Jurnal Wacana Sarjana https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws
Jurnal Wacana Sarjana, jurnal himpunan makalah penyelidikan dan tesis dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan, terbitan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

The Journal for Scholarly Discourse, a collection of research and theses articles in Social Sciences and Humanities, published by the Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia.

en-US jab@ukm.edu.my (JUNAIDI AWANG BESAR) btp@ukm.edu.my (Pusat Teknologi Maklumat) Mon, 25 Mar 2024 15:08:09 +0800 OJS 3.1.0.0 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Pemupukan Semangat Patriotisme Melalui Permainan Tradisional Dalam Mata Pelajaran Sejarah: Satu Tinjauan Umum https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/579
ABSTRAK

Semangat patriotisme dilihat mampu dipupuk melalui permainan tradisional khususnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Faktor pemodenan menjadikan penggunaan bahan digital dan elektronik banyak diguna pakai dalam PdP harian, lantas strategi dan amalan permainan tradisional perlu dirangka dengan teliti bagi menyuburkan semangat patriotisme dalam diri murid. Kontemporari segenap aspek misalnya penciptaan E-games menjadikan isu dan cabaran dalam memupuk semangat patriotisme perlu diatasi. Kajian ini merupakan tinjauan awal berdasarkan sumber literatur sekunder kualitatif bagi mengenal pasti kepentingan pemupukan semangat patriotisme melalui permainan tradisional,mengkaji amalan dan strategi permainan tradisional serta menganalisis isu dan cabaran pemupukan semangat patriotisme terhadap kemenjadian murid. Hasil dapatan kajian awal mendapati pemupukan semangat patriotisme mampu disumbangkan oleh guru dan usaha pihak sekolah. Misalnya, guru Sejarah menyampaikan konsep patriotisme, sentimen positif dan merancang aktiviti pemupukan nilai yang melibatkan murid. Kepentingan kajian ini jelas tertumpu kepada guru Sejarah yang bersinergi dalam memupuk semangat patriotisme dengan menggunakan kaedah-kaedah menarik terutama permainan tradisional. Oleh yang demikian, mata pelajaran Sejarah mampu menjadi medium dalam memupuk semangat patriotisme di samping membawa warisan budaya sebagai identiti kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kata kunci: Semangat patriotisme; permainan tradisional; mata pelajaran Sejarah; warisan; budaya

ABSTRACT

Patriotism is the key of integration among people that able to be fostered through traditional games, especially in teaching and learning activities in History education. Modernization factors make the use of digital and electronic materials widely used in daily classroom studies and the strategies and practices of traditional games need to be carefully framed to foster a spirit of patriotism in students. All contemporary aspects, for example the creation of E-games, make issues and challenges in fostering a spirit of patriotism need to be overcome. This study is an initial review based on qualitative secondary literature sources to identify the importance of cultivating the spirit of patriotism through traditional games, studying the practices and strategies of traditional games and analysing issues and challenges in cultivating a spirit of patriotism towards becoming students. The results of the initial study found that the fostering patriotism could be contributed by teachers and the efforts of the school. For example, the History teacher conveys the concept of patriotism, positive sentiment and designs value-building activities that involve students. The importance of this study is clearly focused on synergy of History teachers in fostering the spirit of patriotism by using interesting methods, especially traditional games. Thus, the History subject can be a medium to instil patriotism at the same time bringing cultural heritage as an identity for all Malaysian citizens.

Keywords: Patriotism; traditional games; History subject; cultural; heritage

Aisyah Farhah Mohd Yusri, Ahamad Jama’Amin Yang ##submission.copyrightStatement## https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/579 Mon, 25 Mar 2024 13:15:21 +0800 Penggunaan Eufemisme Dalam Bahasa Iban: Kajian Di Kampung Sampun Kelili, Asajaya, Sarawak https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/580
ABSTRAK

