Jurnal Wacana Sarjana https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws
Jurnal Wacana Sarjana, jurnal himpunan makalah penyelidikan dan tesis dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan, terbitan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

The Journal for Scholarly Discourse, a collection of research and theses articles in Social Sciences and Humanities, published by the Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia en-US Jurnal Wacana Sarjana 2600-9501 Analisis Homofon, Homonim dan Homograf dalam Dialek Melayu Kelantan dan Bahasa Jepun dengan Menggunakan Analisis Kontrastif https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/569
ABSTRAK

Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negeri yang kaya dengan bahasanya. Manakala bahasa Jepun merupakan bahasa yang sangat unik. Pengkaji memilih dialek Melayu Kelantan (DMK) dan bahasa Jepun (BJ) untuk dibuat perbandingan dialektologi daripada sudut semantik. Bagi meneruskan usaha kajian berkaitan dialektologi khususnya DMK, pengkaji mengambil langkah alternatif dengan memberi fokus kepada analisis kontrastif antara DMK dan BJ supaya kajian ini  dapat dikembangkan. Kajian menyenaraikan persamaan antara DMK dan BJ dengan menggunakan analisis kontrastif, menyenaraikan perkataan yang boleh digolongkan sebagai homonim, homofon dan homograf. Seterusnya pengkaji menganalisis  makna perkataan yang tergolong sebagai homonim, homofon dan homograf tersebut di antara DMK dengan BJ dalam kalangan pelajar penutur natif DMK di UKM. Kajian ini menggunakan kajian lapangan dengan melakukan soal selidik dan temubual. Responden yang terlibat merupakan 3 orang penutur natif DMK yang pernah menetap di negara Jepun. Data kemudiannya disaring, ditranskripsi dan seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan analisis kontrastif. Selain itu, borang soal selidik diedarkan kepada 20 orang penutur natif DMK yang mempelajari BJ untuk membuktikan fenomena ini antara DMK dan BJ. Dapatan kajian menunjukkan bahawa DMK dan BJ mempunyai banyak persamaan daripada segi suku kata, sebutan dan terdiri daripada dua atau tiga suku kata. Kesimpulanya, persamaan yang wujud di antara DMK dan BJ menimbulkan fenomena tersebut. Hal ini dapat dibuktikan menerusi analisis kontrastif iaitu kajian perbandingan tentang dua bahasa atau lebih yang menitik beratkan pada ketidaksamaan namun tidak menafikan persamaanya. Implikasi fenomena ini terdiri daripada kesan positif dan negatif pengaruh bahasa pertama pelajar dalam proses mereka mempelajari bahasa asing iaitu BJ.

Kata kunci: dialek Melayu Kelantan, Bahasa Jepun, homofon, homonim, homograf

ABSTRACT

The Kelantan Malay dialect (KMD) and Japanese language (JP) were selected for a semantic dialectological comparison in this study, given the rich cultural and linguistic aspects of Kelantan Darul Naim and the uniqueness of the Japanese language. To further explore dialectology, specifically KMD, the researcher has taken an alternative approach by focusing on contrastive analysis between KMD and JP. The study lists the similarities between KMD and JP through contrastive analysis and identifies words that can be classified as homonyms, homophones, and homographs. Then, analyse the meanings of these words between KMD and JP among native KMD-speaking students at UKM. The study involved field research, including surveys and interviews, with three native KMD speakers who had experience living in Japan. The collected data underwent filtering, transcription, and analysis using a contrastive analysis approach. Subsequently, survey forms were distributed to 20 native KMD speakers who were studying JP to verify the occurrence of homophones, homonyms, and homograph phenomena. The study's findings reveal significant similarities between KMD and JP in terms of syllables and pronunciation, with both consisting of two or three syllables. Consequently, commonalities between KMD and JP lead to the presence of homophones, homonyms, and homographs in both languages. This can be supported through contrastive analysis, which is a comparative study of two or more languages that focuses on differences or dissimilarities between them while not denying their similarities. Its implications involve positive and negative effects on students' first language influence when learning a foreign language, specifically Japanese.

