PENGLIBATAN PEMODAL NEGERI-NEGERI SELAT DAN IMIGRAN CINA DALAM AKITIVITI PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH DI LUKUT, 1824-1864

THE INVOLVEMENT OF STRAITS STATE CAPITALS AND CHINESE IMMIGRANTS IN TIN MINING ACTIVITIES IN LUKUT, 1824-1864

Authors

  • Nur Hafizah Md. Hamzah
  • Adnan Jusoh

Abstract

Abstrak

Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang penglibatan pemodal Negeri-Negeri Selat dan imigran Cina dalam aktiviti perlombongan di Lukut dari tahun 1824 sehingga 1864. Sejarah awal menunjukkan bahawa sebelum tahun 1880 lagi Lukut diperintah oleh Kesultanan Selangor. Lukut kemudiannya menjadi tumpuan pemodal dari Negeri-negeri Selat, pemodal Belanda, pedagang luar untuk terlibat dalam aktiviti perlombongan bijih timah. Ekoran itu pada tahun 1820-an kegiatan bijih timah telah menyumbang hasil yang lumayan kepada negeri Selangor. Perkembangan ini secara tidak langsung juga turut menjadi tumpuan imigran Cina untuk terlibat dalam aktiviti perlombongan bijih timah di Lukut. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk sumber primer dari Arkib Negara Malaysia, sementara sumber sekunder pula diperoleh dengan merujuk buku dan jurnal di Perpustakaan Negara Malaysia (Kuala Lumpur), Perbadanan Perpustakaan Awam (Shah Alam), Perpustakaan Tun Seri Lanang (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Perpustakaan Tuanku Bainun (Universiti Pendidikan Sultan Idris). Hasil kajian mendapati penglibatan pemodal Negeri-negeri Selat menjadi pemangkin dalam menjana perekonomian Lukut khususnya melalui sektor perlombongan. Di samping itu, kehadiran imigran Cina membabitkan diri dalam sektor perlombongan secara tidak langsung juga turut sama membantu untuk memajukan serta menjadikan Lukut bertaraf bandar. Kesimpulan, kekayaan bijih timah telah mendorong penglibatan pemodal dari Negeri-negeri Selat dan juga kedatangan imigran Cina untuk terlibat dalam aktiviti perlombongan di Lukut. Walaupun muncul sebagai lokasi yang maju dalam ekonomi berasaskan perlombongan, namun kehadiran imigran Cina di Lukut juga turut menimbulkan pelbagai kesan dan konflik.

Kata kunci: Pemodal Negeri-negeri Selat, pentadbiran, imigran Cina, bijih timah, perlombongan

 

Abstract 

This article aims to discuss the involvement of Straits Settlements capitalists and Chinese immigrants in mining activities in Lukut from 1824 to 1864. Early history shows that before 1880 again Lukut was ruled by the Sultanate of Selangor. Lukut then became the focus of capitalists from the Straits Settlements, Dutch capitalists, foreign traders to engage in tin mining activities. As a result, in the 1820s, tin mining activities contributed lucrative revenue to the state of Selangor. This development is also indirectly the focus of Chinese immigrants to be involved in tin mining activities in Lukut. The writing of this article uses a qualitative method by referring to primary sources from the National Archives of Malaysia, while secondary sources are obtained by referring to books and journals in the National Library of Malaysia (Kuala Lumpur), Public Library Corporation (Shah Alam), Tun Seri Lanang Library (Universiti Kebangsaan Malaysia) and Tuanku Bainun Library (Sultan Idris University of Education). The results of the study found that the involvement of investors from the Straits Settlements is a catalyst in generating Lukut's economy, especially through the mining sector. In addition, the presence of Chinese immigrants involved in the mining sector indirectly also helps to develop and make Lukut urban. In conclusion, the wealth of tin ore has encouraged the involvement of capitalists from the Straits Settlements as well as the arrival of Chinese immigrants to be involved in the mining activities in Lukut. Despite emerging as a developed location in the mining -based economy, the presence of Chinese immigrants in Lukut also caused various effects and conflicts.

Keywords: Investors of the Straits Settlements, administration, Chinese immigrants, tin mining, mining

Author Biographies

Nur Hafizah Md. Hamzah

Jabatan Sejarah

Fakulti Sains Kemanusiaan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

39500 Tanjong Malim, Perak

Adnan Jusoh

Jabatan Sejarah

Fakulti Sains Kemanusiaan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

39500 Tanjong Malim, Perak

Downloads

Published

2022-07-06

Issue

Section

Archaeology & History