Fandom Gelombang Korea Dan Kesepaduan Sosial: Meneroka Peranan Komunikasi Digital Dalam Kalangan Belia India Malaysia

Korean Wave Fandom and Social Cohesion: Exploring the Roles of Digital Communication Among Malaysian Indian Youth

  • Nurul Akqmie Badrul Hisham Program Sarjana Pengajian Etnik Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Kuroshini Sathurugnan Saravanan Program Sarjana Pengajian Etnik Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian awal ini bertujuan untuk meneroka bagaimana penglibatan belia India Malaysia dalam fandom Gelombang Korea (Hallyu) melalui platform media digital menyumbang kepada pembentukan kesepaduan sosial rentas etnik. Fokus kajian ini berasaskan kepada persoalan berkaitan jurang perpaduan sosial serta cabaran peminggiran yang sering dihadapi oleh kumpulan minoriti dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Fenomena Gelombang Korea sebagai bentuk budaya popular transnasional dilihat bukan sahaja sebagai medium hiburan, malah berpotensi berfungsi sebagai ruang interaksi sosial yang merentasi batasan etnik dan budaya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif dengan pendekatan temu bual mendalam separa bersama belia India Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun yang aktif terlibat dalam fandom Gelombang Korea di pelbagai lokasi di Malaysia. Pemilihan informan dibuat menggunakan teknik persampelan bertujuan dan snowball, manakala data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa platform media digital berperanan sebagai pengantara utama yang menghubungkan peminat daripada latar belakang etnik berbeza. Wacana dan amalan komunikasi dalam fandom berfungsi sebagai agen peneutralan etnik, sekali gus memupuk interaksi rentas etnik yang lebih positif dan menggalakkan pembentukan rasa kekitaan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan dalam fandom Gelombang Korea berfungsi sebagai pemangkin kepada integrasi sosial belia India Malaysia serta menyumbang kepada pengukuhan kesepaduan sosial dalam konteks masyarakat berbilang kaum.

 

Kata kunci: Gelombang Korea (Hallyu); Fandom digital; Kesepaduan sosial; Belia India Malaysia; Mediatisasi.

 

 

ABSTRACT

 

This preliminary study aims to explore how the engagement of Malaysian Indian youth in Korean Wave (Hallyu) fandom through digital media platforms contributes to the formation of cross-ethnic social cohesion. The focus of this study is based on issues related to social unity gaps and the challenges of marginalisation often faced by minority groups within the context of Malaysia’s multicultural society. The Korean Wave phenomenon, as a form of transnational popular culture, is viewed not only as a medium of entertainment, but also as having the potential to function as a social interaction space that transcends ethnic and cultural boundaries. This study employs a qualitative case study through semi-structured in-depth interviews with Malaysian Indian youth aged between 18 and 30 who are actively involved in Korean Wave fandom across various locations in Malaysia. Informants were selected using purposive and snowball sampling techniques, while the data were analysed using thematic analysis. The findings indicate that digital media platforms function as key mediators that connect fans from different ethnic backgrounds. Discourse and communication practices within fandom act as agents of ethnic neutralisation, thereby fostering more positive cross-ethnic interactions and encouraging the formation of a sense of belonging. In conclusion, this study shows that engagement in Korean Wave fandom functions as a catalyst for the social integration of Malaysian Indian youth and contributes to the strengthening of social cohesion within a multicultural society.

 

Keywords: Korean Wave (Hallyu); Digital Fandom; Social Cohesion; Malaysian Indian Youth; Mediatization.

Published
2026-04-27
How to Cite
Badrul Hisham, N. A., & Sathurugnan Saravanan, K. (2026, April 27). Fandom Gelombang Korea Dan Kesepaduan Sosial: Meneroka Peranan Komunikasi Digital Dalam Kalangan Belia India Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 10(1), 44-60. https://doi.org/https://doi.org/10.17576/jws.v10i1.702