Penerimaan Murid Pintar dan Berbakat Terhadap Penggunaan Aplikasi Chatgpt Dalam Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu
Gifted and Talented Students Acceptance of the Use of the ChatGPT Application in Malay Grammar Learning
Abstract
ABSTRAK
Teknologi pada masa kini merupakan satu keperluan dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Salah satu inovasi yang semakin mendapat mendapat perhatian dalam kalangan pelajar ialah penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pembelajaran, khususnya melalui platform seperti ChatGPT, Bing Ai, Canva dan Gemini. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan murid pintar dan berbakat menggunakan ChatGPT dalam pembelajaran tatabahasa dengan menggunakan faktor-faktor pengetahuan, kemudahgunaan dan kebolehgunaan serta mengenal pasti hubungan antara pengetahuan, kemudahgunaan dan kebolehgunaan ChatGPT dalam pembelajaran tatabahasa dengan tahap kesediaan murid pintar dan berbakat. Kaedah kuantitatif melalui soal selidik telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan hasil dapatan kajian. Dapatan kajian telah mendapati tahap kesediaan murid pintar dan berbakat menggunakan ChatGPT dalam pembelajaran tatabahasa adalah berada pada tahap sederhana tinggi dan hubungan positif yang signifikan antara antara pengetahuan, kemudahgunaan dan kebolehgunaan ChatGPT dalam pembelajaran tatabahasa dengan tahap kesediaan murid pintar dan berbakat.
Kata Kunci: ChatGPT;pembelajaran tatabahasa; kesediaan; pengetahuan; kebergunaan dan kemudahgunaan
ABSTRACT
Contemporary technology has become a necessity in the life of modern society. One innovation that is increasingly gaining attention among students is the use of Artificial Intelligence (AI) in learning, particularly through platforms such as ChatGPT, Bing AI, Canva, and Gemini. This study was conducted to identify the level of readiness among gifted and talented students to use ChatGPT in learning Malay grammar by examining the factors of knowledge, ease of use, and usefulness, as well as to determine the relationship between knowledge, ease of use, and usefulness of ChatGPT in grammar learning with the readiness level of gifted and talented students. A quantitative method through a questionnaire was employed in this study to obtain the research findings. The results indicated that the readiness level of gifted and talented students to use ChatGPT in learning grammar is at a moderately high level, with a significant positive relationship between knowledge, ease of use, and usefulness of ChatGPT in grammar learning and the students’ readiness level.
Keywords: ChatGPT; grammar learning; readiness; knowledge; usefulness and ease of use.