KEBERKESANAN STRATEGI PEMEROLEHAN KOSA KATA BAHASA ARAB MELALUI TEKNOLOGI MULTIMEDIA PENCERITAAN DIGITAL DAN LAKONAN
Abstract
Kosa kata adalah aspek penting dalam Bahasa. Kejayaan dalam menguasai sesuatu bahasa serta pemerolehan kosa kata dapat ditingkatkan melalui pelbagai kaedah, teknik dan strategi. Tujuan kajian adalah mengkaji proses dan strategi pemerolehan kosa kata bahasa Arab melalui teknologi multimedia penceritaan digital dan lakonan. Satu kajian kes telah dijalankan ke atas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang mengambil kursus bahasa Arab sebagai kursus elektif bagi menganalisis proses pemerolehan kosa kata bahasa Arab melalui teknologi multimedia Penceritaan Digital dan Lakonan. Teori Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK), Social Constructivism dan Affective Filter Hypothesis digunakan dalam kajian ini bagi melihat perkaitan antara pemerolehan kosa kata bahasa Arab dengan kaedah, teknik dan strategi yang dipilih. Data berbentuk kualitatif dikumpul melalui pemerhatian dan rakaman berdasarkan langkah-langkah penghasilan teknologi multimedia penceritaan digital dan lakonan dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan subjek memilih pendekatan kolaborasi dan kooperatif iaitu strategi bertanya rakan, diikuti dengan strategi akses kepada internet, strategi bertanya pensyarah dan strategi penggunaan kamus bagi memperolehi kosa kata bahasa Arab ketika proses pembikinan penceritaan digital dan lakonan. Kesimpulannya, penghasilan penceritaan digital dan lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran berpandukan kepada model TPCK berjaya memupuk elemen yang kreatif dan kesungguhan pelajar dalam mempelajari bahasa Arab dengan lebih berkesan dan dapat menambah elemen merentas kurikulum seperti nilai tambah kreativiti.
Full Text:
PDFReferences
Abdul Rashid Jamian, Shamsudin Othman dan Humaizah Hashim. (2012). Persepsi Guru Terdapat Penggunaan Kartun Dalam Transformasi Pengajaran Penulisan Karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, UKM Vol 2, Bil. 1 (Mei 2012): 129-140
Abdul Razif Bin Zaini & Mohd Zaki Bin Abd. Rahman. (2015). Saiz Kosa Kata Bahasa Arab Dalam Kalangan Penuntut Jurusan Pengajian Islam Dan Bahasa Arab. Jurnal Pengajian Islam, Akademi Islam Kolej Univerisiti Islam Selangor, Bil 8, Isu 2: ISSNO 1823-7126. November 2015
Aisyah Sjahrony. (2017). Kebolehbacaan Buku Teks Maharat Al-Qira’ah Berasaskan Ujian Kloz Dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Ulum Islamiyyah Journal. Vol. 21, 61-73.
Fatimah, Hj Subet Salbia & Hassan. (2009). Pemerolehan dan Penguasaan Bahasa Kanak-Kanak dar sudut Fonologi: Kajian Pemerolehan Dialek Melayu Sarawak. Proceedings of Seminar Antarabangsa: Pertemuan Linguistik Utara ke-6, 2009, March 2-3, Madani Hotel, Medan.
Ibrahim Youssef Abdelhamid. (2018). Pembangunan Aplikasi Android Pembelajaran Bahasa Arab. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 2(2) September 2018, 39-59 eISSN: 2600-769X
Ismail Muhamad, Wan Maizatul Akmar Wan Ahmad Azmaizie & Azman Che Mat Azman. (2013). Sikap Dan Realiti Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab Pelajar Program J-QAF. GEMA Online Journal Of Language Studies 81 Volume 13(2), May 2013 ISSN: 1675-8021.
Laili Farhana Md Ibrahim, Maizatul Hayati Mohamad Yatim & Md Nasir Masran. (2015). Menerokai Kemahiran Abad Ke-21 Kanak-Kanak Dalam Proses Reka Bentuk Permainan Penceritaan Digital. EDUCATUM – Journal of Science, Mathematics and Technology Vol. 2 No. 1 (2015) 82 -96 ISSN 2289 – 7070.
Mishra, P. & Koehler, M (2006). Technological Pedogogical Content Knowledge: A Framework for Teacher Knowledge. Teachers College Record, 108 (6), hal: 1017-1054.
Norhana Md. Salleh, Kamilia Ghazali & Mariyati Haji Mohd Nor. (2017). Penceritaan Digital dalam Pemerolehan Leksikal Bahasa Jepun. GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 17(1), February 2017.
Normann, A. (2011). Digital storytelling in second language learning: A qualitative study on students’ reflections on potentials for learning. Norwegian University of Science and Technology. Trondheim, Norway.
Nur Ain Mohamed Amin & Sadhana Yusop. (2016). Penggunaan rutin berfikir dan iMTL unutk menggalakkan pembelajaran kendiri. Prosiding Seminar Bahasa Melayu, Menjana Inovasi Memarak Inspirasi, hal: 415 – 450. Singapura: Pusat Bahasa Melayu Singapura.
Nurhiza Mohamed & Nurul Hidana Ahmad. (2017). Penggunaan rutin berfikir dalam pengajaran golongan kata. Prosiding Seminar Bahasa Melayu, Menyempurnakan Kata, Menyampaikan Makna, hal: 470 – 499. Singapuran: Pusat Bahasa Melayu.
Rafiza Abdul Razak. (2012). Pembelajaran berasaskan penghasilan Penceritaan Digital Multimedia bagi menganalisis novel bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38 (1): 53-64.
Reinders. H. (2011). Digital Storytelling in the Foreign Language Classroom. Middlesex University London.
Teehan, K. (2006). Digital storytelling: In and Out of the Classroom. A Professional Development Resourse.
Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. (2011). Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif Semasa Mengajarkan Kemahiran Bacaan dan Kefahaman dalam Kalangan Murid Tahun 4 di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2010). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris Pelajar Cemerlang. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2600-769X