Keywords: Kelantan Malay dialect, Japanese language, homophones, homonyms, homographs.
Ahmad Mukhlis Zanala Abidin Normalis Amzah ##submission.copyrightStatement## 2024-02-08 2024-02-08 8 1 1 21 Persepsi Masyarakat Malaysia Terhadap Pilihan Raya Umum Ke-15: Analisis Semantik Kognitif https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/570
ABSTRAK

Bahasa merupakan wadah penting dalam penyampaian maklumat kepada manusia. Hal ini demikian kerana bahasa menjadi medium kepada manusia untuk menyampaikan fikiran, menzahirkan permintaan, memberi arahan, berbincang, mengajukan soalan dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, penumpuan diberikan kepada persepsi masyarakat berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 melalui aplikasi Twitter. Kajian ini berobjektifkan untuk mengenal pasti metafora yang terlibat dalam twit Pilihan Raya Umum ke-15, menghuraikan metafora yang terlibat dan memetakan metafora kepada skema imej yang berkaitan. Data dalam kajian ini diambil daripada aplikasi Twitter dengan menggunakan fungsi carian. Sebanyak 72 twit telah dianalisis untuk melihat konsep yang wujud dalam minda masyarakat Malaysia yang berkaitan dengan politik semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Empat fasa yang berbeza diambil untuk melihat perubahan persepsi masyarakat Malaysia iaitu fasa sebelum PRU-15, fasa selepas PRU-15, fasa sebulan selepas kerajaan baru dibentuk dan fasa selepas Belanjawan 2023 dibentangkan. Kajian persepsi masyarakat ini dikaji dengan menggunakan Teori Semantik Kognitif. Hasil dapatan menunjukkan bahawa persepsi negatif lebih mendominasi berbanding persepsi positif. Twit yang berkaitan dengan kewangan pula menjadi isu utama yang dibincangkan dalam aplikasi Twitter kerana telah menyumbang kepada 31.94% daripada keseluruhan data. Kajian ini cuba untuk menggunakan teori linguistik bagi mengkaji persepsi masyarakat Malaysia secara umumnya. Secara keseluruhannya, penggunaan semantik kognitif dapat menunjukkan cara masyarakat Malaysia mengkonsepsikan sesebuah metafora berdasarkan sudut pandang politik.

Kata kunci: Twitter; semantik kognitif; pilihan raya; skema imej; persepsi.

ABSTRACT

Language is an important platform in the presentation of information to humans. This is  because language is a medium for people to convey thoughts, express demands, give directions. discuss, ask questions and so on. In the context of this study, the focus is given to public perception of the 15th General Election through the Twitter app. The study is objectified to identify the metaphors involved in the 15th General Election tweet, elaborate the metaphors involved and map metaphors to the relevant image schemes. The data in this study were taken from the Twitter app by using the search function. A total of 72 tweets were analysed to see the concepts that exist in the minds of Malaysians related to the politics during the 15th General Election. Four different phases are taken to see the change of perception of the Malaysian community which is the phase before GE-15, the phase after GE-15, the phase a month after the new government. and the phase after Budget 2023 is presented. This study of societal perception is studied using Cognitive Semantic Theory. The findings shows that negative perceptions are more predominant than positive perception. Financial-related tweets are the main issue discussed in the Twitter app as they account for 31.94% of the total data. This study attempted to use linguistic theory to study the perception of Malaysian society in general. Overall, the use of cognitive semantics can show how Malaysian society conceptualizes a metaphor based on a political point of view.

Keywords: Twitter; cognitive semantics; general election; image scheme; perception
Azizah - Siti Noraini Hamzah ##submission.copyrightStatement## 2024-02-08 2024-02-08 8 1 1 23 Perkembangan Konsep Islam Moderat dan Implikasinya Terhadap Keabsahan Pemerintahan Emiriah Arab Bersatu (UAE) https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/571
ABSTRAK

Pengaruh agama dalam kajian politik mula mendapat perhatian kembali oleh para pengkaji selepas peristiwa Arab Spring tercetus yang telah memberi platform kepada gerakan-gerakan agama yang bersifat multinasional untuk menggugat kedudukan rejim pemerintah. Melalui persekitaran politik di rantau Timur Tengah yang bersifat autokratik dan konservatif, kajian ini mengenalpasti tindakan agresif kerajaan UAE terhadap gerakan Islamis dan usaha mempromosikan perbahasan agama berkonsepkan Islam Moderat secara top-down bagi membentuk identiti agama yang berbeza dari negara-negara jiran. Analisis kualitatif melalui pengumpulan maklumat dan bahan rujukan bertujuan untuk 1) mengenalpasti sejarah dan faktor perkembangan Islam Moderat di UAE. Hipotesis awal pengkaji menegaskan bahawa terdapat tiga bentuk pendekatan kerajaan dalam menentukan acuan konsep Islam di UAE iaitu melalui kekerasan ke atas golongan Islamis, kawalan terhadap institusi agama dan mempromosikan naratif keserderhanaan melalui pelbagai platform di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Tambahan lagi, kerajaan mempromosikan aliran yang saling bertentangan iaitu Neo-tradisionalis dan anti-tradisionalis, namun memiliki persamaan dari sudut pendirian terhadap pemisahan agama daripada campur tangan politik. Justeru, kajian ini akan meneliti konsep Islam Moderat di UAE dan implikasinya terhadap keabsahan rejim monarki.

