ISU KENAIKAN HARGA RUMAH DI KAWASAN PINGGIR BANDAR: SATU TINJAUAN DI MUKIM SEMENYIH, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR (THE ISSUE OF HOUSE PRICE INCREASES IN SUBURBAN AREAS: A SURVEY IN MUKIM SEMENYIH, HULU LANGAT DISTRICT, SELANGOR)

Authors

  • Amaluddin Bakeri
  • Zuliskandar Ramli
  • Er Ah Choy
  • Azahan Awang

Abstract

Abstrak

Semenyih yang terletak di selatan daerah Hulu Langat, Selangor merupakan sebuah mukim yang diasak rebakkan bandar akibat perkembangan metropolitan Kuala Lumpur. Rebakkan bandar yang berlaku telah menggalakkan pembangunan sektor hartanah khususnya pembinaan taman-taman perumahan dan pusat-pusat komersil di kawasan itu. Pelaksanaan projek-projek perumahan tersebut adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan terhadap rumah kediaman yang semakin meningkat daripada penduduk setempat dan penduduk dari luar mukim Semenyih.  Walau bagaimanapun, projek-projek perumahan yang dibangunkan pada masa kini sebilangan besarnya menawarkan rumah kediaman yang berharga mahal melebihi setengah juta ringgit.  Berdasarkan data soal selidik, didapati kenaikan harga rumah kediaman tersebut antaranya disebabkan oleh kenaikan harga tanah, pembinaan infrastruktur moden, kenaikan kos bahan binaan, dan peningkatan permintaan pasaran. Harga rumah kediaman yang mahal di Semenyih tidak selaras dengan aspek ekonomi penduduk tempatan memandangkan kebanyakan mereka adalah terdiri daripada orang Melayu pinggir bandar yang berpendapatan sederhana dan rendah.  Sebagai akibatnya, harga rumah kediaman yang mahal telah memberi impak negatif kepada orang Melayu pinggir bandar tersebut.  Hasil tinjauan mendapati, antara kesan negatif yang dirasai termasuklah kesukaran memiliki hartanah baru, perubahan pekerjaan, perubahan pendapatan, perubahan perbelanjaan, peningkatan beban sara hidup, dan kualiti hidup yang semakin berkurang.  Artikel ini membincangkan latar belakang mukim Semenyih dan orang Melayu pinggir bandar yang menghuni kawasan itu.  Seterusnya, membincangkan secara umum perkembangan sektor perumahan di Semenyih yang terjadi akibat rebakkan bandar dan faktor-faktor yang mendorong kenaikan harga rumah kediaman.  Kemudian, menghuraikan kesan-kesan kenaikan harga rumah terhadap orang Melayu pinggir bandar yang menetap di mukim itu.

Kata kunci: Rebakkan bandar, kawasan pinggir bandar, kenaikan harga rumah, komuniti Melayu

 

Abstract

Semenyih, a province in the southern part of the Hulu Langat district of Selangor, is under pressured by urban sprawl due to the expansion of Kuala Lumpur metropolitan.  The urban sprawl has encouraged the development of the property sector, particularly in the housing estates and commercial centers in the area.  The implementations of these housing projects are to fulfill the growth of residential homes demand from the residents of Semenyih and the people outside of Semenyih.  At present, most of the housing projects are offering a high cost residential units with a price over a half million ringgit.  Based on the survey, it was found that the rise of residential units price due to the rise of land prices, the availability of modern infrastructure, the rise of building materials costs, and the increase in market demand.  The high-priced residential houses in Semenyih is not in line with the economic aspects of most of the residents who are the suburban Malay communities coming from low and middle income group.  As a result, the highly price of residential houses has negative impact on the suburban Malay communities. The survey found that among the negative effects faced by the communities are the difficulty in owning new properties, changes in occupation, and changes in income, changes in expenses, the rising in living costs, and the declining quality of life. This article discusses the background of Semenyih and the suburban Malay communities living in the area.  Subsequently, a general discussion on housing development sector in Semenyih as a result of urban sprawl and the factors that led to the rise of residential houses price.  The effects on the rises of housing price to the suburban communities living in the area will also be further discussed in this article.

Keywords: Urban sprawl, suburban area, house price increases, Malay communities

References

Abd. Ghani Khalid, Razali Adul Hamid, Zakaria Mohd Yusoff, Mohd Saidin Misnan. 2007. Laporan akhir projek penyelidikan kontrak: Data base harga binaan dan harga buruh binaan. Pengurusan Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Pakatan Ukur Bahan Sdn. Bhd.

Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Abdul Hadi Harman Shah, Ahmad Fariz Mohamed. 2008. Dayahuni Bandar. Bangi: Penerbit Lestari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dieleman, F. & Wegener, M. 2004. Compact city and urban sprawl. Built Environment 30(4): 308-323.

Hisham Idris & Noor Syahidatool Aqma Mohd Noor. 2008. Bayar hutang sampai mati. Kosmo! Online. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp [22 Mac 2016]

Industri Binaan Malaysia. 2012. Harga buruh binaan. industribinaan.blogspot.my/2012/03/harga-buruh-binaan.html [15 Ogos 2017]

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Banci Penduduk dan Perumahan 2010: Laporan kiraan permulaan.

Jabatan Perangkaan Malaysia & anggaran Bank Negara Malaysia. 2015. Inflasi dan kos sara hidup.

https://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2015/cp01_003_rencana_updated.pdf [15 Ogos 2017]

Katiman Rostam, Er Ah Choy, Zaini Sakawi, Abdul Rahim Mohd Nor, Aishah@Esah Mohamed. 2010. Pembandaran di pinggir wilayah metropolitan lanjutan Malaysia: Beberapa implikasi terhadap kejiranan dari Lembah Klang Langat. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 6(2): 37-50.

Lean H.H., Smyth R. 2013. Regional house prices and the ripple effect in Malaysia. Urban Studies 50(5): 895-922.

Levin E. J., Wright R. E. 1997. Speculation in the housing market? Urban Studies 34(9): 1419-1437.

N. Hamzah, M.A. Khoiry, M.A.M. Ali, N.S. Zaini, I. Arshad. 2011. Faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi harga rumah teres di Bandar Baru Bangi. Journal Design + Built 4: 1-8.

Pejabat Daerah/Tanah Daerah Hulu Langat. 2016. Senarai mukim dan keluasan. www2.selangor.gov.my/hululangat.php/pages/65 [15 Ogos 2017]

Samruhaizad Samian @ Samion. 2015. Kesedaran pembangunan, kesediaan diri dan penerimaan perubahan: komponen meningkatkan kualiti hidup masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat, Selangor. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman) 3(3): 121-137.

Siti Zubaidah Mat Isa, Nurul Fatiha Muah, Mohammad Hafizi Mohd. 2014. Rumah terlalu mahal apa puncanya? Sinar Online. http://www.sinarharian.com.my/nasional/rumah-terlalu-mahal-apa-puncanya-1.316567 [22 Mac 2016]

Downloads

Published

2018-02-15

Issue

Section

Environment & Landscape