MANIFESTASI STATUS SOSIAL BERDASARKAN TRADISI PENGEBUMIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELANAU (SOCIAL STATUS MANIFESTATION IN BASED ON TRADITIONAL BURIAL TRADITION OF THE MELANAUS)
Abstract
AbstrakÂ
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang cara pengebumian golongan aristokrat dan golongan pertengahan dalam masyarakat Melanau, Mukah, Sarawak. Ini kerana tradisi ini jarang mendapat liputan menyebabkan orang awam tidak mengetahui keunikannya. Tambahan pula tradisi ini sudah tidak diamalkan lagi menyebabkan pengetahuan mengenainya juga semakin hilang. Dalam menghasilkan artikel ini rujukan untuk mendapatkan sumber primer dan sumber sekunder telah dilakukan di Perpustakaan Negeri Sarawak Cawangan Kuching, Perpustakaan CAIS UNIMAS dan Arkib Negara Malaysia, Cawangan Sarawak. Di samping itu, temu bual dengan beberapa ahli sejarah tempatan dan juga ketua kaum masyarakat Melanau di Mukah turut dilakukan untuk memantapkan penulisan ini. Hasil kajian mendapati bahawa tradisi pengebumian Melanau tradisional amat dipengaruhi oleh kepercayaan dan status sosial seseorang. Kepercayaan lama yang disebutkan sebagai kepercayaan Likow telah memberikan impak yang besar terhadap tradisi pengebumian masyarakat Melanau. Dalam masa yang sama, status sosial juga turut menyumbang dalam keunikan tradisi pengebumian Melanau tradisional. Sememangnya masyarakat Melanau sangat mementingkan status sosial dalam kehidupan mereka sehinggakan mereka telah mengelaskan masyarakat mereka kepada lapisan masyarakat. Pertama adalah golongan sembilan pikul yang menduduki lapisan teratas, diikuti dengan tujuh pikul iaitu golongan kelas pertengahan dan akhir sekali adalah tujuh bertirih dan dipen pada lapisan paling bawah. Berdasarkan pengelasan status inilah wujudnya perbezaan dalam aspek pengebumian masyarakat Melanau pada zaman tradisional.Â
Kata kunci: Pengebumian, golongan aristokrat, golongan pertengahan, status sosial, Melanau
Â
AbstractÂ
This article aims to discuss the burial of the aristocrat and the middle class group in Melanau, Mukah, Sarawak. This tradition is rarely covered and the public is unaware of its uniqueness. Furthermore, this tradition is no longer being practiced and the knowledge regarding it is almost gone. In producing this article, references to primary and secondary sources have been made at the Sarawak State Library of Kuching Branch, CAIS UNIMAS Library and National Archives of Malaysia, Sarawak Branch. Besides, interviews with several local historians and leaders of the Melanau community in Mukah were also conducted to strengthen this writing. The result shows that the burial tradition of the Melanaus have changed according to current trends and beliefs. In the traditional era, the Melanaus held an animism belief known as Likow. This belief has had a profound effect on the burial aspects of the Melanau community in those days even today. Apart from Likow’s belief, social status also reflects the burial tradition of the Melanaus. This is because the Melanaus is very emphasis to their social status. Social status in this society is divided into three main group that is the aristocrat (Sembilan Pikul), middle class (Tujuh Pikul) and the servants (Dipen). Each of these groups has different type of burial method to reflect the position of the deceased in society. In short, this tradition also indirectly reflects the similarities and differences between burial practices based on the social status in the Melanau Mukah community.Â
Keywords: Burial, aristocrat, middle class, social status, MelanauReferences
Abang Abdul Khalid Abang Meressal. 2003. Kajian Kerentangan Kayu Eusideroxylon zwageri dan Potoxylon Melangangai Terhadap Serangan Anai-anai Coptotermus sp. Kuching: Universiti Malaysia Sarawak.
Appleton, A.L. 2011. Melanau secondary treatment of the dead: Re-membering Connections. Sarawak Museum Journal 69(90): 139-160.
Dzulfawati Hassan. 2006. Upacara kematian Melanau Likow di Sarawak. Kuching: Universiti Malaysia Sarawak.
Jamuh, G. 1965. Jerunei and the slave lament. Dlm. M.G. Dickson. A Sarawak Anthology. London: University of London Press.
Jeniri Amir. 1989. The Melanau Community. Kuching: Hua Daily News.
Kang, S. & Adnan Jusoh. 2018. Isu dan cabaran dalam mengekalkan tradisi pengebumian tradisional masyarakat Melanau di Kampung Tellian, Mukah, Sarawak. Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah, Bahasa dan Budaya di Alam Melayu (ASBAM) ke-7, Vol.1. Makassar: Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Hasanuddin.
Kang, S. & Adnan Jusoh. 2018. Tradisi pengebumian salong dalam masyarakat Melanau di Kampung Tellian, Mukah, Sarawak: Satu tinjauan awal. Purba: Jurnal Persatuan Muzium Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia.
Kang, S. 2019. Tradisi pengebumian kubur gantung dalam masyarakat Kampung Tellian, Mukah, Sarawak: 1800-1900. Tesis Sarjana. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Morris, S. 1953. Report on a Melanau Sago Producing Community in Sarawak. London: Colonial Office.
Morris, S. 1978. The coastal Melanau. Victor T.King (ed.) Essays on Borneo Society. Oxford: Oxford University Press.
Morris, S. 1981. The Melanau view of their environment. Sarawak Museum Journal 29(50): 27-57.
Morris, S. 1997. The Oya Melanau: Traditional ritual and belief with a catalogue of Belums Carvings. The Sarawak Museum Journal: 127.
Newington, P.C.B. 1961. Melanau Memories. Sarawak Museum Journal X(17-18): 103-107.
Roth, H.L. 1896. Natives of Sarawak and British North Borneo. Vol I. Truslove & Hanson, 143 Oxfort Street & 6 Sloane Street.
Yasir Abdul Rahman. 1987. Melanau Mukah: Satu Kajian Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yunus Sauman. 2015. Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi’. Tesis Doktor Falsafah, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Temu Bual
Tommy Black, Sejarawan bebas masyarakat Melanau kampung Tellian,
Mukah (30 April 2016) di Muzium Sapan Puloh
Andrea James, Pengurus Muzium Lamin Dana (30 April 2016)
Diana Rose, Pemilik Muzium Lamin Dana (26 Mac 2018).