FENOMENA EVOLUSI DAN REVOLUSI MAKNA PERKATAAN MELAYU: TINJAUAN AWAL (EVOLUTIONARY AND REVOLUTIONARY WORD CHANGE (PHENOMENA) IN MALAY: A RELIMINARY STUDY)

Authors

  • Wan Robiah Hj. Meor Osman Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak
  • Chong Shin Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Abstrak

Bahasa berubah seiring dengan perkembangan kemodenan tamadun manusia. Perubahan bahasa adakalanya berlaku secara perlahan-lahan dan adakalanya berlaku secara drastik. Manusia sebagai penutur bagi satu-satu bahasa tidak dapat mengelak daripada impak teknologi maklumat yang secara langsung menyebabkan perubahan bahasa. Penutur juga tidak dapat menahan bahasa daripada terus berkembang secara pantas dan drastik kesan daripada gaya komunikasi masyarakat dunia yang berteraskan dunia rangkaian jalur lebar. Oleh hal demikian, makalah ini meneliti kelainan makna daripada segi evolusi (dalam dua Kamus yang dibandingkan iaitu Kamus R. O Windstedt (1960) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007)) dan daripada segi revolusi menerusi penggunaan sesuatu kata di media dalam talian iaitu Facebook dengan memanfaatkan Teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994). Kajian ini juga memanfaatkan carian enjin google trends untuk melihat populariti kata yang dianalisis. Sebanyak tiga kata dianalisis iaitu kisah, kunyit dan kencing. Hasil kajian menunjukkan terdapat kelainan antara perubahan makna kata yang dikaji daripada segi evolusi dan revolusi. Walaupun terdapat perbezaan antara perubahan makna evolusi dan revolusi, namun kedua-dua perubahan ini tetap memberikan sumbangan kepada Perkamusan Melayu. Dunia perkamusan Melayu dilihat perlu bergerak seiring dengan arus globalisasi masyarakat agar ia terus kekal relevan sebagai dokumen penting penggunaan bahasa penuturnya.

Kata kunci: Kelainan perubahan makna, evolusi, revolusi, perkamusan Melayu

 

Abstract

Languages change in line with the progress of modern human civilization. Language change sometimes occur gradually and may also happen drastically. Humans as language speakers are unable to avoid the impact that information technology has on language change. Speakers are also unable to stop language from further developing rapidly and drastically due to the influence of the internet on today’s global communities’ style of communication.  On this basis, this paper aims to investigate word meaning differences from the evolutionary point of view (Two dictionaries were compared namely R. O Windstedt (1960) and Kamus Dewan 4th Edition (2007)), and from the revolutionary point of view using online word search via Facebook based on the Theory of Invisible Hand.  This study also made use of google trends search to examine the popularity of selected words. A total of three Malay words were analyzed which are kisah, kunyit, and kencing. Research showed that there were differences between word meanings analyzed from the aspects of evolution and revolution. Despite the differences, these meanings prove to be an invaluable contribution to Malay lexicography. The domain (world) of Malay lexicography needs to progress together with the globalized society to remain relevant for the continuous language documentation of its speakers.

Keywords: Differences word meaning, Evolution, Revolution, Malay lexicography

References

Asmah Hj. Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bickerton, D. 2007. Language evolution: A brief guide for linguists. Lingua 117: 510–526.

David Crystal. 2003. A Linguistic Revolution? Concord. https://www.davidcrystal.com/?field=-4110 [26 Mac 2018]

David Crystal. 2001. The language revolution: from reluctance to renaissance. https://www.davidcrystal.com/?field=-4131. [26 Mac 2018]

Facebook Ahmad Maslan. 2017. https://www.facebook.com/Datuk.Ahmad.Maslan/ [30 September 2017].

Facebook Anwar Ibrahim. https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/ [2 Oktober 2017]

Facebook Carian Umum Kunyit. 2017. https://www.facebook/search/str/Mat+Kunyit/stories.keyword/stories [2 Oktober 2017].

Facebook Kelab Che Det. 2016. https://www.facebook.com/kcdmalaysia/?fref=ts [23 Jun 2016].

Facebook Muhyiddin Yassin. 2017. https://www.facebook.com/pg/ts.muhyiddin/post/ [5 Oktober 2017].

Facebook Najib Razak. 2016. https://www.facebook.com/search/top/?q=najib%20razak [23 Jun 2016].

Kamus Bahasa Melayu R. O. Windstedt. 1960. Singapore dan Kuala Lumpur: Marican & Sons.

Kamus Dewan. Edisi Keempat Cetakan Kedua. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keller, R. 1994. On Language Change: The Invisible Hand in Language. London and New York: Routledge.

Noresah Baharom. 2009. Kamus dan Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. 2011. Media Baharu Yang Baharu: Trend Penggunaan Jaringan Sosial dalam Kalangan Pengguna di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia 13(2): 93-110.

S. Nathesan. 2015. Etimologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Downloads

Published

2019-12-31

Issue

Section

Language & Heritage