KEBERKESANAN PENGAJARAN KURIKULUM AKIDAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM BERASASKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ANALITIKAL DI SEKOLAH MENENGAH
Abstract
Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kurikulum baharu ini dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid yang dilahirkan melalui sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.Kajian ini berbentuk kajian deskriptif menggunakan pendekatan kuantitatif dengan soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan seramai 1559 orang murid tingkatan empat sebagai sampel yang dipilih secara rawak dari sembilan daerah di Negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua aspek yang dinilai berada pada tahap pelaksanaan yang tinggi. Aspek produk dengan 4 domain berada pada tahap pelaksanaan yang paling tinggi (min = 4.10, SP = 0.398), diikuti oleh aspek konteks dengan 4 domain (min = 4.05, SP = 0.383), aspek input dengan 3 domain (min = 3.53, SP = 0.370) dan aspek proses dengan 7 domain (min = 3.44, SP = 0.398). Domain impak terhadap pembelajaran dan PdPc dalam penilaian aspek produk menunjukkan min yang sangat tinggi (min = 4.29, SP = 0.497). Domain yang lain seperti domain penilaian keberkesanan dalam PdPc, kemampanan dalam PdPc dan kebolehpindaan dalam PdPc juga berada pada tahap yang tinggi. Rumusan kajian ini menjelaskan bahawa pelajar masih kurang memahami kemahiran berfikir analitikal dalam matapelajaran akidah dalam Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2600-769X