Kata kunci: Islam Moderat, UAE, Arab Spring, Anti-Tradisionalis, Neo-Tradisionalis

ABSTRACT

The influence of religion in the study of politic began to receive attention from researchers after the Arab Spring broke out, which gave a platform to multinational religious movements to challenge the government's position. Through the autocratic and conservative environment of the Middle East region, this study identifies the act of the UAE government confronting the Islamic movement and their role in controlling a religious discourse based on the concept of Moderate Islam in a top-down approach to form a religious identity that is different from neighboring countries. Qualitative analysis through the collection of information and reference materials aims to identify the history and factors of the development of Moderate Islam in the UAE. The researcher's initial hypothesis asserts that there are three forms of the government's approach in determining the mold of the concept of Islam in the UAE, namely violence against Muslims, control over religious institutions and promoting the narrative of moderation through various platforms at the domestic and international levels. On the contrary, the government promotion of contradicted ideology which are Neo-traditionalists and anti-traditionalists, but have similarities in terms of separation of religious interference in politic. Thus, this study will examine the concept of Moderate Islam in the UAE and its implications for the legitimacy of the monarchy.

Keywords: Moderate Islam, UAE, Arab Spring, Anti-Traditionalists, Neo-Traditionalists
Sharifah Umairah Syed Mustaffa Abdul Muein Abadi ##submission.copyrightStatement## 2024-02-08 2024-02-08 8 1 1 24 Pengaruh Program Pembangunan Terhadap Pilihan Politik Pengundi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, Rantau Panjang, Kelantan https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/572
ABSTRAK

Politik di Malaysia seringkali menjadi polemik yang begitu hangat pada setiap kali menjelangnya pilihan raya umum (PRU). Kuasa pemilihan parti politik dalam memegang tampuk kerajaan adalah terletak kepada kuasa undi rakyat. Rakyat akan mengambil kira daripada pelbagai aspek dalam menentukan pengemudi yang akan memerintah negara serta membina kerajaan yang lebih baik. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pengaruh program pembangunan terhadap pilihan politik pengundi di kawasan dewan undangan negeri (DUN) Chetok, Rantau Panjang, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik iaitu melibatkan 51 responden, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati bahawa 76.5 peratus responden yang mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman yang jelas berkenaan konsep pembangunan di kawasan kajian. Dalam pada itu, persepsi politik responden berkenaan minat mereka terhadap politik adalah lebih kepada tidak berminat iaitu sebanyak 56.9 peratus namun hampir separuh responden yang meminati politik iaitu sebanyak 43.1 peratus. Seterusnya, 64.7 peratus responden yang menyokong bahawa program pembangunan yang dilakukan oleh pihak tertentu dapat menentukan pilihan politik di kawasan kajian. Namun begitu, segelintir responden iaitu sebanyak 13.7 peratus yang tidak menyokong berkenaan penentuan pilihan politik adalah disebabkan oleh program pembangunan malah 21.6 peratus responden yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Kesimpulannya, kajian ini begitu penting dalam menambah ilmu pengetahuan serta sekaligus dapat menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya. Kajian ini turut dapat menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.

