PENGAJIAN KESUSASTERAAN ARAB PADA ZAMAN ARAB JᾹHILIYYAH

Mohd Sham Kamis, Khazri Osman, Zulkifli Nawawi, Kamarul Zaman Hamzah

Abstract


Kajian ini berdasarkan kajian kepustakaan yang mengupas tentang kesusasteraan Arab Jahiliyyah dari perspektif sosial, agama dan pemikiran yang mempengaruhi sastera Arab Jahiliyyah. Kajian ini menggunakan pelbagai sumber, yang berkisar tentang kajian kepelbagaian bentuk puisi pada zaman Arab Jahiliah. Seterusnya, pengkaji-pengkaji artikel ini juga menyebut tentang tanah Arab, kawasan persekitaran alam semula jadi dan kawasan bandar Arab Jahiliah serta bandar Arab Jahiliyyah yang kuno tetapi masyhur. Hasil dari pengajian kesusasteraan Arab Jahiliyyah diharapkan dapat meningkatkan pemahaman pengkaji sastera Arab terhadap masyarakat dan pengetahuan tentang keprihatinan dan aspirasi tentang kebudayaan masyarakat Arab Jahiliyyah dari perspekstif pengalaman sejarah dan sastera.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X