Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Tahap Efikasi Guru

Baharuzaini Baharin, Muhammad Hisham Adnan, Mohd Hanif Mohd Zin, Mohd Norhisyam Kamaludin, Azlin Norhaini Mansor

Abstract


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti gaya kepimpinan Guru Besar dan tahap efikasi guru. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan tahap efikasi guru. Sampel kajian adalah seramai 31 orang guru dari sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah Gua Musang, Kelantan. Terdapat lima gaya kepimpinan guru besar yang dikaji iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire, instruksional, dan transformasional.  Instrumen kajian terdiri daripada 34 item yang diukur menggunakan skala likert lima mata. Tahap efikasi guru pula terdiri daripada tiga konstruk yang terdiri daripada 12 item keseluruhannya yang juga diukur menggunakan skala likert lima mata. Kajian ini menunjukkan gaya kepimpinan Guru Besar yang kerap diamalkan di sekolah tersebut ialah Gaya Kepimpinan Instruksional, manakala tahap efikasi guru juga berada pada tahap tinggi.  Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara Gaya Kepimpinan Instruksional, Transformasional dan Demokratik dengan tahap efikasi guru. Hasil kajian ini dapat dijadikan panduan kepada Guru Besar supaya lebih mengamalkan Gaya Kepimpinan Instruksional, Transformasional dan Demokratik di sekolah masing-masing manakala guru pula perlu meningkatkan lagi efikasi masing-masing ke tahap yang lebih tinggi.  Kepimpinan yang sesuai mampu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran yang diperibadikan mengikut keperluan pelajar.  Kajian lanjut yang memfokus kepada bagaimana gaya kepimpinan Instruksional meningkatkan efikasi guru ke arah persekitaran pembelajaran diperibadikan amat wajar dijalankan.


Keywords


Gaya Kepimpinan, Guru Besar, Tahap Efikasi, Guru

Full Text:

PDF

References


Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abd.Aziz & Mohammed Zohir Ahmad. 2008. Gaya-gaya Kepimpinan dalam pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Ghani Kanesan Abdullah. 2009. Pengaruh kepemimpinan transformasi sekolah dan efikasi kolektif guru terhadap komitmen kualiti pengajaran. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan ke-16.

Abdul Kudus Abu Bakar. 2000. Kepimpinan transformasi: Hubungannya dengan kepuasan kerja dan motivasi guru. Unpublished master's thesis, Universiti Utara Malaysia, Kedah.

Abdul Malik, Zafar Iqbal Butt, Khalid Rashid, Nauman Saeed, Muhammad Abdul Jabar Adnan & Rida Hamid Butt. 2016. Identification of leadership styles, traits and competencies of secondary school heads. Journal of Science International.

Ainon Mohd. 2003. Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di tempat kerja. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Albert Bandura. 1997. Self-efficacy: The exercise of control. New York: W.H. Freeman.

Aminuddin Mohd Yusof. 1989. Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi: Model Guru dan Tentera. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziah Ismail, Loh, H. Y. & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. 2010. Komuniti pembelajaran profesional dan efikasi kendiri guru sekolah menengah di Pulau Pinang. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil. 2 (1).

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Lim Ting Theng. 2010. Gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan faktor-faktor kepimpinan di sekolah penerima Anugerah Sekolah Cemerlang di negeri Melaka.My Science Work.

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, MohammadZohir Ahmad, & Abd. Rahman Abd. Aziz. 2005. Kesan efikasi kendiri guru Sejarah terhadap amalan pengajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7, 15-24.

Cohen, J. 1988. Statistical power analysis for the behavioral sciences (2nd ed.). Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Gibson, S. & Dembo, M. 1984.Teacher efficacy: A construct validation. Journal ofEducational Psychology. Vol. 76(4):P569-582.

Guilford, J. P., & Fruchter, B. 1978. Fundamental statistics in psychology and education. New York: McGraw Hill.

Hoy, W.K. & Woolfolk, A.E. 1993. Teachers’ sense of efficacy and the organizational health of schools. The Elementary School Journal. 93(4): 356-372.

Hussein Mahmood. 1993.Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Ingersoll, R.M. 2007. A comparison study of teacher preparation and qualifications in six nations. Consortium for Policy Research in Education.

Institut Aminudin Baki. 2006. The Relationship between Principals’ Self-efficiancy and Schools’Factors and Principals’ Personal Attributes. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan.

Ismail Mustafa. 2008. Kepimpinan Pendidikan-Teori dan Amalan. Jitra: Pure Honey Entrprise.

Izani Ibrahim, & Yahya Don. 2014. Kepimpinan Servant dan Pengaruhnya terhadap Pengurusan Perubahan di Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia.

James Ang Jit Eng, Balasandran Ramiah. 2009. Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuki Osman & Ahmad Tajuddin Othman. 2009. Pengaruh jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(2): 3-14.

Marzano, R., Waters, T., & McNulty, B. 2005. School leadership that works. Alexandria, VA: ASCD.

Muhammad Faizal A. Ghani*, Abd Khalil, Suriah Jemaat, Maszuria A. Ghani, Amalina Ayubi, Mohammad Seman & Shamsul Mohamed Yusak. 2015. Kepimpinan moral pengetua sekolah berasrama penuh dan maktab rendah sains MARA: satu perbandingan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan.

Nor Asikin Salleh. 2011. Kepimpinan pengajaran dan perkongsian wawasan: Satu Kajian kes di sekolah-sekolah kebangsaan luar Bandar. Dipetik dari laman sesawang http://jabatanbahasastar.files.wordpress.com/2011/08/kepimpinan-pengajaran-dan-perkongsian-wawasan-satu.pdf

Nursuhaila Ghazali. 2007. Tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua Sekolah Menengah Bandar Tangkak. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Poon, J.M.L. 1995. Effect of perceived transformational leadership behavior of followers satisfaction and motivation: Survey results of Malaysian managers. Journal of Malaysian management review, Jun 1995, Halaman 42-49.

Robert, M.K. & Ming, M.C. 2010. Effects on teachers’ self-efficacy and job satisfaction: Teacher gender, years of experience and job stress. Journal of Educational Psychology. 102 (3): 741- 756.

Tschannen-Moran, M., Hoy, A.W, & Hoy, W. K. 1998.Teacher efficacy: Its meaningand measure. Review of Educational Research, 68, 202-248.

Woolfolk, A. E., & Hoy, W. K. 1990.Prospective teachers' sense of efficacy and beliefsabout control.Journal of Educational Psychology. Vol. 82:P81-91.

Zaidatul Akmaliah Lope Pihie. 2008. Hubungan kepimpinan transformasi pengetua dengan efikasi kendiri guru. Dipetik daripada laman sesawang http://www.medc.com.my/medc/journals/vol2/3.%20Hubungan%20Kepemimpinan%20Transf ormational%20Pengetua%20dengan%20Efika.pdf


Refbacks

  • There are currently no refbacks.