Kata kunci: polemik, parti politik, rakyat, pembangunan, pilihan politik

ABSTRACT

Politics in Malaysia often becomes a hot polemic every time the general election (GE) approaches. The power of choosing a political party in holding the reins of government rests with the power of the people's vote. The people will take into account various aspects in determining the driver who will rule the country and build a better government. Thus, it is the purpose of writing this article to analyze the influence of development programs on the political choices of voters in the Chetok state assembly area, Rantau Panjang, Kelantan. This study uses a field data collection method that involves a questionnaire involving 51 respondents, interviews and observations in the field. Data analysis techniques were used using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 18.0. The results of the study found that 76.5 percent of respondents have a clear level of knowledge and understanding regarding the concept of development in the study area. In the meantime, the political perception of the respondents regarding their interest in politics is more than not interested which is 56.9 percent but almost half of the respondents are interested in politics which is 43.1 percent. Next, 64.7 percent of respondents supported that development programs carried out by certain parties can determine political choices in the study area. However, a small number of respondents, namely 13.7 percent who do not support the determination of political choice is due to the development program and even 21.6 percent of respondents who are not sure about the statement. In conclusion, this study is very important in adding knowledge as well as being able to add data related to the study of election politics. This study can also be a reference for political parties and the government so that they can examine the issues and problems that occur in order to be more sensitive in meeting the needs of the community as best as possible.

Keywords: polemic, political parties, folk, development, political choice

Siti Nur Ain Mohd Yazid Junaidi Awang Besar ##submission.copyrightStatement## 2024-02-08 2024-02-08 8 1 1 20 Hubungan Pengurusan Maklumat Dengan Kepuasan Komunikasi Dalam kalangan Rakan Siswa Yadim https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/573
ABSTRAK

Komunikasi merupakan satu permasalahan yang sering berlaku dalam organisasi yang melibatkan isu kepuasan komunikasi khususnya dalam kalangan kakitangan bawahan. Kepuasan komunikasi ini dikaitkan dengan masalah persekitaran komunikasi, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi. Permasalahan inilah yang membawa kepada kajian ini dijalankan. Begitu juga dalam organisasi Rakan Siswa Yadim (RSY) tidak terkecuali daripada berlakunya permasalahan ini. Jika isu ini kurang diambil perhatian oleh pihak atasan, ia mendatangkan ketidakpuasan komunikasi dan mengakibatkan gerak kerja organisasi terganggu. Sebagai contoh kelancaran dalam merancang program boleh terganggu jika maklumat tidak disalurkan dengan baik. Oleh itu objektif kajian ini ialah untuk menganalisis hubungan pengurusan maklumat dari aspek persekitaran maklumat, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi dengan kepuasan komunikasi dalam kalangan Rakan Siswa Yadim. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah, Teori Maklumat Organisasi Weick. Kaedah kajian yang dijalankan ialah kaedah tinjauan melalui soal selidik yang diedarkan menerusi google form. Seramai 130 orang responden telah menjawab soal selidik ini. Data penyelidikan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu korelasi. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran maklumat, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kepuasan maklumat. Keputusan hubungan positif yang signifikan tidak semestinya tiada berlaku masalah komunikasi dalam organisasi ini. Perkara ini diesebabkan oleh masalah komunikasi akan berlaku dimana-mana sahaja organisasi, tetapi yang membezakannya adalah bagaimana anggota organisasi menyelesaikan masalah tersebut. Hasil Kajian ini telah menyokong dan mengesahkan teori Weick kerana menunjukkan korelasi yang signifikan dan positif. Kepuasan Komunikasi sememangnya mempunyai hubungan yang singnifikan dengan ketiga-tiga pemboleh ubah yang dikaji dalam teori ini.

Kata Kunci: Pengurusan Maklumat, Kepuasan Komunikasi, Rakan Siswa Yadim, masalah komunikasi, kepuasan maklumat

ABSTRACT

Communication is a problem that often occurs in organizations involving the issue of communication satisfaction, especially among subordinate staff. Communication satisfaction is associated with communication environment problems, information ambiguity, and communication cycles. This is the problem that led to this study. Likely, the organization Rakan Siswa Yadim (RSY) is not exempt from this problem. If this issue is not paid attention to by superiors, it causes communication dissatisfaction and results in disruption of the organization's work. For example, the smoothness of planning a program can be interrupted if information is not channeled properly. Therefore, the objective of this study is to analyze the relationship between information management and aspects of the information environment, including information ambiguity, the communication cycle, and communication satisfaction among Rakan Siswa Yadim. The theory used in this study is Weick's Organizational Information Theory. The research method conducted is a survey method through a questionnaire distributed through google form. A total of 130 respondents answered this questionnaire. Research data was analyzed using descriptive and inferential statistics, namely correlation. The findings of the study show that the information environment, information ambiguity, and communication cycle have a significant positive relationship with information satisfaction. A significant positive relationship result does not necessarily mean that there are no communication problems in this organization. This is due to the fact that communication problems will occur anywhere in the organization, but what differs is how the members of the organization solve the problem. The results of this study have supported and confirmed Weick's theory because they showed a significant and positive correlation. Communication satisfaction indeed has a significant relationship with all three variables studied in this theory.

