SIKAP DAN MOTIVASI MURID BAJAU DALAM MEMPELAJARI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA (Attitude and Motivation Students Bajau in Studying Malay Language as a Second Language)

KHAIRUL NIZAM MOHAMED ZUKI, WAN MUNA RUZANNA WAN MOHAMAD

Abstract


Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi yang dimiliki oleh murid-murid Bajau sekolah rendah pedalaman yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan sikap dan motivasi antara murid Bajau berdasarkan jantina dalam mempelajari bahasa Melayu. Seramai 56 orang murid Bajau tahun 4, 5, dan 6 dari 3 buah sekolah rendah pedalaman di daerah Beluran dipilih sebagai responden menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data adalah soal selidik yang mengandungi 36 item dan terbahagi kepada dua konstruk iaitu sikap dan motivasi. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid Bajau sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan sikap dan motivasi antara murid lelaki dengan murid perempuan yang mempelajari bahasa Melayu. Kesimpulannya, murid-murid Bajau menunjukkan sikap yang positif serta motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Kata kunci: Sikap, motivasi, etnik, Bahasa Melayu, bahasa kedua

Abstract: The aim of this study is to identify the attitude and motivation among Bajau pupils in primary school in the learning of Malay language as a second language. This study also tries to identify the existence of differences in attitude and motivation between the two genders of Bajau pupils in the learning of Malay language. About 56 Bajau pupils from year 4, 5, and 6 from 3 primary school in the Beluran’s district have been selected as respondents using the purposeful sampling method. Questionnaire’s method consisting of 36 items and have divided by two constructs into attitude and motivation for this study. The results of this study show that Bajau pupils in the primary schools have positive attitude and high motivation level in the learning of Malay language as a second language. The results of this study also reveal the significant differences in motivation level between male and female pupils during the learning of Malay language. The conclusion is Bajau pupils have positive attitude and high motivation level while studies Malay language as a second language.

Keywords: Attitude, motivation, ethnic, Malay Language, second language


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.