STRATEGI PENYOALAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN BERFIKIR KRITIS

Nursafra Mohd Zhaffar, Wan Ali Akbar bin Wan Abdullah, Mohd Isa Hamzah, Khadijah Abdul Razak, Maimun Aqsha Lubis

Abstract


Kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini bertujuan meneroka proses penyoalan secara lisan yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) untuk menerapkan pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam. Kajian ini dilaksanakan ke atas enam orang GPI di sekolah menengah di Negeri Sembilan. Data dikumpul melalui pemerhatian pengajaran, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen selama 12 bulan. Perisian Atlas.ti digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa terdapat empat strategi utama yang digunakan oleh GPI iaitu penyoalan secara berhierarki, menggunakan stimulus, memperuntukkan masa menunggu dan menyasarkan soalan dalam pola tertentu. Manakala, terdapat dua bentuk soalan yang dikemukakan GPI dalam kajian ini iaitu soalan berbentuk fakta atau maklumat, dan soalan analisis kritikal.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X