PENGGUNAAN KAEDAH "YADUN YAYAYA" UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF YA DALAM PERKATAAN
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menulis huruf Ya dalam perkataan menggunakan kaedah "Yadun Yayaya". Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa murid menghadapi kesukaran untuk menyambungkan huruf Ya dalam perkataan dengan betul. Kaedah "Yadun Yayaya" adalah salah satu kaedah yang sesuai untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menulis perkataan Arab dengan baik. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid dari tahun dua "Adnin" di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kajian tindakan. Alat pengumpulan data yang digunakan adalah ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu bual. Untuk mendapatkan kesahan data, penyelidik menggunakan triangulasi data kualitatif dan kuantitatif. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan markah murid dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Di samping itu, murid juga dapat memahami pembelajaran dengan mudah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah "Yadun Yayaya" dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menyambungkan huruf Ya dalam perkataan bahasa Arab dengan betul. Kajian ini menyarankan agar guru bahasa Arab mempelbagaikan kaedah pengajaran dan mencuba mengaplikasikan pengajaran yang bersifat inovatif dan kreatif bagi meningkatkan kemahiran menulis perkataan bahasa Arab murid. Sekali gus membantu meningkatkan amalan terbaik dalam pengajaran mereka.
Full Text:
PDFReferences

Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2600-769X