Kajian ini adalah berfokuskan kepada aspek kesantunan bahasa iaitu kajian terhadap penggunaan eufemisme dalam bahasa Iban yang digunakan oleh masyarakat tersebut sendiri. Bukan cuma itu, kajian ini juga menyentuh berkenaan dengan tabu bahasa yang digunakan dalam komunikasi harian oleh masyarakat Iban tersebut sendiri. Kajian ini merupakan sebuah kajian lapangan dan menggunakan teori domain yang diperkenalkan oleh Fishman (1972) dalam penganalisisan data. Objektif kajian ini adalah (1) untuk mengenal pasti tabu bahasa yang digunakan, (2) mengkategorikan tabu bahasa dan eufemisme yang diamalkan oleh masyarakat Iban di Kampung Sampun Kelili mengikut domain tertentu serta (3) faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat tersebut dalam menggunakan tabu bahasa. Kaedah kajian yang digunakan adalah secara kualitatif iaitu mengumpul data kajian melalui temu bual dengan responden yang telah dipilih dan melakukan pemerhatian di lokasi kajian. Kajian dilakukan di sebuah perkampungan Iban iaitu Kampung Sampun Kelili, Asajaya, Sarawak dan seramai 12 orang responden daripada pelbagai peringkat umur telah dipilih dalam usaha mengumpul data kajian. Kaedah dan juga pemilihan sampel kajian adalah sangat penting kerana mampu mempengaruhi hasil dapatan akhir kajian. Dapatan kajian akan memaparkan data yang telah dikategorikan dalam domain tertentu seperti anggota tubuh badan, jantina, seks, kemarahan, kebencian, penyakit, kematian, ketakutan dan domain yang merujuk kepada Tuhan. Diharapkan supaya kajian ini mampu memberi pendedahan berkenaan dengan tabu dan juga bahasa Iban itu sendiri serta menyedari betapa pentingnya penggunaan eufemisme dalam kehidupan bermasyarakat.

Kata kunci: kesantunan bahasa, tabu, eufemisme, domain, bahasa Iban

ABSTRACT

This study focuses on the aspect of politeness in language, which is the study on the use of euphemisms in the Iban language used by the community itself. Not only that, this study also discuss about the taboo language that used in daily communication by the Iban community itself. This study is a field study and uses domain theory introduced by Fishman (1972) in data analysis. The objective of this study is (1) to identify the taboos of the language used, (2) categorize the language taboos and euphemisms practiced by the Iban community in Kampung Sampun Kelili according to a specific domain and (3) factors that influence the Iban community in using the taboo language. The method used is qualitatively collected data from the study through interviews with selected respondents and conducting observations at the study site. The study was conducted in Iban village, Kampung Sampun Kelili, Asajaya, Sarawak and 12 respondents of various ages were selected in an effort to collect the research data. The method and sample selection of the studies is very important as it is able to influence the final findings of the studies. The findings will display data that has been categorized in specific domains such as limbs, gender, sex, anger, hatred, disease, death, fear and domains that refer to God. It is hoped that this study will be able to provide exposure on the taboo and the Iban language itself as well as realize the importance of the use of euphemisms in community life.

Keywords: politeness, taboo, euphemism, domain, Iban language
Anis Asnira Mohd Faizal, Mohammed Azlan Mis ##submission.copyrightStatement## https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/580 Mon, 25 Mar 2024 13:23:09 +0800 Gelagat Pengundi Dalam PRU-15 Di Kawasan DUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/581
ABSTRAK

Setiap individu mempunyai gelagat atau tingkah laku yang berbeza tidak kira bangsa, agama mahupun kawasan sama ada bandar atau luar bandar. Tingkah laku pengundian merupakan bidang yang menjadi pertimbangan pengundi dalam membuat keputusan sama ada hendak mengundi atau tidak dan juga calon yang hendak dipilih. Pengundi juga diberikan hak untuk bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam suatu pilihan raya. Justeru, tujuan penulisan kertas kerja ini adalah untuk menganalisis gelagat pengundi dalam PRU-15 di kawasan DUN Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah kajian mengikut kesesuaian reka bentuk kajian iaitu melibatkan kaedah mengumpul data lapangan dan data berangka (data primer) serta kaedah mengumpul data sekunder. Antara kaedah mengumpul data primer ialah melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan manakala kaedah mengumpul data sekunder pula merangkumi kajian kepustakaan dan kajian atas talian. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati sumber maklumat yang paling dipercayai adalah media elektronik iaitu 36 peratus. Seterusnya 96 peratus responden menyatakan bahawa mereka mengundi dalam PRU 2022. Responden juga menyatakan bahawa faktor paling utama pengundi memilih Parti Perikatan Nasional (PN) adalah disebabkan kepimpinan PN yang bersih dengan 62 peratus, manakala faktor paling utama pengundi memilih Pakatan Harapan (PH) kerana kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (20 peratus). Seterusnya faktor paling utama pengundi memilih Barisan Nasional (BN) adalah kerana parti tersebut berpengalaman dalam mentadbir negara (18 peratus). Kemudian dari segi pilihan politik, 62 peratus responden menyatakan akan mengundi PN bagi kerusi DUN dan 58 peratus responden juga akan mengundi PN bagi kerusi Parlimen pada PRU akan datang. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat dalam bidang geografi politik di Malaysia sekali gus dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji lain bagi memperoleh maklumat mengenai geografi politik dalam negara ini.