Keywords: Relationship Of Information, Communication Satisfaction, Rakan Siswa Yadim, Communication problem, information Satisfaction

Umi Hanisah Jeshri Maizatul Haizan Mahbob ##submission.copyrightStatement## 2024-02-08 2024-02-08 8 1 1 27 Meneroka Kesunyian Dan Keperluan Sokongan Emosi Ke Arah Kesejahteraan Hidup Warga Emas https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/574
ABSTRAK

Sebagai manusia biasa setiap daripada kita tidak akan terlepas dan akan melalui rasa kesunyian. Kebanyakan kajian menekankan bahawa warga emas adalah golongan yang sangat terdedah dengan risiko kesunyian disebabkan oleh perasaan kehilangan dan perubahan hidup. Oleh itu, kajian ini akan meneroka faktor kesunyian, keperluan sokongan emosi dan program komuniti untuk meningkatkan kesejahteraan hidup warga emas. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur. Lima orang informan telah dipilih dalam kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data temu bual dianalisis dengan menggunakan kaedah secara tematik dan hasil kajian juga menunjukkan warga emas sentiasa merasai kesunyian apabila berseorangan. Kebanyakan daripada mereka mengalami kesunyian disebabkan oleh anak-anak yang sibuk bekerja dan meninggalkan mereka seorang diri di rumah dan menyebabkan warga emas kurang berinteraksi bersama anak-anak sehingga menyebabkan mereka kurang mendapatkan sokongan emosi, malah hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan warga emas melibatkan diri dengan aktiviti bersama komuniti untuk mengelakkan perasaan sunyi. Kebanyakan informan juga mempunyai pandangan yang positif terhadap program-program yang dsediakan untuk warga emas di komuniti mereka. Implikasi kajian ini dapat memberi manfaat kepada pekerja sosial, kaunselor, penggubal polisi bertujuan kaunnseling, rawatan dan pembangunan komuniti.

Kata kunci: Warga emas, kesunyian, sokongan emosi, program komuniti, kesejahteraan hidup

ABSTRACT

As ordinary human beings each of us will not be spared and will go through a sense of loneliness. Most studies emphasize that the elderly is particularly vulnerable with the risk of loneliness due to feelings of loss and life change. Therefore, this study will explore the factors of loneliness, the need for emotional support and community programs to improve the well-being of the elderly. The study was conducted using a qualitative method of semi-structured interviewing. Five informants were selected in this study using purposeful sampling techniques. The interview data was analysed using thematic methods and the results also showed that seniors always feel loneliness when alone. Many of them experience loneliness due to children being busy at work and leaving them alone at home and causing the elderly to interact less with their children, resulting in less emotional support, and even the results of the study found that most seniors engage in activities with the community to avoid feeling lonely. Most informants also have a positive view of the programmes provided for the elderly in their community. The implications of this study can benefit social workers, counselors, policymaker’s treatment and community development.

Keywords: Elderly, loneliness, emotional support, community programs, well-being
Noor Ayuni Shafni Ishak Khadijah Alavi ##submission.copyrightStatement## 2024-02-08 2024-02-08 8 1 1 11 Kesedaran Tanggungjawab Pengundi Terhadap Penglibatan Dalam Pilihan Raya: Kajian Kes di Kawasan DUN Pelangai, Bentong, Pahang https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/575
ABSTRAK

