Inovasi Perubatan Melalui Terapi al-Quran Terhadap Kanak-Kanak Autisme

Nurhayati Syazwani Zulkafli, Latifah Abdul Majid, Hamdi Ishak

Abstract


Inovasi Perubatan Melalui Terapi Al-Quran Terhadap Kanak-Kanak Autisme

Abstrak

Autisme adalah individu yang tergolong dalam neuro-developmental disorder iaitu mengalami kecacatan yang berkait dengan sistem saraf dan otak. Keadaan ini juga menyebabkan mereka sering berada dalam dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kanak-kanak yang menghidap simptom ini mempunyai masalah dalam tingkah laku, emosi dan pertuturan. Terdapat pelbagai kaedah yang telah digunakan bagi membantu kanak-kanak autisme termasuklah terapi al-Quran. Terapi al-Quran ialah kaedah yang menggunakan bunyi berbentuk ayat-ayat al-Quran dalam merawat dan menangani sesuatu masalah kesihatan. Terapi al-Quran telah terbukti dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti tekanan perasaan dan strok. Terapi ini juga boleh digunakan dalam merawat kanak-kanak autisme kerana dengan mendengar bacaan ayat al-Quran sahaja dapat memberi kebaikan kepada seseorang walaupun bacaan tersebut tidak difahami. Artikel ini bertujuan mengkaji kesan terapi al-Quran terhadap kanak-kanak autisme. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan literatur di mana kajian-kajian terdahulu yang berkaitan autisme dan terapi al-Quran telah diteliti dan dibuat tinjauan. Data-data yang dikumpulkan dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif untuk menghuraikan serta memberi penerangan yang sistematik mengenai sesuatu fakta. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-Quran mengutarakan pelbagai inovasi dalam perubatan yang perlu diambil perhatian oleh umat Islam.

Kata kunci: Terapi al-Quran, Tingkah Laku, Emosi, Pertuturan, Autisme

 

Medical Innovation Through Quran Therapy On Autistic Children

 

Abstract

Autism is an individual that belongs to neuro-developmental disorder where they are experiencing disabilities associated with the nervous system and the brain. This condition also causes them to be in their own world regardless of their surroundings. Children with this symptom have problems in behavior, emotion and speech. There are various methods that have been used to help autism’s children including Quran therapy. Quran therapy is a method of using sound in the form of Quranic verses in treating health problems. Quran therapy has been proven in curing and healing various diseases such as stress and stroke. This therapy also can be used in treating autistic children because listening to the Quranic verses also give benefit to the individual even though that person does not understand the meaning of Quran verses that being read. This article was conducted to study the effects of the Quranic therapy on autistic children. The method used in this study was a literature review where previous studies related to autism and Quran therapy were investigated and surveyed. The data collected in this study were analyzed using descriptive method to describe the facts in a systematic explanations. The findings show that the Quran give various innovations in medicine field which are Muslims need to give fully attention to it.

Keywords: Quran Therapy, Behaviour, Emotion, Speech, Autism


Full Text:

PDF

References


Al-Quran al-Karim.

Abduddaim Kahel. 2010. Terapi Ayat Suci: Terapi Al-Quran Untuk Hidup Sihat. Selangor: Darul Quran Nurul Hasanah.

Centres for Disease Control and Prevention. 2018. Estimated Autism Prevalence 2018. https://www.autismspeaks.org/science-news/cdc-increases-estimate-autisms-prevalence-15- percent- 1-59-children [20 September 2018].

Dini Farhana Baharudin dan Melati Sumari. 2011. The Effect of Sound Therapy In Increasing Calmness and Reducing Stress On Working Muslim Women In Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences.

Eva Dwi Mayrani & Elis Hartati. 2013. Intervensi Terapi Audio Dengan Murottal Surah Al-Rahman Terhadap Perilaku Anak Autis. Jurnal Keperawatan Soedirman. Julai. 8(2): 69-76.

Husni Fitri. 2011. Religious Therapy as One of an Alternative Ways in Getting Educational Betterment for Children with Autism Spectrum Disorder. Proceedings Social and Behavioral Sciences, hlm. 1782-1787.

K. A. Razhiyah. 2008. Apa Itu Autisme?. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Mohd Amzari Tumiran et al. 2013. Addressing Sleep Disorder of Autistic Children with Qur’anic Sound Therapy. 5(8A2): 74-79.

Mohamed Akhiruddin Ibrahim, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff & Azniwati Abdul Aziz.2012. Kemukjizatan Biologi dalam Al-Quran Dari Perspektif Sains: Satu Tinjauan. Proceedings The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, hlm.213-224.

Muhammad Sholikhin 2010. Ritual Dan Tradisi Islam Jawa: Ritual-Ritual Dan Tradisi- Tradisi Tentang Kehamilan, Kelahiran, Pernikahan, dan Kematian Dalam Kehidupan Sehari-Hari Masyarakat Islam Jawa. Yogyakarta: Narasi.

Norfishah Mat Rabi. 2015. Rahsia dan Keunikan Personaliti Kanak-Kanak Autistik Di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Normardina Abdul Rahim. 2015. Sound Therapy Using Quranic Verse In Increasing The Calmness and Reducing Stress On Final Year Students In UNIMAS. Tesis Sarjana Muda, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak.

Norsiah Fauzan & Siti Naqiah Shahidan. 2015. Al-Quran untuk Terapi Minda dan Penyembuhan: Kajian menggunakan Quantitative Electroencephalograph. Disember. 5(2): 99-109.

Puteri Roslina Abdul Wahid & Nurul Haniza Samsudin. 2016. Bahasa dan Kanak-Kanak Autisme.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salman Rusydie Anwar & Arina Darmawis. 2011. Sembuh dengan Al-Quran. Selangor: S. A. Majeed & Co. Sdn. Bhd.

Sayyid Qutb. 2010. Tafsir Fi Zilalil Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman.

Siti Patonah Mohamad, M.Y. Zulkifli Mohd Yusoff dan Durriyah Sharifah Hasan Adli. 2013. Terapi Bunyi Melalui Bacaan Al-Quran Bagi Masalah Emosi dan Kemahiran Motor Pertuturan Kanak-kanak Autistik. International Journal of Quranic Research. Disember. 5(2): 53-72.

Siti Patonah Mohamad, M.Y. Zulkifli Mohd Yusoff dan Durriyah Sharifah Hasan Adli. 2014. Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran bagi Golongan Kelainan Upaya Mental: Analisis dari Sumber Tradisi Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. Jun. 158-168.

Wan Faridah Fairus Wan Ramli. 2012. Tahap Pengetahuan dan Latihan Guru Pendidikan Khas Tentang Autisme. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Hisham Ahmad. 2013. Aku Bersyukur Anakku Autisme. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Yasmin Hussain. 2013. Terapi Dalam Pendidikan Khas. Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Centre of Islamic Heritage Sustainability
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: faizam@ukm.edu.my

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM