkutan Kakitangan UKM Ke Arah Penyelesaian Pengangkutan Lestari. Jurnal Wacana Sarjana, 9(2), 136-154. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/661