POTENSI PEMBANGUNAN PELANCONGAN BERASASKAN WARISAN DI BANDAR HILIR, MELAKA: ANALISIS SWOT (THE POTENTIAL OF DEVELOPING TOURISM BASE ON HERITAGE AT BANDAR HILIR MELAKA: SWOT ANALYSIS)

Authors

  • Siti Salina Masdey Institute of Malay World & Civilization Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zuliskandar Ramli Deputy Director / Associate Professor Institute of Malay World & Civilization Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang potensi pembangunan di Bandar Hilir, Melaka daripada segi pelancongan berasaskan warisan sejarah dan arkeologi. Kaedah analisis SWOT (strength, weaknesses, opportunity, threats) telah digunakan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran atau ancaman untuk menjadikan kawasan kajian sebagai destinasi pelancongan warisan dan arkeo-pelancongan warisan. Data analisis SWOT ini diperoleh melalui kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen mengedarkan borang soal selidik kepada masyarakat setempat yang berusia 16 tahun ke atas dan telah tinggal di kawasan kajian selama lebih lima tahun. Seramai 35 orang responden telah menjawab borang soal selidik dan memberi kerjasama yang baik. Hasil dapatan daripada analisis SWOT yang dikenal pasti, Bandar Hilir mempunyai kekuatan kerana memiliki warisan bersejarah yang unik. Daripada segi kelemahan, beberapa elemen warisan yang tidak dijaga dengan baik dan terdapat penambahbaikan yang telah menghilangkan identiti warisan tersebut. Selain itu, kedudukan Bandar Hilir yang terletak di kawasan bandar menyebabkan kawasan tersebut mengalami kesesakan lalu lintas. Daripada segi peluang, pihak berkuasa telah melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke kawasan tersebut. Di samping itu, Bandar Hilir mempunyai peluang untuk dimajukan lagi sebagai tapak arkeo-pelancongan warisan kerana banyak elemen warisan yang dapat menarik perhatian pelancong. Manakala daripada segi ancaman, pembinaan bangunan membeli belah, pusat hiburan, hotel dan lain-lain yang terlalu banyak telah menghilangkan identiti warisan yang terdapat di kawasan kajian. Kemudian, hasil dapatan daripada kaedah kuantitatif daripada segi kekuatan adalah kebanyakan responden mengatakan daya tarikan utama di Bandar Hilir adalah kerana kisah sejarahnya dan tinggalan monumen yang terdapat di kawasan tersebut. Daripada segi kelemahan pula, majoriti responden mengatakan pembangunan bandar yang pesat telah menjejaskan usaha pembangunan warisan di Bandar Hilir. Dari segi peluang, kebanyakan responden bersetuju bahawa Bandar Hilir berpotensi menjadi kawasan pelancongan berasaskan warisan. Manakala daripada segi ancaman, majoriti responden mengatakan bahawa cabaran utama bagi menjadikan Bandar Hilir sebagai tapak arkeo-pelancongan adalah kepesatan bandar kerana proses untuk menjadikan Bandar Hilir sebagai tapak arkeo-pelancongan memerlukan ruang yang besar. Hal ini akan menyebabkan banyak kawasan pembangunan akan terjejas.

Kata kunci: Analisis SWOT, warisan sejarah, arkeologi, pelancongan warisan, kaedah kuantitatif

 

 