Kata kunci: tingkah laku politik, parti politik, calon, pilihan raya, kerajaan

ABSTRACT

Every individual has a different behaviour, regardless of race, religion or area, whether urban or rural. Voting behaviour is an area that voters consider when deciding whether to vote or not and also which candidate to elect. Voters are also given the right to speak freely and express opinions in an election. Thus, the purpose of writing this paper work is to analyze voter behaviour in PRU-15 in the state legislative assembly area of Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. This study uses a research method according to the appropriateness of the study design, which involves the method of collecting field data and numerical data (primary data) as well as the method of collecting secondary data. Among the methods of collecting primary data is through questionnaires, interviews and observations in the field while the methods of collecting secondary data include library research and online research. Data analysis is done through software the Statistical Package for Social Sciences (SPSS). The results of the study found that the most reliable source of information is electronic media which is 36 percent. Next, 96 percent of respondents stated that they voted in the 2022 GE. Respondents also stated that the most important factor for voters to choose Parti Perikatan Nasional (PN) was due to the clean leadership of PN with 62 percent, while the most important factor for voters to choose Pakatan Harapan (PH) was because of the leadership Dato’ Seri Anwar Ibrahim (20 percent). Next, the most important factor for voters to choose Barisan Nasional (BN) is because the party has experience in governing the country (18 percent). Then in terms of political choice, 62 percent of respondents said they would vote for PN for the state seat and 58 percent of respondents would also vote for PN for the Parliamentary seat in the next GE. In conclusion, this study is important because it can introduce and give exposure to the public in the field of political geography in Malaysia and thus can be used as a reference for other researchers to obtain information about political geography in this country.

Keywords: political behaviour, political parties, candidates, elections, government

Nurul Arfah Rosli, Junaidi Awang Besar ##submission.copyrightStatement## https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/581 Mon, 25 Mar 2024 14:16:29 +0800 Hubungan Stres Minoriti Dengan Kesunyian Dalam Kalangan LGBT Dewasa Di Malaysia https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/582
ABSTRAK

Di Malaysia, iklim politik Malaysia, penerimaan masyarakat dan undang-undang secara umumnya menjadikan golongan LGBT terdedah kepada pelbagai stres minoriti yang terbahagi kepada peminggiran, homofobia dalaman, keasyikan stigma dan penyembunyian. Manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan interaksi sosial, maka stres ini boleh dikatakan berkait dengan kesunyian. Objektif kajian adalah untuk menjana profil sosiodemografi kajian dan mengenal pasti perkaitan antara peminggiran, keasyikan stigma, penyembunyian serta homofobia dalaman dengan kesunyian dalam kalangan LGBT dewasa di Malaysia. Kajian ini adalah kajian keratan rentas menggunakan kaedah kuantitatif. Kaedah pengumpulan data pula adalah kaedah tinjauan soal selidik, menggunakan persampelan snowball, dengan instrumen yang bersesuaian dengan pemboleh ubah dalam penyelidikan ini. Homonegative Microagression Scale (α=0.903) dan Daily Heterosexist Experience Questionnaire (α =0.908) untuk peminggiran, Lesbian, Gay and Bisexual Identity Scale untuk keasyikan stigma, Nebraska Outness Scale (α =0.804) untuk penyembunyian, Internalized Homophobia Inventory (α =0.842) untuk homofobia dalaman dan De Jong Gierveld Scale (α =0.801) untuk kesunyian. Responden kepada kajian ini adalah golongan LGBT yang merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sampel kajian terdiri daripada 124 individu yang berusia 18-60 tahun. Analisis korelasi Spearman mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kesunyian dengan heteroseksisme, r(122)=0.21, p= 0.018. Hal ini kerana diskriminasi yang dialami menyebabkan individu berasa kurang diterima masyarakat, lantas elakkan menyertai aktiviti sosial kerana risau akan mengalami diskriminasi pada masa hadapan.

