MEMAHAMI JENAYAH SIBER DAN KESELAMATAN SIBER DI MALAYSIA: SUATU PEMERHATIAN TERHADAP PANDANGAN SARJANA DAN INTELEKTUAL

UNDERSTANDING CYBERCRIME AND CYBERSECURITY IN MALAYSIA: AN OBSERVATION FROM THE PERSPECTIVE OF SCHOLARS AND INTELLECTUALS

Authors

  • Nur Sarida Mohd Fuad@Mohd Daud
  • Ahmad Rizal Mohd Yusof

Abstract

Abstrak

Perkembangan pesat dalam dunia digital telah meningkatkan kebergantungan kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Ini telah membuka kepada risiko ancaman baharu iaitu jenayah siber. Jenayah siber memberikan suatu masalah baharu kepada masyarakat dan negara dan ianya menimbulkan kebimbangan kerana memberi kesan kepada pembangunan sosial dan ekonomi yang sangat kritikal. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang serta tahap kesedaran masyarakat merupakan antara faktor berlakunya peningkatan jenayah siber. Bagi mengatasi masalah tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan awal untuk memahami jenayah dan keselamatan siber berdasarkan kepada penulisan yang telah disumbangkan oleh para sarjana dan intelektual. Dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif, setiap penulisan sarjana dan intelektual telah dihuraikan dan dianalisis dengan terperinci bagi melihat dengan lebih jelas jenayah siber serta aspek keselamatan yang diperlukan. Penulisan oleh sarjana dan intelektual yang telah dianalisis serta dibincangkan secara berstruktur ini dapat memudahkan usaha membina suatu kerangka dan mekanisme baharu terutamanya yang melibatkan kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta bagi mengurangkan masalah jenayah siber dan meningkatkan aspek keselamatan siber untuk kepentingan bersama. Usaha membanteras jenayah siber perlu dilestarikan setiap masa bagi memastikan masyarakat dan negara dapat menikmati faedah besar daripada dunia digital dan teknologi maklumat.

Kata kunci: Keselamatan siber, jenayah siber, mekanisme penyelarasan, keselamatan negara

 

Abstract 

The rapid development of the digital world has increased its dependence on information and communication technologies. This has unlocked the risk of a new threat, which is cybercrime. Cybercrime has created problems for society and the country and raised concerns because it affected social and economic development in a very critical situation. Weaknesses in law enforcement and the level of public awareness are among the factors contributing to increased cybercrime. To solve the problem, this study used an early approach to broaden and deepen understanding towards cybercrime and cybersecurity based on literature that has been contributed by scholars and intellectuals. Using a qualitative approach, each scholar and intellectual writing has been discussed and analyzed particularly to observe cybercrime as well as the security aspects required. Scholar and intellectual writings that have been analyzed and discussed can facilitate efforts to create a new framework and mechanism, including cooperation between government and the private sector to reduce the problem of cybercrime and improve cybersecurity aspects in the future. Efforts to combat cybercrime must be sustained at all times to ensure that the community and the country can reap the great benefits of the digital world and information technology.

Keywords: Cyber crime, cyber security, national security, coordination mechanism

Author Biographies

Nur Sarida Mohd Fuad@Mohd Daud

Pusat Kajian Sejarah, Politik & Hal Ehwal Antarabangsa

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan

Ahmad Rizal Mohd Yusof

Felo Penyelidik

Institut Kajian Etnik

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan

Downloads

Published

2022-07-06

Issue

Section

Environment & Landscape