TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU DALAM MELAKSANAKAN PENDEKATAN TERBEZA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (The Level of Knowledge and Readiness Malay Language Teachers’ to Implementation Different Approach in Home Teaching and Learning during Movement Control Order)

AIN NUR ATIKA AGUS

Abstract


Abstrak: Pendekatan terbeza merupakan kaedah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mampu meningkatkan pencapaian dan pengetahuan murid. Akibat daripada penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia, semua guru termasuk Bahasa Melayu tidak dapat melaksanakan PdP secara bersemuka dengan murid di sekolah. Oleh sebab itu, KPM telah membekalkan manual pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kepada semua guru supaya PdP tetap dilaksanakan. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pendekatan terbeza dalam PdPR sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian kuantitatif deskriptif ini dijalankan dengan penglibatan seramai 70 orang guru bahasa Melayu dari 10 buah sekolah menengah yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Satu kajian rintis telah dijalankan terhadap 20 orang guru Bahasa Melayu yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan 20 item soal selidik menunjukkan nilai yang sangat tinggi, iaitu alpha Cronbach = 0.973. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan guru mempunyai pengetahuan yang tinggi (min 3.82) dan bersedia untuk melaksanakan pendekatan terbeza dalam PdPR (min 3.96). Implikasi kajian ialah guru Bahasa Melayu perlu untuk lebih bersedia dan sentiasa berusaha untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam amalan pengajaran mereka dalam PdPR sepanjang tempoh PKP.

Kata kunci: Tahap pengetahuan, tahap kesediaan, guru Bahasa Melayu, pendekatan terbeza, pengajaran dan pembelajaran di rumah

Abstract: The different approach is the method introduced by the Ministry of Education (MOE) as one of the methods of teaching and learning (T&L) that can enhance students' achievement and knowledge. However, as a result of the outbreak of the Covid-19 pandemic that hit Malaysia, all teachers especially teachers who teach Malay Language are unable to perform T&L face-to-face with students in school. Therefore, KPM has provided Home Teaching and Learning (HTL) manuals to all teachers so that T&L remains implemented. In this regard, this study was aimed to identifying the level of knowledge, readiness and constraints faced by the Malay Language teachers on the implementation of the different approaches in HTL during Movement Control Order (MCO). This descriptive quantitative study was conducted with the involving of 70 Malay Language teachers from 10 secondary schools located in Kemaman district, Terengganu. A pilot study was conducted against 20 Malay Language teachers who were not involved in the actual study to assess the validity and reliability of the instruments. The reliability cocident value of the entire 20 questionnaires shows a very high value of alpha Cronbach = 0.973. Data analyzed using Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 25.0. The findings show that teachers have high knowledge (mean 3.82) and ready to implement a different approach in HTL (mean 3.96) respectively. The imlication this study to help Malay Language teachers to be better prepared and constantly strive to enhance their knowledge and skills in their teaching practices in HTL during MCO.

Keywords: Knowledge level, readiness, Malay language teachers, different approaches, home teaching and learning

 


Full Text:

PDF

References


Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh. (2010). Pendekatan Pengajaran yang digunakan oleh guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam Pengajaran dan pembelajaran matematik. Skudai: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Tahap kemahiran guru bahasa Melayu sekolah menengah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina, opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5 (1): 188-29.

Brown, D.L. (2004). Differentiated instruction: Inclusive strategies for standards-based learning that benefit the whole class. American Secondary Education, 32 (3): 34-62.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan. Edisi Ke-3. Shah Alam: McGraw-Hill.

Danial Arif Abdul Muttalip & Zamri Mahamod. (2020). Pelaksanaan pendekatan terbeza pengajaran terbeza dalam kalangan guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah pedalaman kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2): 29-42.

Fadilla Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap Pengetahuan, kesediaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44 (1): 37-44.

Fairuz Badrol Hisham, Mohd Hasrul Kamarulzaman, Nurul Suzaina Judi & Noriah Mohd Ishak. (2017). Impak pengajaran terbeza ke atas motivasi pelajar pintar dan berbakat di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. E-Proceeding of the 6th Global Summit on Education, pp. 174-185. 4 Disember. Diakses dari: https://worldconferences.net (24 April 2021).

