Tahap Kesedaran Mahasiswa terhadap Hak Mahasiswa Kurang Upaya

Suziyani Mohamed, Rosadah Abd Majid, Hasnah Toran

Abstract


Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran mahasiswa institusi pengajian tinggi terhadap hak-hak mahasiswa kurang upaya sebagaimana yang termaktub dalam peruntukkan undang-undang negara. Bagi tujuan ini, sebuah soal selidik telah dibangunkan. Soal selidik ini diadaptasi dari kajian oleh Pedro Villarreal III yang bertajuk Faculty Knowledge of Disability Law: Implications for Higher Education Practice (2002). Sebuah institusi pengajian tinggi awam di negeri Selangor telah dipilih sebagai lokasi kajian. Proses pengumpulan data mengambil masa selama dua minggu dan seramai 232 reponden telah terlibat dalam kajian yang menggunakan rekabentuk kajian tinjauan ini. Data yang diperolehi daripada borang selidik telah di analisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa mempunyai tahap pengetahuan yang baik mengenai hak-hak mahasiswa kurang upaya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan mahasiswa dengan  faktor samada mereka mempunyai rakan atau ahli keluarga kurang upaya atau pun tidak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa mahaisswa menyedari kehadiran golongan kurang upaya dalam masyarakat dan memperakui keistimewaan yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada golongan ini.


Keywords


pelajar kurang upaya; institusi pengajian tinggi; undang-undang

Full Text:

PDF

References


Akta Pendidikan Kebangsaan (1996). Undang-Undang Malaysia.

Akta Orang Kurang Upaya (2008). Undang-Undang Malaysia. Akta 685.

Henderson, C. (2001) College freshmen with disabilities: statistical year 2000. Washington, DC, American Council on Education.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. (2013).Undang-Undang Malaysia.

Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar dan Norasuzaini Sujak. (2009). Sokongan dan Halangan yang dihadapi Pelajar-Pelajar Kurang Upaya di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 1(2):18-29.

Konur, O. (2006). Teaching Disabled Students in Higher Education. Teaching in Higher Education, 11(3):351-363.

Rothstein, L. (2004). Disability Law and Higher Education: A Road Map for Where We’ve Been and Where We May Be Heading. Tesis Sarjana.

The Right to Education for Children with Learning Disabilities: Focusing on Primary Education (2002). A Report by the Rights Commission of Malaysia. Human Rights Commission of Malaysia.

Villarreal, P. (2002). Faculty Knowledge of Disability Law: Implications for Higher Education Practice. Laporan Penyelidikan.

Volosnikova, L.M. dan Efimova, G.Z. (2016). Faculty Attitudes: Towards Students with Disbailities in Russian Universities: A Glance at Western Siberia. The European Proceedings of Social and Behavioural Sciences.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.