Kesedaran tanggungjawab pengundi terhadap pilihan raya amat penting bagi menentukan kepimpinan cekap, amanah, dan telus yang boleh menjadi penentu masa depan negara. Di Malaysia, masyarakat bebas untuk memilih ahli Dewan Rakyat serta ahli Dewan Undangan Negeri melalui pilihan raya yang dilaksanakan sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Umum (PRU). Penyertaan politik daripada masyarakat juga seperti berkempen, menjadi ahli politik, memasang bendera, mendengar ceramah dan memberi ceramah merupakan hal sinonim yang sering dilaksanakan ketika pilihan raya. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini untuk menganalisis kesedaran tanggungjawab pengundi terhadap penglibatan dalam pilihan raya dengan kajian kes di kawasan DUN Pelangai, Bentong, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian di lapangan dan rujukan sumber sekunder. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27. Hasil kajian mendapati bahawa 90 peratus responden berpartisipasi dalam politik yang paling dominan dengan mengundi parti politik. Seterusnya, 56 peratus responden menganggap sistem pendidikan negara banyak membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pilihan raya dan 42 peratus mempunyai minat yang mendalam mengenai politik. Di samping itu, responden menyatakan bahawa faktor paling utama sokongan pengundi kepada Perikatan Nasional (PN) adalah kerana kepimpinan PN yang bersih iaitu sebanyak 28 peratus. Seterusnya faktor utama pengundi yang menyokong Pakatan Harapan (PH) pula adalah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak 48 peratus manakala faktor berpengalaman dalam pentadbiran negara sebanyak 56 peratus adalah faktor utama pengundi memilih Barisan Nasional (BN). Kesimpulannya, kajian ini merupakan sebuah kajian berilmiah yang penting untuk ilmu pengetahuan, menambahkan data baru dalam politik pilihan raya, strategi pelaksanaan dasar, rujukan pengkaji akan datang serta bahan bacaan untuk masyarakat supaya mereka sedar akan kepentingan penglibatan dalam pilihan raya.

Kata kunci: kesedaran, tanggungjawab, parti politik, pengundi, pilihan politik

ABSTRACT

Voters' awareness of their responsibility towards elections is very important to determine efficient, trustworthy, and transparent leadership that can determine the future of the country. In Malaysia, the public is free to elect members of the Dewan Rakyat and the State Legislative Assembly through elections held either by-elections or General Elections (GE). Political participation from the community, such as campaigning, becoming a politician, putting up flags, listening to lectures and giving lectures are synonyms that are often carried out during elections. Therefore, it is the purpose of writing this paper work to analyze voter's awareness of responsibility for participation in elections with a case study in State Legislative Assembly area of Pelangai, Bentong, Pahang. This study uses field data collection methods that involve questionnaires, interviews, observations in the field and references to secondary sources. Data analysis is done through software the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 27. The results of the study found that 90 percent of respondents participated in the most dominant politics by voting for political parties. Next, 56 percent of respondents think that the national education system helps a lot to increase awareness of the importance of elections and 42 percent have a deep interest in politics. In addition, respondents stated that the most important factor in voter support for Perikatan Nasional (PN) is because of the clean PN leadership, which is 28 percent. Next, the main factor for voters who support Pakatan Harapan (PH) is the leadership of Datuk Seri Anwar Ibrahim as much as 48 percent while the experience factor in national administration as much as 56 percent is the main factor for voters to choose Barisan Nasional (BN). In conclusion, this study is a scholarly study that is important for science, adding new data in election politics, policy implementation strategies, references for future researchers as well as reading materials for the public so that they are aware of the importance of involvement in elections.

Keywords: awareness, responsibility, political parties, voters, political choice
Nor Famieza Natasha Kamarolzaman Junaidi Awang Besar ##submission.copyrightStatement## 2024-02-08 2024-02-08 8 1 1 15 Pembudayaan Nilai Patriotisme Melalui Mata Pelajaran Sejarah dalam Strategi Pengajaran Guru Sekolah Rendah: Satu Tinjauan Umum https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/576
ABSTRAK

Pembudayaan nilai patriotisme melalui mata pelajaran Sejarah merupakan satu bidang yang  meluas terutamanya di peringkat fasa persekolahan. Dalam konteks ini, perwatakan guru sememangnya memainkan peranan penting sebagai watak utama dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran(PdP) dapat dilaksanakan secara menyeluruh seiring dengan matlamat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kertas kerja ini dilaksanakan berdasarkan objektif utama kajian untuk memperincikan strategi pengajaran guru sejarah sekolah rendah dalam membudayakan nilai patriotisme serta dihubungkaitkan dengan isu dan cabaran dalam konteks pembudayaannya melalui mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan tinjauan kajian literatur. Sorotan literatur turut mendapati bahawa strategi pembudayaan nilai patriotisme oleh guru melalui mata pelajaran Sejarah ialah dengan memberi penekanan terhadap konteks seperti aktiviti pembelajaran, penjelasan dan penegasan nilai, latihan dan soal jawab nilai serta contoh teladan yang baik sebagai teras utama  pembudayaan. Tinjauan kajian literatur juga menunjukkan isu dan cabaran seperti faktor kekangan masa PdP, tingkah laku murid sepanjang PdP berlangsung dan kekurangan variasi aktiviti pembelajaran turut menjadi penghalang dalam mencapai keberhasilan. Justeru, pendedahan yang diperoleh daripada tinjauan kajian literatur ini mendapati bahawa suatu gambaran jelas dapat dilihat terhadap tahap keberkesanan dalam usaha meningkatkan konteks pembudayaan nilai patriotisme melalui mata pelajaran Sejarah dalam strategi pengajaran guru sekolah rendah.