Grenier, N., & Moldoveanu, M. (2011). Differentiated pedagogy: A new teaching model in multiethnic elementary school settings in Quebec, Canada. 3rd International Conference on Education and New Learning Technologies, pp. 758-765. 4-6 July. Diakses dari: https://library.iated.org/view/GRENIER2011DIF (30 April 2021).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Magdeline Nor & Zamri Mahamod. (2014). Penterjemahan pengetahuan pedagogi kandungan dalam proses tindakan guru bahasa Iban baharu dan berpengalaman bukan opsyen. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (1): 37-49.

Mazura Sulaiman & Wak Chu Wok. (2018). Tinjauan tentang pengetahuan dan penerimaan terhadap pengajaran berbeza dalam kalangan siswa pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, pp. 283-294. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Sultan Zainal Abidin.

Mior Muhammad Saiful Nizan Mohd Saali. (2018). Sikap dan kesediaan dalam kalangan pelajar pintar cerdas dan berbakat terhadap kaedah pengajaran terbeza dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Seminar Sastera Kanak-Kanak dan Remaja Ke-7, pp. 2-14. 3 Mei. Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidik Pendidikan. Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. (2008). Psikolgi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Morgan, H. (2013). Maximizing student success with differentiated learning. The Clearing House: A Journal of Education Strategies, Issue and Idea, 87 (1): 34-38.

Najiba Abdullah Meyad, Samsilah Roslan, Maria Chong Abdullah & Pabiyah Haji Maming. (2014). The effect of differentiated learning method in teaching arabic language on students’ motivation. Journal of Social Science Research, 5 (1): 671-678.

Neves, P. (2009). Readiness for change: Contributions for employee’s level of individual change and turn over intentions. Journal of Change Management, 9 (2): 215-231.

Nor Amalina Ab Hakim & Zanaton Iksan. (2018). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru terhadap pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam mata pelajaran Sains. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2018), pp, 72-82. 5 Julai. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Norliza Mat Ali. (2016). Tahap kesediaan guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran di Selangor, Malaysia. Tesis Master. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Nuraishahtun Md Akhir, Zamri Mahamod, Siti Faraziah Md Akib & Norshiha Hj Sailon. (2019). Pelaksanaan modul pedagogi terbeza Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) Ke-6, hlm. 1450-1465. 21-22 September. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurzarina Amran & Roslinda Rosli. (2017). Kefahaman guru tentang kemahiran abad ke-21. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Komunikasi. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK 2) JILID 1, pp. 110-114. Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Ober, J. (2006). Research on differentiated instruction. Conference College Reading and Learning Association 49th Annual Conference, November 2016.

Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail & Wan Mohd Khairul Wan Isa. (2020). Peranan dan cabaran pemimpin pendidikan dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dilestari dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19. Diakses dari: https://iab.moe.edu.my/bahanportal/pemberitahuan/2020/2.%20PERANAN%20DAN%20CABARAN%20PEMIMPIN%20PENDIDIKAN.pdf (1 Mei 2021).

Roa’ani Mohamed & Nor Rul Azlifah Zulkafali. (2019). Keberkesanan pendekatan pedagogi terbeza dalam PdPc bahasa Melayu kelas peralihan: Satu kajian tindakan di sebuah sekolah di Kuantan. Journal of Sciences and Management Research, 5 (2): 68-86.

Siti Aishah Hassan. (2018). Kaedah pengajaran keterbezaan dalam pendidikan pintar dan berbakat. E-Journal of Education, 7:12-21.

Suzlina Hilwani Baharuddin & Jamaludin Badusah. (2015). Tahap penggunaan web 2.0 dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (2): 38-48.

Wilma Akam & Faridah Mydin Kutty. (2018). Kesan pembelajaran terbeza terhadap motivasi dan pencapaian murid dalam topik daya dalam subjek Sains sekolah rendah. E-Prosiding Kolokium Pendidikan Sains dan Psikologi, pp. 553-560. 19-21 Disember. Diakses dari: http://kolokiumpendsainspsikologi2018.blogspot.com/2019/02/kandungan-kertas-kerja.html?m=1 (1 Mei 2021).

Zamri Mahamod, Rusli Amin & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian Pelajar dan Perbezaan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod. (2018). Pemikiran Inventif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.