MASALAH PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID CINA SEKOLAH RENDAH (Learning Problem of Malay Language among the Chinese Pupils Primary School)

Chew Fong Peng

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi murid-murid Cina terhadap bacaan buku dan sebutan dalam bahasa Melayu. Seramai 400 orang sampel dipilih daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan (SK).  Murid-murid Cina di SJKC dan SK mempunyai masalah sebutan kerana kurang membaca buku atau bahan bacaan bahasa Melayu. Murid-murid Cina kurang gemar membaca bahan bacaan atau buku bahasa Melayu kerana faktor kebudayaan, pengaruh rakan dan keluarga. Selain itu, murid-murid Cina sering melakukan kesalahan sebutan fornem (‘m”, “n”, “l”, dan “r”) dan konsonan bergabung (“sy”, “ny” dan “ng”).  Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi murid-murid SK dengan SJKC dalam pencapaian bahasa Melayu.  Hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan antara kemahiran pemahaman dengan pertuturan murid-murid Cina dalam bahasa Melayu.  Hasil kajian ini mendapati pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah perlu diperbaiki agar dapat membantu murid-murid mempelajari bahasa Melayu dengan baik. Selain itu, guru-guru Bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting untuk memupuk minat membaca di samping membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid Cina kerana Bahasa Melayu ialah bahasa kedua mereka. Tambahan pula, ibu bapa memainkan peranan penting di samping sikap dan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu itu sendiri.

Kata kunci:  Bahasa Melayu, murid-murid Cina, sekolah jenis kebangsaan, sekolah kebangsaan

Abstract: This study aims to investige the perception of Chinese pupils towards books reading and pronunciation in Malay Language. A total of 400 samples were selected from Chinese National-type Schools (CNTS) and National Schools (NS). Chinese pupils in CNTS and NS face the problems in pronunciation as a result of lack of reading Malay language books. Chinese pupils are less fond of reading Malay language books due to cultural factors, the influence of friends and family. In addition, Chinese pupils often make mistakes in fornem ( "m", "n", "l" and "r") and join consonants ( "sy", "ny" and "ng"). The t-test showed significant difference for the pupils of SK with SJKCs in the Malay language result. Pearson correlation test showed no relationship between comprehensive and speech competence among Chinese pupils in Malay language. The results of this study found that teaching and learning of Malay Language in primary schools should be improved in order to help pupils to learn the language well. In addition, the Malay Language teachers also play very important roles to foster interest in reading in addition to correct the errors made by Chinese pupils as Malay language is their second language. In addition, parents play an important role in the attitudes and interests of the pupils towards the Malay language.

Keywords: Malay Language, Chinese national-type schools, national schools, chinese pupils


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.