KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DALAM TALIAN MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM BAGI KURSUS PENGAJIAN ISLAM, KAJIAN DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (EFFECTIVENESS OF ONLINE LEARNING METHODS USING GOOGLE CLASSROOM FOR ISLAMIC STUDIES COURSES, STUDY AT POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH)

Authors

  • Noorwati Mohd Dawam Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Idris Shah Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar Selangor Darul Ehsan
  • Abu Zarrin Selamat Jabatan Pengajian Moral Sivik dan Pembangunan Karakter Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
  • Asma’ Ibrahim Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Idris Shah Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar Selangor Darul Ehsan
  • Nurul Amalia Ruslan Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Idris Shah Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar Selangor Darul Ehsan

Abstract

Abstrak 

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah pembelajaran dalam talian menggunakan Google Classroom bagi kursus Pengajian Islam dalam kalangan pelajar semester dua. Konstruk yang diuji ialah tahap kesediaan, tahap penerimaan pelajar menggunakan Google Classroom dan tahap keberkesanan aplikasi Google Classroom untuk tujuan pembelajaran Pengajian Islam. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik. Nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi instrumen kajian ini adalah sangat baik iaitu 0.989 di mana kajian rintis telah dijalankan ke atas 31 orang pelajar. Soal selidik dikumpul, disemak dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) 26 dalam bentuk kekerapan, min, peratusan, dan sisihan piawai. Responden kajian sebenar terdiri daripada 80 orang pelajar semester dua dari dua program yang mengambil kursus Pengajian Islam di Politeknik Sultan Idris Shah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan, penerimaan dan keberkesanan bentuk aplikasi Google Classroom mencatatkan tahap yang tinggi iaitu min 4.41. Kesimpulan kajian menunjukkan pelajar semester dua berpuas hati dan positif dengan penggunaan Google Classroom sebagai platform pembelajaran kursus Pendidikan Islam. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan Google Classroom wajar diberi perhatian dan diteruskan sebagai medium pembelajaran dalam talian bagi membentuk proses pembelajaran kursus Pengajian Islam yang lebih bermakna dan menyeronokkan sejajar dengan lonjakan sembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Tinggi). 

Kata kunci: Google Classroom, kesediaan, penerimaan, Pendidikan Islam

 

Abstract

The aim of this study is to identify the level of effectiveness of using Google Classroom as a tool and platform for online learning among the 2nd year students who are undertaking the Islamic studies course. There are three constructs that are being tested namely the readiness, acceptance, and application of Google Classroom. The study utilizes a descriptive survey in a quantitative approach by using a questionnaire instrument. A pilot study that was conducted on 31 students showed the Cronbach’s alpha reliability score was 0.989. The questionnaire was collected, reviewed, and analyzed using the Statistical Package of Social Science (SPSS) v21 in the form of frequency, mean, percentage, and standard deviation. The respondents were 80-second semester students who took the Islamic studies course from two programmes at a polytechnic in Selangor. The findings indicated that the level of acceptance, readiness, and Google Classroom’s application were at a high level which is min 4.41. In a conclusion, the second-semester students were satisfied and showed a highly positive attitude while using Google Classroom as an online learning platform. The implications of this study reveal that the usage of Google Classroom among students should be emphasized and further used as a medium of online learning or platform. This is to ensure a meaningful and less threatening learning experience or process for the students, especially for the Islamic studies course. This is also in line with the ninth shift of Malaysia Education Blueprint 2015-2025 (Higher Education) in which to globalized online learning. 

Keywords: Google Classroom, readiness, acceptance, Islamic studies

References

Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Mohd Isa Hamzah & Wan Norina Wan Hamat. 2014. Pembangunan Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia Interaktif pengurusan Jenazah Politeknik Malaysia. The Online Journal of Islamic Education 2(2): 11-25.

Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Wan Norma Wan Hamat & Nor Khayati Basir. 2019. Penggunaan aplikasi 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus mata pelajaran umum (MPU) di Politeknik. Jurnal of Social Sciences and Humanities 16(5): 1-13.

Ajzen. 2002. Perceived behavioral control, self-eficacy, locus of control and the theory of planned behavior. Journal of Applied Social Psychology 32(4):665-683.

Andri, W. 2016. Analysis of factors affecting the use of google classroom to support lectures. Kertas kerja yang dibentangkan di 5th International Conference on Information Technology and Engineering Application Palembang-Indonesia, 19-20 Februari 2016.

Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif. 2006. Siri Kaunseling: Membentuk Identiti Remaja. (Cetakan Kedua). Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Haggag, M.H. 2019. Using Google Classroom in enhancing communicative grammar use and attitudes of non-english specialized post graduates. European Scientific Journal 15(1): 261-281.

Han-Chin Liu and Hsueh-Hua Chuang. 2016. Integrating Google Classroom to Teach Writing in Taiwan. Minnesota eLearning Summit.

Indah Purwandani, Nurfia Oktaviani Syamsiah. 2020. Fakultas Teknik dan Informatika, Universitas Bina Sarana Informatika, Indonesia Analisa Penerimaan dan Penggunaan Teknologi Google Classroom Dengan Technology Acceptance Model (TAM). Jurnal Riset Teknologi dan Inovasi Pendidikan (JARTIKA) 3(2): 247-255.

Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jeya, A.K & Brandford, B. 2019. Google Classroom for mobile learning in higher education: modeling the initial peceptions of students. Education and Information Technologies: 1-25.

Joko, S., & Kartono, Z.M. 2019. Analysis metacognition and communication mathematics in blended learning use google classroom. Unnes Journal of Mathematics Education Research 8(1): 72-83.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya: Jabatan Pengajian Tinggi.

Ken, E, Chris, G & Guy, S. 2016. Google Classromm: The nuts and bolts of getting your strated. FD Newletter 21(1): 2-21.

Krejie, V.R., & Morgan, W.D. 1970. Determining Sampel Size for Research Activities, Educational and Psychological Measurement. Duluth: University of Minnesota

M. Kaviza. 2020. Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom Sebagai Platform Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Science and Humanities (MJSSH) 5(4): 108-115.

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan,Mohd Isa Hamzah. 2017. Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) 1(1): 1-13.

Muhammad Alif Redzuan Abdullah & Sanimah Hussin. 2019. Sikap dan persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Jepun di Universiti Utara Purta Malaysia. Jurnal Linguistik 23(1): 51-57.

Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Shahrizal Mahpol & Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad. 2019. Kesediaan Pelajar Terhadap Aplikasi Kahoot! Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication and Humanities 2(2): 35-50.

Musrifah Sarjoni dan Jamaludin. 2015. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam Berbantukan Web 2.0. Prosiding Seminar Serantau Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Kedua. Universiti Kebangsaan Malaysia.

MPU23012 Pengajian Islam. 2016. Curriculum Information Document Online System. url: http://www.cidos.edu.my/

Noorhadi, M., & Zurinah. 2017. Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Salam Pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and Humanities 12(3): 1-10.

Noraffandy Yahaya & Ling Ming Ming. 2011. Kesediaan Penggunaan e-Learning di Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains Komputer Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Journal Education Social Science 1:121-140.

Norasyikin Osman & Mohd Isa Hamzah. 2016. Hubungan Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Berasaskan Blended Learning Berdasarkan Jantina dan Program. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik 4(2): 1-9.

Norhapizah Mohd Burhan, Ab Halim Tamuri & Norazah Mohd Nordin. 2016. Penerimaan Modul Pembelajaran Digital Berasaskan Strategi Blended Learning Dalam Kursus TITAS. The Online Journal of Islamic Education 4(1): 1-16.

Normahdiah Sheik Said. 2010. Multimedia Integrasi Reka Bentuk Berpusat Pengguna. Serdang: Penerbit UPM.

Nor Zanira Abdul Manan & Hafizul Fahri Hanafi. 2019. Google Classroom: Students Acceptance Using UTAUT model. JAPPA Journal: Journal of Applied Art 1(1): 64-74.

Nirfayanti & Nurbaeti. 2019. Pengaruh media pembelajaran Google Classroom dalam pembelajaran analisis real terhadap motivasi belajar mahasiswa. Jurnal Penelitian Matematika dan Pendidikan Matematika 2(1): 50-59.

Roslaili Anuar & Wan Zamani Wan Zakaria. 2015. TPACK Dalam Pendidikan Seni Visual: Satu Kajian Mengenai Kesediaan Pelajar Menggunakan E-Pembelajaran Dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 3: 8-18.

Rini Utamia. 2019. Analisis Respon Mahasiswa terhadap Penggunaan Google Classroom Pada Mata Kuliah Psikologi Pembelajaran Matematika,Universitas Pekalongan. Prosiding Seminar Nasional Matematika (PRISMA) 2: 498-502.

Sambit, D. 2020. Google classroom as learning management system of teach Biochemistry in a medical school. Biochemistry and molecular Biology Education 1.4.

Downloads

Published

2021-12-14

Issue

Section

Language & Heritage