APLIKASI KAEDAH FUZZY DELPHI DALAM PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN PANTUN MELAYU BERASASKAN MAKSUD AL-QURAN MENGENAI KEINDAHAN FLORA, FAUNA DAN LANGIT TINGKATAN 2 (Fuzzy Delphi Method Application in Developing Model of Malay Poem based on the Meaning of the Quran about Flora, Fauna and Sky Form 2)

RASHIDAH MOHD, SAEDAH SIRAJ, ZAHARAH HUSSIN

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar bahasa Melayu  tentang Modul Pengajaran Pantun Melayu mengenai keindahan flora, fauna dan langit, untuk meningkatkan kemahiran mencipta pantun Melayu berdasarkan pantun jenaka/humor/hiburan, pantun teka-teki/soalan dan pantun sindiran (moral dan akhlak) berasaskan maksud al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah menengah dengan menggunakan aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi (FDM-Fuzzy Delphi Method). Objektif  kajian ini adalah untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap jenis-jenis pantun, ciri-ciri reka bentuk, komponen utama, aktiviti utama,  masalah dan cara mengatasinya. FDM dibina atas persetujuan 7 panel pakar yang ditemu bual untuk membina item-item yang akan diguna bagi mendapatkan konsensus pakar dengan menggunakan 7 skala Likert. Soalan kaji selidik diedarkan kepada 25 guru pakar  bahasa Melayu berpengalaman 10 tahun mengajar mata pelajaran  tersebut  yang dipilih daripada tujuh buah sekolah menengah daerah Gombak, Selangor bagi menjawab persoalan kajian.  Instrumen bahagi kepada tujuh bahagian yang merangkumi 46 item kajian bagi mendapatkan konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan  bahawa kesepakatan atau konsensus kumpulan pakar bersetuju dengan kesemua item. Implikasi kajian menunjukkan Modul Pengajaran Pantun Melayu berasaskan maksud al-Quran tentang keindahan flora, fauna dan langit tingkatan 2 yang dihasilkan mempunyai nilai kebolehgunaan yang tinggi. Modul ini boleh dijadikan panduan kepada KPM dalam menambah bahan mengajar komponen sastera (KOMSAS) khasnya pantun Melayu remaja di peringkat sekolah menengah.

Kata Kunci:  Modul Pengajaran, Pantun Melayu, Flora, Fauna, Langit, Fuzzy Delphi Method (FDM)

Abstract: The purpose of this study is to obtain the Malay language experts on the teaching of Malay pantun on the beauty of flora, fauna and the sky, to improve the skills of creating the Malay pantun based on the joke/humor/entertainment, pantun puzzles/questions, and pantun of satire (morals and morality) based on the purpose of Quranic among secondary school students  (KAA) using the Delphi fuzzy method (FDM) application. The objective of this study is to obtain from 7 expert views to built the questionnaire of FDM in 7poins Likert scale and consensus on types of Malay pantun, characteristic of design, key components, and main activities, problems and ways to overcome them. FDM is used to get expert consensus by distributing questionnaires to 25 Malay language specialist teachers ten years experiences selected from seven national secondary schools in district of Gombak, Selangor to answer the research questions. The instrument consists of seven sections covering 46 review items for expert consensus. The findings show that experts have consensus agree wih all the items. The implication concludes that the Malay Pantun Teaching Module based on the Quranic meaning on the beauty of flora, fauna and sky produced a high-value usability and this module can be used as guidance to Ministry of Education Malaysia to supplement the teaching materials of literature component (KOMSAS) especially for the Malay youth’s pantun in secondary school.

Keywords: Teaching module, Malay pantun, flora, fauna, sky, Fuzzy Delphi Method (FDM)


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.