Kata Kunci: peminggiran, keasyikan stigma, homofobia dalaman, penyembunyian, kesunyian

ABSTRACT

In Malaysia, the politics climate, public acceptance and the law, in general, exposes the LGBT community to various minority stress that is divided into marginalization (microaggression and heterosexism), internalized homophobia, stigma preoccupation dan concealment. Humans are social creatures that need social interaction, thus this stress can be said to relate to their loneliness. The objective of this research is to generate sociodemographic profile of the research sample and to identify the relationship between marginalization, stigma preoccupation, concealment and internalized homophobia with loneliness among the adult LGBT in Malaysia. This research is a cross sectional research that uses quantitative method. Data collection is done by survey distribution using snowball sampling, with instruments appropriate to the variables of the research. Homonegative Microaggression Scale (α=0.903) and Daily Heterosexist Experience Questionnaire (α =0.908) for marginalization, Lesbian, Gay and Bisexual Identity Scale for stigma preoccupation, Nebraska Outness Scale (α =0.804) for concealment, Internalized Homophobia Inventory (α =0.842) for internalized homophobia dan De Jong Gierveld Scale (α =0.801) for loneliness. Respondents of the study are the individual that experience same-sex attraction, Malaysian and aged 18 and above. Samples consist of 124 individuals with the age ranged from 18-60 years old. Spearman correlation analysis found that there is a significant positive relationship between loneliness and heterosexism, r(122)- 0.21, p=0.018. Due to the discrimination faced, the individual feels less accepted by society, thus avoiding social activities and forming new relationships out of concern of facing discrimination in the future.

Keywords: marginalization, stigma preoccupation, internalized homophobia, concealment, loneliness
Surya Raj Ramasamy, Nasrudin Subhi ##submission.copyrightStatement## https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/582 Mon, 25 Mar 2024 14:21:58 +0800 Kesan Teknologi Terhadap Perkembangan Kelapa Sawit Di Tanah Melayu, 1917-1941 https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/584
ABSTRAK

Artikel ini membincangkan penggunaan teknologi moden dalam penanaman kelapa sawit di Tanah Melayu pada era kolonial. Tumpuan diberikan terhadap kesan penggunaan teknologi pertanian dalam pembangunan industri sawit di Tanah Melayu. Hal ini kerana, dalam mengkaji kesan tersebut, ia membantu menilai manfaat ekonomi dan cabaran yang berkaitan, di samping memberikan pandangan tentang potensi penciptaan pekerjaan, peningkatan daya saing, dan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Semasa era kolonial, pelbagai kemajuan teknologi telah disepadukan ke dalam pelbagai jenis tanaman terutamanya kelapa sawit bagi memudahkan pengurusan sumber, pengumpulan data dan pelaksanaan kaedah yang menepati piawaian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mentafsir sumber primer berdasarkan hasil heuristik dokumen sejarah. Antaranya rekod Pejabat Kolonial bagi membuktikan jenis eksperimen dan bentuk rawatan tanaman yang digunakan dalam pembangunan tanaman sawit. Selain itu, laporan pegawai pertanian dan pegawai ekonomi kolonial turut ditafsir untuk membuktikan nilai produksi dalam bentuk ton bagi minyak sawit dan isirong sawit. Hasil kajian mendapati bahawa teknologi moden telah memberi impak positif dari segi peningkatan produktiviti, pengurangan kos, peningkatan kualiti, akses pasaran yang dipertingkatkan, penyelidikan dan pembangunan semuanya telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta kemampanan sektor minyak sawit.

Kata kunci: Teknologi, kelapa sawit, kolonialisme, pengurusan sumber, ekonomi

ABSTRACT

This article discusses the use of modern technology in oil palm cultivation in colonial Malaya. The focus is on the effects of agricultural technology in the development of the palm oil industry in Malaya. This is because studying these effects helps assess the associated economic benefits and challenges, as well as provide insights into the potential for job creation, increased competitiveness, and sustainable economic growth. During the colonial era, various technological advancements were integrated into various crops, particularly oil palm, to facilitate resource management, data collection, and implementation of standardized methods. This study employs a qualitative approach, interpreting primary sources based on heuristic analysis of historical documents. These include records from the Colonial Office to establish the types of experiments and plant treatment methods used in oil palm cultivation. Additionally, reports from agricultural and colonial economic officers are analyzed to determine production values in terms of tons for palm oil and palm kernels. The findings of the study indicate that modern technology has had a positive impact in terms of increased productivity, cost reduction, improved quality, enhanced market access, and research and development, all of which have contributed to the economic growth and sustainability of the palm oil sector

