PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR, SIKAP PELAJAR DAN MASALAH UNTUK MENGAPLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (Implementation of Thinking Skills, Student Attitudes and Problems in Application Thinking Skills Malay Language Teaching)

SITI ZAHIDAH SALLEH, ABDULL SUKOR SHAARI

Abstract


Abstrak: Kertas kerja ini bertujuan membentangkan kajian berkenaan kekerapan pelaksanaan kemahiran berfikir oleh guru dan sikap pelajar terhadap pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di Kedah.  Kajian ini juga dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif. Sampel kajian ialah sebanyak 60 orang pelajar dan 4 orang guru Bahasa Melayu.  Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik dan protokol temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences versi 22. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru kerap mengaplikasikan amalan kemahiran berfikir dalam P&P.  Selain itu, pelajar bersikap positif terhadap aplikasi kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.  Kajian ini juga mendapati bahawa guru mempunyai beberapa masalah ketika aplikasi kemahiran berfikir, iaitu masalah masa persediaan mengajar yang panjang, pengetahuan sedia ada pelajar yang rendah dan sikap pelajar yang agak negatif terhadap kemahiran berfikir.  Implikasi kajian ini diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kesedaran pelajar terhadap aplikasi kemahiran berfikir dan membantu guru mengatasi masalah ketika aplikasi kemahiran berfikir dijalankan.

Kata kunci: Kemahiran berfikir, sikap pelajar, masalah mengaplikasi kemahiran berfikir

Abstract: This paper aims to present a study on the frequency of the implementation of thinking skills by teachers and student attitudes towards the application of thinking skills and the problems faced to implement thinking skills in Malay Language  teaching in a secondary school in Kedah. This study uses a mixed method design between quantitative and qualitative. The sample was 60 students and 4 bahasa Melayu teachers. The research instrument used was questionnaire and interview protocol. The data were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. The data were analyzed using descriptive statistics and inferential statistics. The findings show that teachers often apply thinking skills in their teaching. Additionally, students are positive towards the application of thinking skills in Malay Language  subjects. This study also found that teachers had some problems when they want to apply thinking skill in their teaching especially a long time teaching preparatory, the low knowledge of the existing students and the negative attitude towards the thinking skills. The implication of this study is to increase students' awareness of thinking skills applications and help teachers overcome problems when thinking skills applications are implemented.

Keywords: Thinking skills, student attitude, problem to apply thinking skill


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.