Abstract

This article discusses the potential development in Bandar Hilir, Melaka in terms of tourism based on historical and archaeological heritage. SWOT (strengths, weaknesses, opportunities, threats) analysis methods have been used to identify strengths, weaknesses, opportunities and challenges or threats to make the study area a legacy of heritage tourism and archaeological tourism. SWOT analysis data was obtained through quantitative methods using the instruments distributing questionnaires to local communities aged 16 years and over and had lived in the study area for over five years. A total of 35 respondents answered a questionnaire and provided good co-operation. The findings of the SWOT analysis are identified, Bandar Hilir has the strength of having a unique historic heritage. In terms of weaknesses, some inherited elements are well maintained and there are improvements that have eliminated the identity of the heritage. In addition, Bandar Hilir's position located in the city area caused the area to experience traffic congestion. In terms of opportunities, the authorities have made various efforts to increase the arrival of tourists to the area. In addition, Bandar Hilir has the opportunity to further develop as a heritage archaeological site as many heritage elements can attract tourists. While in terms of threats, the construction of shopping malls, entertainment centers, hotels and so many others have lost the identity of the heritage found in the study area. Then, the findings of quantitative methods in terms of strengths are that most respondents say the main attraction in Bandar Hilir is due to its historical story and the remains of monuments found in the area. In terms of weakness, the majority of respondents said that rapid urban development has affected the heritage development efforts in Bandar Hilir. In terms of opportunities, most respondents agreed that Bandar Hilir has the potential to be a heritage-based tourism area. While in terms of threats, the majority of respondents say that the main challenge for making Hilir City as an archeo-tourism site is the speed of the city as the process to make Bandar Hilir an archaeo-tourism site requires a huge space. This will cause many development areas to be affected.

Keywords: SWOT analysis, historical heritage, archeology, heritage tourism, quantitative methods

References

Aurkene Alzua, Joseph T. O’Leary dan Alastair M. Morrison. 1998. Cultural and Heritage Tourism: Identifying niches for international travelers. The Journal of Tourism Studies 9(2):2-13.

Er Ah Choy. 2013. Pembangunan pelancongan lestari di Melaka: Perspektif pelancongan. Malaysian Journal of Society and Space 9(3): 12-23.

Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad. 2008. Perancangan dan Pembangunan Pelancongan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

J. V. Mills. 1997. Eredia’s Description of Malacca, Meridional India, and Cathay. Terj. oleh Mills. J. V. Kuala Lumpur: MBRAS.

Jabatan Warisan Negara. 2006. Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara.

Mohamed Anwar Omar Din. 2008. Pelancongan-budaya: konsep dan profil di Malaysia. Jurnal Melayu 3

Siti Salina binti Masdey & Zuliskandar Ramli. 2017. Bangunan Warisan dan Tapak Arkeologi di Bandar Hilir Melaka: Sumbangan Terhadap Pelancongan Warisan di Melaka. Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah, Budaya dan Bahasa di Alam Melayu Nusantara (ASBAM) ke-6, Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM Bangi.

Solihah Mustafa, Mazdi Marzuki, Ruzanna Syamimi, Jabil Mapjabil, Muhammad Kadir Zainal Abidin dan Mohamad Pirdaus Yusoh. 2015. Pengurusan bandar warisan UNESCO dan penglibatan komuniti tempatan: Kajian kes di George Town, Pulau Pinang. Malaysian Journal of Society and Space 11(12): 87-99.

Wan Suzita Wan Ibrahim, Rosilawati Zainol, Siti Nor Awang, Kamal Solhaimi Fadzil dan Juli Edo. 2015. Pelancongan dan pembangunan setempat di Malaysia: satu analisis SWOT Royal Belum sebagai produk ekopelancongan. Malaysian Journal of Society and Space 11(13):115-130.

Zainab binti Roslan, Zuliskandar Ramli & Er Ah Choy. 2016. Potensi Pembangunan Pelancongan Berasaskan Warisan di Bandar Lama Diraja Jugra, Selangor: Satu Analisis SWOT, Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah, Budaya dan Bahasa di Alam Melayu Nusantara (ASBAM) ke-5, Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin.

Zuliskandar Ramli. 2017. Heritage Tourism in Malaysia: Potential and Challenges. The Social Sciences 12(3): 431-440.

https://www.google.com/maps/place/Bandar Hilir Malacca Malaysia [16/10/2017]

Downloads

Published

2018-06-29

Issue

Section

Language & Heritage