Kata kunci: Pembudayaan, Nilai Patriotisme, Mata Pelajaran Sejarah, Strategi Pengajaran, Guru Sekolah Rendah

ABSTRACT

Cultivating the value of patriotism through the subject of History is generally seen as a broad and challenging scope, especially in school. In this context, the teachers’ characteristics is the main factor in ensuring that teaching and learning sessions (PdP) in schools can be implemented comprehensively in line with the    goals outlined in the National Education Philosophy (FPK). This concept paper is prepared based on the main objective of the study which is to know in detail the teaching strategies of primary school history teachers in inculcating the value of patriotism as well as to relate it with the issues and challenges of inculcating it through the subject of History. This study uses a qualitative approach and is based on literature reviews. The literature reviews found that the strategies used by the primary school teachers to inculcate the value of patriotism through the subject of History is by emphasizing the context through learning activities, clarification and affirmation of values, exercises, question and answer session regarding the values, and by setting good examplar. The  literature reviews also showed issues and challenges such as PdP time constraints, student behavior during PdP and the lack of variation in learning activities as obstacles in achieving success. Thus, the findings obtained from these literature reviews give a clear picture of the strategies effectiveness in inculcating the patriotism values through History subject in elementary school.

Keywords: Culture, Patriotism Values, History Subject, Teaching Strategies, Elementary School Teachers
Ahmad Nasran Mohd Zahari Ahamad Jama’Amin Yang ##submission.copyrightStatement## 2024-02-08 2024-02-08 8 1 1 10 Penyimpanan Data Sulit dalam Persekitaran Berbilang Awan https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/577
ABSTRAK

Pengkomputeran awan telah berkembang selama bertahun-tahun untuk mengatasi kekangan pengiraan dan penyimpanan peranti mudah alih. Kekangan storan boleh diatasi melalui storan awan dengan ketersediaan sambungan internet. Walaupun pengkomputeran awan mempunyai faedahnya, kebimbangan keselamatan mengenai data pengguna masih wujud. Data yang disimpan di dalam awan dihantar melalui Internet dimana pengguna tidak mempunyai kawalan dan terdedah kepada penyalahgunaan data yang disebabkan oleh perisian hasad atau serangan orang dalam. Kajian ini bertujuan untuk memastikan keselamatan data dalam berbilang awan awam dengan pelbagai jenis penyulitan, teknik penghirisan dan juga panduan penggnaan aplikasi tersedia untuk pengguna. Aplikasi yang dicadangkan akan menyulitkan data di mana berbilang algoritma penyulitan disediakan dan ia juga memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih jenis teknik penghirisan yang hendak digunakan. Selepas fail disulitkan, fail akan dihiris kepada segmen-segmen kecil di mana ia akan menjalani proses perawakkan dan dimuat naik secara rawak pada berbilang storan awan yang berbeza. Pengguna yang masih baru dalam dunia digital akan dibekalkan dengan beberapa maklumat dan penjelasan ringkas tentang apa itu penyulitan dan cara teknik penghirisan berfungsi pada data mereka. Langkah keselamatan yang dilaksanakan akan menghalang penyalahgunaan data pada awan walaupun salah satu akaun awan digodam. Ia juga memberi pengguna kebebasan untuk memilih jenis penyulitan dan teknik penghirisan untuk digunakan pada fail peribadi mereka, memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk mengelakkan data mereka daripada dicuri ataupun hilang.

