PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN DALAM PEMBELAJARAN PENULISAN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA DI SEKOLAH MENENGAH (The Use of Thinking Map in this Learning Language Writing in the Middle School)

MOHD ZIKRI IHSAN MOHAMAD ZABHI, SHAMSUDIN OTHMAN, ABDUL RASID JAMIAN, AZHAR MD SABIL

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran penulisan Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah menengah harian biasa kategori Kluster Kecemerlangan. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah campuran, iaitu kuasi eksperimen dan disokong pula dengan temu bual. Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan ke atas empat orang murid tingkatan 3 yang dipilih sebagai responden kajian. Hanya satu kumpulan sampel sahaja digunakan dalam menjalankan kajian ini. melalui sesi pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) yang dilakukan, murid telah diberi ujian pra sebelum diberikan rawatan. Data dikumpulkan daripada skor pencapaian pada latihan, ujian pra, dan ujian pasca. Perbandingan perbezaan purata skor bagi keempat-empat jenis jenis peta pemikiran, iaitu peta bulatan, peta buih, peta alir, dan peta pelbagai alir ditunjukkan dengan jadual. Dapatan kajian disokong dengan temu bual dan responden menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian skor penulisan ulasan dan karangan menggunakan peta pemikiran berbanding dengan skor pencapaian dalam ujian pra. Data juga dianalisis menggunakan ujian-t satu sampel dan ujian-t pengukuran berulangan. Keputusan ujian- t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara pencapaian penulisan Bahasa Melayu menggunakan peta pemikiran dalam ujian pasca dan ujian pra dengan nilai t=4.636 dan sig=0.019 (p>0.05). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan peta pemikiran berkesan dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu untuk murid tingkatan 3.

Kata kunci: Peta pemikiran, pembelajaran,penulisan, ulasan, dan karangan

Abstract: This study aims to examine the use of thinking maps in learning Malay Language writing in one of the regular daily secondary schools of the Cluster of Excellence category. The design of this study uses a mixed method, which is quasi experimental and supported by interview. This quasi experiment was conducted on four form 3 students selected as respondents for the study. Only one sample group was used to carry out this study. Through the learning and facilitator session (PdPc) performed, the students were given pre-test before treatment. Data was collected from achievement scores on training, pre-test and post-test. Comparison of the average differences of scores for all four types of thinking map, ie: map circle, bubble map, flow chart and multi flow  map are shown by table. The findings were supported by interviews and the respondents indicated that there was an improvement in the score of the writing of the review and the essay using the thinking map compared to the achievement scores in the pre-test.  The data were also analyzed using one sampel t-test and recurring measurement t-test. The results of the t-test showed that there was a significant difference between the achievement of Malay Language writing suing thought map in post-test and pre-test with t-value of 4.636 and sig. -0.019 (p>0.05). The findings of this study prove that the use of thought  map is effective in the teaching of Malay Language writing for form 3 students.

Keywords:   Thinking map, learning, writing, reviews, essay maps


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.