Keywords: Technology, palm oil, colonialism, resource management, economy

Siti Nur Afifah Roznan, Mohd Shazwan Mokhtar ##submission.copyrightStatement## https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/584 Mon, 25 Mar 2024 14:35:55 +0800 Impak Tingkah Laku Politik Terhadap Kesejahteraan Hidup Pengundi di Kawasan DUN Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/585
ABSTRAK

Politik di Malaysia kini boleh dianggap sebagai suatu fenomena yang “dramatik” sehinggakan keadaan ini menggambarkan wujudnya Tsunami Melayu 2.0 ekoran pelbagai peristiwa euforia politik yang berlaku terutamanya isu yang melibatkan tingkah laku politik. Tingkah laku politik rapat dengan faktor psikologi yang merupakan perkara asas terhadap kelakuan ruangan individu yang menekankan peranan kognitif dan faktor pembuat keputusan. Tingkah laku politik juga menjadi sandaran kepada bentuk tindakan seseorang terhadap aktiviti politik yang merangkumi persepsi atau pandangan; dan partisipasi atau penyertaan dalam aktiviti politik. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini ini untuk mengkaji impak tingkah laku politik terhadap kesejahteraan pengundi di kawasan DUN Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian di lapangan dan rujukan sumber sekunder. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil kajian mendapati bahawa 72 peratus responden memilih media online/sosial sebagai sumber maklumat politik dan isu semasa utama mereka. Seterusnya, 33.8 peratus responden berpartisipasi secara mendengar ceramah politik. Hasil kajian juga mendapati bahawa impak tingkah laku politik terhadap kesejahteraan pengundi telah mengakibatkan sebanyak 100 peratus responden dapat memilih pemimpin yang baik dan bertanggungjawab dan 11.7 peratus memilih pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah setempat, negeri dan negara yang baik. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya dan diharap menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.

Kata kunci: tingkah laku politik, partisipasi, persepsi, kesejahteraan hidup, pengundi, pilihan politik

ABSTRACT

Politics in Malaysia can now be considered as a "dramatic" phenomenon to the extent that this situation illustrates the existence of the Malay Tsunami 2.0 due to various events of political euphoria that occur especially issues involving political behavior. Political behavior is closely related to psychological factors where it is a basic matter of individual behavior that emphasizes the cognitive role and decision-making factors. Political behavior is also a backup to a person's form of action towards political activities that includes perception or views; and participation in political activities. Thus, it is the purpose of this paper work to examine the impact of political behavior on the well-being of voters in the area of State Legislative Assembly of Limbongan, Pasir Puteh, Kelantan. This study uses field data collection methods that involve questionnaires, interviews and observations in the field. Data analysis is done through software the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 25.0. The results of the study found that 72 percent of respondents chose online/social media as their main source of political information and current issues. Next, 33.8 percent of respondents participated by listening to political talks. The results of the study also found that the impact of political behavior on the well-being of voters has resulted in as many as 100 percent of respondents being able to choose a good and responsible leader and 11.7 percent choosing a leader who can solve good local, state and national problems. In conclusion, this study is important because it can add knowledge, add data related to the study of election politics and hopefully become a reference for political parties and the government so that they can examine the issues and problems that occur in order to be more sensitive in meeting the needs of the community as best as possible.

Keywords: political behaviour, participation, perception, well-being, voters, political choices

Muhamad Luqman Hakim Baharin, Junaidi Awang Besar ##submission.copyrightStatement## https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/585 Mon, 25 Mar 2024 14:43:56 +0800 Konflik Kongsi Gelap Cina di Perak, 1861-1874 https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/586
ABSTRAK

