Peranan dan Autoriti Buapak dalam Struktur Sosial Adat Perpatih di Luak Rembau

The Role and Authority of the Buapak within the Social Structure of Adat Perpatih in Luak Rembau

  • Muhammad Aiman Othman Program Persuratan Melayu Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff Program Persuratan Melayu Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstract

ABSTRAK  

Artikel ini meneliti peranan buapak dalam Adat Perpatih di Luak Rembau, Negeri Sembilan. Buapak merupakan salah satu pemegang hierarki jawatan dalam Adat Perpatih yang berperanan besar dalam aspek politik, ekonomi mahupun sosial bagi masyarakat pengamal adat tersebut.  Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan Buapak dalam konteks kontemporari masyarakat Adat Perpatih di Luak Rembau. Secara khusus, kajian ini meneliti bagaimana fungsi, tanggungjawab dan autoriti tradisional Buapak dikekalkan dan disesuaikan selaras dengan perubahan sosial dan budaya dalam masyarakat masa kini. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif etnografi iaitu terdiri daripada pemerhatian dan temu bual. Proses pengumpulan data telah diperoleh melalui kaedah pemerhatian dengan berkunjung ke muzium dan perpustakaan di samping melakukan sesi temu bual bersama pakar-pakar adat yang terdiri daripada lembaga dan buapak. Hasil artikel mendapati bahawa walaupun tanggungjawab atau peranan buapak dalam Adat Perpatih dilihat kurang dikenali oleh masyarakat umumnya, namun masyarakat pengamal pada masa kini memerlukan buapak dalam kehidupan mereka sebagai pakar adat yang masih lagi relevan. Implikasi artikel ini adalah dapat memberi pendedahan dan penilaian kepada peranan buapak dalam lingkungan struktur Adat Perpatih di Luak Rembau berdasarkan teori peranan. Teori peranan atau dikenali sebagai Role’s Theory ialah teori yang dihasilkan bagi merujuk kepada ciri-ciri atau tingkah laku yang dipamerkan oleh seseorang individu di dalam suatu posisi sosial. Kerelevanan buapak untuk diterima dalam kalangan masyarakat tempatan pada saat ini sebagai penghubung kepada perkara-perkara adat menjadi hal utama yang diangkat dalam artikel. Artikel ini menyorot keistimewaan bagi peranan buapak dalam kepakaran melangsungkan pengamalan Adat Perpatih telah menjadi perhatian yang ditekankan. Pemeliharaan warisan dan upacara adat yang dijalankan oleh buapak menjadi antara nilai-nilai budaya yang masih dikekalkan. Artikel ini menekankan kepentingan peranan buapak dalam Adat Perpatih supaya jawatan adat ini tidak lagi asing kepada generasi masa depan.

 

Kata Kunci: buapak, peranan, Adat Perpatih, teori peranan, pemeliharaan warisan

    ABSTRACT

 

This study explores the role of the buapak within the Adat Perpatih system in Luak Rembau, Negeri Sembilan. As a key figure in the traditional sociopolitical hierarchy, the buapak plays an integral role in the political, economic, and social dimensions of the community.. The purpose of this study is to analyse the role of the Buapak in the contemporary context of the Adat Perpatih community in Luak Rembau. Specifically, the study aims to examine how the traditional functions, responsibilities, and authority of the Buapak are maintained or adapted in response to social and cultural changes within the community today. The methodology involves qualitative ethnographic approach including field observations and interviews. The data collection process was carried out through observation by visiting museums and libraries, as well as conducting interview sessions with adat experts, including buapak. The findings reveal that although the roles of the buapak in Adat Perpatih are not widely recognized by the public, its functional relevance in present-day society is subject to the evolving needs of its practitioners. The implication of the article is to provide insight and assessment of the buapak’s role within the structure of Adat Perpatih in Luak Rembau, based on Role Theory. Role Theory refers to the characteristics or behaviors exhibited by individuals in a particular social position. The relevance of the buapak to be accepted by the local community today as a link to traditional customs is the central focus of this article. It highlights the unique role of the buapak in sustaining the practice of Adat Perpatih, emphasizing their expertise. Preservation of cultural heritage and customary rituals carried out by Buapak continues to reflect core traditional values. This research highlights the significance of buapak’s role to ensure its continuity and relevance for future generations.

 

Keywords: buapak, role, Adat Perpatih, Role Theory, preservation of heritage.

Published
2026-04-27
How to Cite
Othman, M. A., & Mohd Yusoff, M. Y. (2026, April 27). Peranan dan Autoriti Buapak dalam Struktur Sosial Adat Perpatih di Luak Rembau. Jurnal Wacana Sarjana, 10(1), 1-18. https://doi.org/https://doi.org/10.17576/jws.v10i1.696