Pemilikan Modal Perniagaan Komuniti Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta Implikasinya terhadap Kelestarian Ekonomi: Kajian Kes Pasar Seni, Kuala Lumpur
Business Capital Ownership among the Small and Medium Enterprise (SME) Community and Its Implications for Economic Sustainability: A Case Study of Central Market, Kuala Lumpur
Abstract
ABSTRAK
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berfungsi sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam menyediakan pekerjaan di samping mengurangkan jurang ekonomi sekaligus memacu ekonomi tempatan di Malaysia. Pemilikan modal seperti budaya, sosial, insan dan kewangan dalam kalangan komuniti IKS di bandar mahupun luar bandar mempengaruhi keupayaan perniagaan untuk bertahan dan berkembang dalam ekosistem ekonomi yang kompetitif. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pemilikan modal perniagaan dalam komuniti IKS. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada peniaga IKS di kawasan Pasar Seni, Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah kuantitatif. Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik melalui teknik pensampelan secara rawak mudah, dan kaedah pemerhatian tidak ikut serta. Demografi responden majoriti berumur dalam lingkungan 31-40 tahun yang terlibat dalam sektor perniagaan yang pelbagai dengan pendapatan kasar sebulan sebanyak RM2001-RM3000. Dapatan kajian berkenaan faktor yang mempengaruhi pemilikan modal perniagaan menunjukkan modal kewangan dengan nilai min 4.14 adalah yang tertinggi. Hal ini mencerminkan kepentingan kewangan yang stabil dan kukuh dalam membangunkan sebuah perniagaan bagi menjamin kelestarian ekonomi. Oleh itu, komuniti IKS perlu bijak menggunakan akses kemudahan infrastruktur untuk melibatkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan IKS bagi menjamin kesejahteraan ekonomi dalam jangka masa panjang.
Kata kunci: Industri Kecil dan Sederhana, pemilikan modal, kelestarian ekonomi, perniagaan, pekerjaan
ABSTRACT
The Small and Medium Industries (SMEs) serve as a government initiative to provide employment opportunities while reducing the economic gap and driving the local economy in Malaysia. Ownership of capital—such as cultural, social, human, and financial capital—among SME communities in both urban and rural areas influences the ability of businesses to sustain and grow in a competitive economic ecosystem. Therefore, this study was conducted to identify the factors that influence business capital ownership within the SME community. A total of 30 respondents comprising SME traders around the Pasar Seni area in Kuala Lumpur were involved in this study. The research design employed a quantitative method. Data was collected using questionnaires through simple random sampling, as well as non-participant observation methods. The demographic profile of the respondents shows that the majority were aged between 31–40 years and involved in various business sectors, with a monthly gross income of RM2001–RM3000. The study findings revealed that among the factors influencing business capital ownership reveal that financial capital recorded the highest mean score (min = 4.14), indicating its critical role in sustaining and developing business ventures. This underscores the necessity for stable and strong financial resources to ensure long-term economic sustainability. Accordingly, the SME community should strategically leverage available infrastructure and facilities to actively participate in diverse business sectors, thereby promoting sustainable economic well-being.
Keywords: Small and Medium Industries, capital ownership, economic sustainability, business, employment