Kata kunci: Penyulitan, Penghirisan, Perawakkan, Berbilang Awan, Penyimpanan Data Sulit

ABSTRACT

Cloud computing has been growing over the years to overcome compute and storage constraints of mobile devices. Storage constraints can be addressed through cloud storage with the availability of internet connections. Although cloud computing has its benefits, security concerns about user data are still present. Data stored on the cloud are transmitted over the Internet which users have no control and are susceptible to data breaches caused by malware or insider attacks. This study aims to ensure data security in multiple public clouds with various encryption types, slicing techniques and some guidance provided for users. The proposed application encrypts the data where multiple encryption algorithms will be provided plus it also gives users to choose which type of slicing technique to use. After slicing, various segments will be created where each segment will undergo ramdomization process and are uploaded randomly on multiple different cloud storages. Users who are still new to the digital world will be provided with some information and a brief explanation on what encryptions are and how slicing techniques work on their data. The security measures implemented will prevent data breaches on the cloud even if the respective cloud account is hacked. It also gives users the freedom to choose the type of encryption and slicing techniques to be applied on their private files, giving more layers of security to prevent their data from being stolen or lost.

Keywords: Encryption, Slicing, Randomization, Multi-Cloud, Secure Data Storage

Dineswaran Navarasan Elankovan A. Sundararajan ##submission.copyrightStatement## 2024-02-08 2024-02-08 8 1 1 24 Pembentukan Kata Tunggal Bahasa Semai Dalam Buku Teks Tahun 1 dan 2 : Analisis Berdasarkan Prinsip Tatabahasa Dewan https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/578
ABSTRAK

Kaum-kaum yang ada di Malaysia berstatus majoriti dan minoriti menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Antara kaum yang ada di Malaysia ialah suku kaum orang asli seperti bahasa asli Semai, bahasa asli Melayu-Proto dan bahasa asli Che Wong. Pengkaji melaksanakan kajian mengenai bahasa asli Semai yang memfokuskan tentang pembentukan kata tunggal dalam buku teks bahasa Semai tahun satu dan dua. Kata tunggal banyak digunakan dalam konteks berbahasa. Hal ini demikian kerana kata tunggal adalah asas sebelum berlakunya sebarang penggandaan dan juga pengimbuhan. Pengkaji mengambil kata tunggal yang ada dalam karya bukan prosa seperti sajak dan pantun. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti bentuk kata tunggal yang terdapat dalam karya bukan prosa, mengkategorikan kata tunggal tersebut berdasarkan penggolongan kata dan juga menghuraikan proses pembentukan kata tunggal dengan menggunakan Prinsip Tatabahasa Dewan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan pendekatan analisis deskriptif. Kaedah kajian ini dilakukan adalah dengan mengumpulkan data, menganalisis, mengkategorikan data kepada penggolongan kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi nama. Data juga akan dijadualkan mengikut penggolongan kata dan carta pai bagi memperoleh maklumat yang tepat. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat penggunaan kata tunggal dalam karya bukan prosa yang terkandung dalam buku teks bahasa Semai tahun satu dan dua. Kesimpulannya, kajian ini merupakan salah satu penemuan yang boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pengkaji akan datang. Selain itu, melalui kajian ini juga, pengkaji seterusnya dapat meluaskan lagi bidang penyelidikan mengenai orang asli terutama sekali orang asli Semai.

Kata Kunci : kata tunggal, penggolongan kata, karya bukan prosa, bahasa orang asli semai, buku teks

ABSTRACT

The races in Malaysia have the status of majority and minority making Malaysia a country that has its own uniqueness. Among the races in Malaysia are indigenous tribes such as the Semai, the Proto-Malay and Che Wong native people. The researcher carried out a study on the native Semai language that focused on the formation of single words in the first and second year Semai language textbooks. Single words are widely used in the context of speaking and communication. This is because the single word is the basis before any addition ossurs. The single words are taken from particular non-prose works such as poems in the textbooks. The objectives of this study is to identify single word forms found in non-prose works, categorize those single words based on classification and also describe the process of single word formation by using the Principle of Tatabahasa Dewan. The study is a quantitative study with a descriptive analysis approach. The method of this study is to collect data, analyze and categorize the data into word classifications such as nouns, verbs. adjectives and noun conjunctions. Data will also be tabulated according to word classification to obtain accurate information. The result of the study show that there is the use of single words in non-prose works contained in Semai language textbooks for year one and two. There is also a lot of words are used from word classification to convey meaning. In conclusion, this study is one of the findings that can be used as a reference by future researchers. In addition, through this study, the reseacher can futher expand the field of research on the indigenous people, especially the Semai native people.

Keywords : single word, word classification, non-prose works, native Semai language, textbooks
Siti Raudhatul Jannah Iskandar Miza Harishon Radzi ##submission.copyrightStatement## 2024-02-08 2024-02-08 8 1 1 12