Artikel ini membincangkan konflik yang tercetus dalam kalangan kongsi gelap Cina di Perak pada tahun 1861 sehingga 1874. Konflik ini dikonstruk berdasarkan sumber primer seperti CO 273, CO 890, The Straits Time, Penang Gazzete serta rekod daripada pegawai-pegawai tertinggi British seperti J.W.W Birch, Sir Hugh Low dan Kapten Speedy. Tumpuan diberikan terhadap faktor yang menjadi punca pertelingkahan diantara Ghee Hin dan Hai San yang berkuasa di Perak terutamanya di kawasan Larut. Selain itu, kertas kerja ini turut menilai reaksi British di Negeri-Negeri Selat terhadap krisis yang tercetus diantara kedua-dua kongsi gelap Cina yang saling bermusuhan. Perkembangan bijih timah menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja diperlukan oleh pembesar Melayu seperti Long Jaafar yang diberikan hak untuk menguruskan kawasan perlombongan di Larut. Oleh yang demikian, berlakunya penghijrahan buruh- buruh Cina dari Pulau Pinang yang diuruskan oleh ketua kongsi gelap Cina. Kemasukan buruh-buruh Cina ini bukan sahaja membantu mengembangkan industri perlombongan bijih timah di Perak, bahkan turut membawa kepada kemunculan kongsi-kongsi gelap Cina yang saling bermusuhan terutamanya apabila kedua-dua berebut mendapatkan hak untuk menguasai kawasan perlombongan. Peperangan yang tercetus menyebabkan pihak Birtish di Negeri-Negeri Selat terpaksa bertindak campur tangan dalam meleraikan konflik yang berlaku kerana keadaan ini mampu mengganggu perdagangan British di Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati bahawa, perbalahan diantara kedua-dua kongsi gelap Cina ini berakhir apabila termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 yang turut melibatkan kapitan-kapitan Cina.

Keywords: Ghee Hin, Hai San, British, Perjanjian Pangkor 1874, kapitan Cina

ABSTRACT

This article discusses the conflict that occurred among the Chinese secret societies in Perak from 1861 to 1874. The conflict is constructed based on primary sources such as CO 273, CO 890, The Straits Time, Penang Gazette, as well as records from top British officials such as J.W.W Birch, Sir Hugh Low, and Captain Speedy. The focus is given to the factors that caused the disagreements between Ghee Hin and Hai San, who held power in Perak, particularly in the Larut area. Furthermore, this paper evaluates the British reaction in the Straits Settlements to the crisis that arose between the two rival Chinese secret societies. The development of tin mining resulted in a demand for labor, which was needed by Malay leaders such as Long Jaafar, who were granted the right to manage the mining areas in Larut. Consequently, there was an influx of Chinese laborers from Penang, managed by the leader of the Chinese secret society. The arrival of these Chinese laborers not only helped develop the tin mining industry in Perak but also led to the emergence of rival Chinese secret societies, especially when both competed for the right to control the mining areas. The ensuing warfare forced the British in the Straits Settlements to intervene and mediate the conflict, as it could disrupt British trade in Penang. The research findings indicate that the disputes between the two Chinese secret societies ended with the signing of the Pangkor Treaty in 1874, which also involved Chinese captains.

Keywords: Ghee Hin, Hai San, British, Pangkor Treaty of 1874, Chinese kapitan

Noor Syamimi Mohamad Nazri, Mohd Shazwan Mokhtar ##submission.copyrightStatement## https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/586 Mon, 25 Mar 2024 14:53:03 +0800 Kata Adverba dalam Karya Rehan Makhtar dengan Menggunakan Teori Fungsional https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/587
ABSTRAK

Kata adverba dalam bahasa Melayu diberikan pelbagai definisi yang berbeza oleh tokoh-tokoh tempatan menyebabkan kekeliruan terhadap definisi dan fungsi kata adverba yang tepat dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, sarjana sebulat suara bersetuju bahawa adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja. Kajian ini menganalisis bentuk kata adverba yang digunakan dalam novel popular serta menghuraikan fungsi dan kedudukan adverba berdasarkan teori fungsional ideasional. Kajian ini meneroka bentuk kata adverba berdasarkan definisi oleh Nik Safiah (2008). Bahan bacaan popular yang dipilih untuk melihat penggunaan kata adverba pada masa kini adalah novel Seseorang Untuk Aku yang dikarang oleh Rehan Makhtar, terbitan pada tahun 2015. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan teks. Bagi menganalisis fungsi dan kedudukan kata adverba dalam ayat, teori nahu fungsional iaitu dengan menggunakan metafungsi ideasional yang telah diperkenalkan oleh Halliday (1994). Hasil kajian didapati bahawa kata adverba gandaan memiliki kekerapan yang paling tinggi berbanding kata adverba asalnya kata kerja yang mana kekerapannya yang paling rendah. Kata adverba gandaan berada pada kedudukan awal, pertengahan dan akhir ayat. Sementara, kata adverba asalnya kata kerja didapati berada pada kedudukan pertengahan dan belakang bagi kata kerja atau frasa kerja yang berperanan sebagai inti dalam ayat. Dengan menggunakan teori fungsional iaitu metafungsi ideasional didapati bahawa proses mental yang merupakan salah satu daripada transitiviti banyak didapati daripada hasil kajian dalam menganalisis kata adverba gandaan dan kata adverba yang menerangkan kata kerja.

