KEUPAYAAN MENGGUNAKAN KOMSAS SEBAGAI KOMPETENSI PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU (Efficacy to Use Literature Element (KOMSAS) as the Teaching Competence for Malay Language Teachers)

ROZANI AHMAD

Abstract


Abstrak:Kajian mengenal pasti keupayaan guru menggunakan KOMSAS iaitu penguasaan kemahiran guru menggunakan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Implikasi kajian terhadap dasar pendidikan memberi penekanan terhadap keperluan guru dalam pengajaran Bahasa Melayu. Selain, memberi implikasi terhadap perubahan corak pengajaran guru yang berkesan, berpusat pelajar, menarik dan menekankan kemahiran berfikir. Kajian menggunakan teknik rawak bertujuan dan rawak mudah bagi mengumpul data guru Bahasa Melayu sekolah menengah seluruh Sabah. Jumlah sampel kajian adalah seramai 337 responden berdasarkan Jadual PersampelanKrejcie& Morgan. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Berdasarkan kajian rintis yang telah dijalankan ke atas 130 orang responden, nilai Cronbach Alpha bagi kesahan instrumen yang diperoleh bagi setiap pemboleh ubah adalah masing-masing, .965 dan .951. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0. Keputusan kajian menunjukkan tahap keupayaan guru menggunakan KOMSAS serta tahap kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu adalah tinggi. Malah terdapat hubungan yang signifikan antara keupayaan menggunakan KOMSAS dengan kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu. Keputusan kajian juga menunjukkan keupayaan menggunakan KOMSAS memberi pengaruh terhadap kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu.

Kata kunci: Keupayaan, KOMSAS, kompetensi pengajaran, guru Bahasa Melayu

Abstract: The purpose of study is to identify the efficacy to apply literature element (KOMSAS) which is the mastery of teacher skills using literature in teaching Malay Language. The implication of the study on education policy emphasizes the need for teachers in teaching Malay Language. In addition, it implies the change of teacher's effective teaching pattern, student-centered, interesting and emphasized thinking skills. The study uses random and purposeful random techniques for collect data to secondary school Malay Language  teachers in Sabah. The total sample of the study was 337 respondents based on Krejcie& Morgan sampling schedule. This study uses questionnaire as a research instrument. Based on pilot study conducted on 130 respondents, the value of Cronbach alpha for the validity of the instruments obtained for each variable is respectively .965 and .951. Data were analyzed using SPSS version 21.0. The results of the study show that the level of teacher's efficacy to use literature element (KOMSAS) as well as the level of teaching competence of Malay Language teachers is at high level. In fact, there is a significant relationship between the efficacy to use literature element (KOMSAS) with teaching competence for Malay Language teachers. The results of the study also show that the efficacy to use literature element (KOMSAS) affects the teaching competence of Malay Language teachers.

Keywords: Efficacy, literature element (KOMSAS), teaching competency, Malay Language teacher


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.