IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERHADAP EKONOMI DAN KUALITI UDARA PERSEKITARAN DI MALAYSIA

IMPACT OF MOVEMENT CONTROL ORDER ON THE ECONOMICS AND ENVIRONMENT AIR QUALITY IN MALAYSIA

Authors

  • Nizam Ahmat
  • Mohd Nasir Nawawi
  • Muhammad Najit Sukemi

Abstract

Abstrak

Pandemik Covid-19 yang berlaku di dunia menyebabkan banyak negara melaksanakan dasar kawalan seperti penutupan sementara aktiviti ekonomi, mengehadkan pergerakan dan penjarakan fizikal dalam usaha untuk membendung penyebaran wabak Covid-19 dari terus merebak. Kesan daripada perlaksanaan dasar kawalan pergerakan ini bukan sahaja membawa kerugian besar kepada aktiviti perniagaan dan sosioekonomi penduduknya, tetapi pada masa yang sama memberi kesan positif kepada kualiti udara persekitaran bertambah baik. Oleh yang demikian, matlamat penyelidikan ini adalah menganalisis impak perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap prestasi ekonomi dan kualiti udara di Malaysia. Maka dengan itu, kajian ini menggunakan data harian bagi semua pemboleh ubah iaitu Indeks Pencemaran Udara (IPU), kes positif Covid-19, Indeks Komposit Kuala Lumpur dan fasa sebelum dan semasa penguatkuasaan PKP dari 25 Januari 2020 hingga 15 Julai 2020 menggunakan kaedah regresi berbilang pemboleh ubah tiruan. Hasil kajian menunjukkan bahawa langkah-langkah pemerintahan kawalan pergerakan (PKP) diterangkan oleh pemboleh ubah tiruan memberi kesan positif terhadap dan kualiti udara di Malaysia tetapi impak terhadap prestasi ekonomi adalah sebaliknya (negatif). Dengan demikian, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa strategi pengawalan Covid-19 yang diambil oleh pemerintah semasa Covid-19 boleh mengurangkan pencemaran udara dan menjadikan kualiti udara persekitaran bertambah baik tetapi pada masa yang sama menjejaskan aktiviti ekonomi Malaysia.

Kata kunci: Covid-19, Perintah kawalan pergerakan, kualiti udara persekitaran, pertumbuhan ekonomi

 

Abstract

 The global Covid-19 pandemic has led many countries to implement movement control policies such as temporary closure of economic activities, restriction of movement, and physical distancing to curb the spread of the Covid-19 epidemic. The impact of the implementation of this control policy not only brings huge losses to the business and socio-economic activities of its population but also has a positive impact on improving environmental air quality. Therefore, the research aims to analyze the impact of movement control order (MCO) on economic performance and air quality in Malaysia. Therefore, this study uses daily data for all variables namely Air Pollution Index (API), positive Covid-19 cases, Kuala Lumpur Composite Index, and pre and during MCO enforcement phase from 25 January 2020 till 15 July 2020 using multiple regression dummy variables method. The results show that the movement control order (MCO) variables have a positive effect on and air quality in Malaysia but the impact on economic performance is in the opposite direction (negative). Thus, the findings of this study indicate that the Covid-19 control strategy taken by the government during Covid-19 can reduce air pollution and make environmental air quality improved but at the same time affect Malaysia's economic activities.

Keywords: Covid-19, Movement control order, environmental air quality, economic growth

Author Biographies

Nizam Ahmat

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

Universiti Malaysia Terengganu

21300 Kuala Terengganu

Terengganu

Mohd Nasir Nawawi

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

Universiti Malaysia Terengganu

21300, Kuala Terengganu

Terengganu

Muhammad Najit Sukemi

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

Universiti Malaysia Terengganu

21300, Kuala Terengganu

Terangganu

Downloads

Published

2022-07-06

Issue

Section

Environment & Landscape