Kata kunci: Kata adverba, bentuk kata adverba, kata kerja, teori fungsional, metafungsi ideasional.

ABSTRACT

Adverbs in the Malay language are given various definitions by local scholars, causing confusion about the exact definition and function of the adverbs in the Malay language. However, these scholars unanimously agreed that adverb is a word that describes verbs. This study analyzed the form of adverbs used in popular novels by describing the functions and positions of the adverbs based on ideational functional theory. This study explores the form of adverbs based on the definition by Nik Safiah (2008). The popular reading material, “Seseorang Untuk Aku” written by Rehan Makhtar was chosen to investigate the contemporary usagee of adverbs published in 2015. This study used text content analysis method. In order to analyze the function and position of adverbs in a sentence, the study applied the ideational metafunction under theory functional grammar introduced by Halliday (1994). The results of the study found that the double adverbs have the highest frequency compared to adverbs that describe verbswhich has the lowest frequency. Double adverbs were at the beginning, middle and end of a sentence. Meanwhile, adverbs that describe verbs were found in the middle and back position of the verb or verb phrase that acts as the core of the sentence. By using the functional theory that is ideational metafunction it was found that the mental process which is one of the many transitivity was found from the results of the study in analyzed double adverbs and adverbs that describe verbs.

Keywords: Adverb, adverb form, verb, theory functional grammar , ideational metafunction.
Nur Hafizah Azmi, Normalis Amzah ##submission.copyrightStatement## https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/587 Mon, 25 Mar 2024 14:59:32 +0800 Analisis Novel ‘Perempuan Politikus Melayu’ Karya Faisal Tehrani Dalam Pembentukan Pemikiran Politik https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/588
ABSTRAK

Novel merupakan antara salah satu ejen komunikasi politik yang digunakan untuk menyampaikan doktrin yang mampu mengubah persepsi khalayak. Lantaran itu, novel yang dikenali sebagai sastera moden ini mempunyai kaitan rapat dengan sub-bidang politik dalam mengetengahkan pola pemikirannya. Justeru, penulisan sastera tidak lompong malahan ia mempunyai pandangan, ideologi serta visi dan misi yang cuba diterapkan. Oleh yang demikian, Novel Perempuan Politikus Melayu karya Faisal Tehrani merupakan antara karya terbaik dalam memotretkan citra pemikiran politik. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan meneliti bentuk pemikiran yang cuba diterapkan oleh Faisal Tehrani dalam menganalisis aspek politik melalui konsep realisme sosial. Menerusi konsep ini, kritikan sosial yang dibina adalah selari dengan keadaan politik yang berlaku ketika penghasilan novel ini digarap. Kaedah penyelidikan kualitatif deskriptif digunakan dalam menilai pemikiran politik yang cuba diterapkan oleh Faisal Tehrani. Metodologi kajian ini berfokuskan kepada analisis teks serta kritikan politik yang terdapat dalam Novel Perempuan Politikus Melayu. Selain itu, kaedah temu bual turut digunakan bagi menguatkan dapatan kajian. Hasil perbincangan mendapati bahawa setiap karya sastera khususnya penulisan novel mempunyai identiti penulisan yang tersendiri dalam mengetengahkan corak pemikiran penulis secara tidak langsung. Penelitian terhadap Novel Perempuan Politikus Melayu menunjukkan gaya penulisan yang bersifat kritikal dan agresif dalam mengkritik ahli politik yang melakukan korupsi, menindas rakyat dan tidak amanah. Tambahan pula, penciptaan watak yang bersifat sarkastik, protes dan menentang secara tidak langsung melihatkan bahawa pengarang cuba membina plot penceritaan yang menentang pemimpin yang tidak telus dan kapitalisme. Ringkasnya, hasil penelitian mendapati pengarang menggunakan permasalahan politik dalam wacana karya novelnya.

Kata kunci: Perempuan Politikus Melayu, Faisal Tehrani, Realisme Sosial, Komunikasi Politik, Sastera

ABSTRACT

Novels are one of the political communication agents used to convey a doctrine that can change the public’s perception. Furthermore, the novel, which is also known as modern literature, is closely related to the sub-field of politics in highlighting its ideas. So, literary writing is not empty, in fact, it has views, ideologies as well as visions and missions that are tried to be implemented. Therefore, the novel Perempuan Politikus Melayu by Faisal Tehrani is one of the best novels in portraying political thought. Concerning that, this study will analyze the political thought that Faisal Tehrani tries to impose in analyzing political aspects through the concept of social realism. Through this concept, social criticism is parallel to the political situation that occurred when this novel was written. Descriptive qualitative research methods are used in evaluating the political thought that Faisal Tehrani tries to apply. The methodology of this study focuses on text analysis as well as political criticism found in the novel. In addition, the interview method was also used to strengthen the findings of the study. The results of the discussion found that every literary work, especially novel, has its own writing identity in highlighting the author's thinking pattern indirectly. This study on Perempuan Politikus Melayu shows a critical and aggressive writing style in criticizing politicians who commit corruption, oppress the people, and are untrustworthy. Furthermore, the creation of characters that are sarcastic, protesting, and defiant indirectly shows that the author is trying to build a narrative plot that opposes opaque leaders and capitalism. In summary, the study found that the author uses political issues in the discourse of his novel.

Keywords: Perempuan Politikus Melayu, Faisal Tehrani, Social Realism, Political Communication, Literature
Nur Dazelin Dieyza Hasmadi Hasmadi, Sharifah Nursyahidah Syed Annuar ##submission.copyrightStatement## https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/588 Mon, 25 Mar 2024 15:06:54 +0800 Menilai Partisipasi Gen Z: Sudut Pandang Keadilan Sosial dan Kelestarian Alam Sekitar https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/589
ABSTRAK

Artikel ini mengkaji perbincangan dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) di Malaysia tentang perspektif global dalam keadilan sosial dan kelestarian alam sekitar. Sebagai generasi yang paling muda dan berbilang kaum, Gen Z mula mempengaruhi perbincangan antarabangsa dan mencabar norma politik konvensional. Isu-isu global seperti ketidaksamaan jantina, hak asasi manusia dan ketidakadilan antara kaum mungkin tidak menjadi keutamaan atau kepentingan bagi generasi terdahulu, namun hal ini telah menimbulkan kesukaran bagi rakyat Malaysia untuk mencapai perpaduan nasional. Selain itu, isu-isu alam sekitar sering dianggap sebagai tabu dan tidak penting oleh kebanyakan masyarakat. Oleh sebab itu, Malaysia berada pada ranking ke-130 daripada 180 buah negara dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) 2022. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana Gen Z di Malaysia memahami isu-isu tersebut dan dengan menggunakan metodologi kuantitatif, data telah dikumpulkan melalui instrumen soal selidik dalam talian ke atas golongan Gen Z yang berusia 19 hingga 24 tahun. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Gen Z memberi penekanan yang tinggi terhadap isu-isu global seperti keadilan sosial, inklusiviti dan kelestarian alam sekitar. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bagaimana Gen Z boleh memberi impak yang berkekalan pada kesedaran global dan bagaimana pemimpin dan institusi politik perlu menyesuaikan kehendak dan jangkaan terkini masyarakat terutamanya golongan Gen Z.

Kata kunci: Gen Z, keadilan sosial, kelestarian alam sekitar, Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI),

ABSTRACT

This article examines the discussion among Generation Z (Gen Z) in Malaysia regarding global perspectives in social justice and environmental sustainability. As the youngest and most diverse generation, Gen Z is starting to exert its influence on intercontinental discourse and challenging the traditional political norms. Global issues such as gender inequality, basic human rights and racial exclusivity may not be at the forefront of older generation’s concerns or priorities which has created an internal struggle for Malaysia to achieve national unity. On top of that, environmental issues are often regarded as taboo and insignificant among the society members. Consequently, Malaysia has been ranked 130th out of 180 countries in the 2022 Environmental Performance Index (EPI). This study aims to examine how Malaysia's Gen Z perceives such issues and by employing quantitative methodology, the data was gathered through online questionnaires instruments of Gen Z participants, who ranged in age from 19 to 24. The findings suggest that Gen Z places a high importance on global issues such as social justice, inclusivity and environmental sustainability. In addition, this study demonstrate how Gen Z may have a long-lasting impact on global awareness and how political leaders and institutions must adapt to the latest wants and expectations of society, especially Gen Z.

Keywords: Gen Z, social justice, environmental sustainability, Environmental Performance Index (EPI),
Nisa Fatini Zulkefli, Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar, Aini Fatihah Roslan, Syafiq Sulaiman ##submission.copyrightStatement## https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/589 Tue, 02 Apr 2024 17:55:20 +0800