PEMILIHAN BAHASA DI KAMPUNG SEPA, MALUKU TENGAH, INDONESIA

THE LANGUAGE CHOICE IN SEPA VILLAGE, CENTRAL MOLLUCAS, INDONESIA

Authors

  • Latif Ajas Tihurua
  • Chong Shin

Abstract

Abstrak

Sepa adalah salah sebuah kampung terbesar di Pulau Seram, Maluku Tengah, Indonesia. Di kampung Sepa terdapat tiga suku etnik utama iaitu Sepa, Nuaulu, dan Cia-Cia. Tinjauan pustaka mendapati bahawa penyelidikan mengenai bahasa Sepa jarang dilakukan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan menghuraikan penggunaan dan pemilihan bahasa oleh masyarakat multilingual di Kampung Sepa dengan berpandukan kerangka domain pemilihan bahasa. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mengumpulkan data melalui pemerhatian berpartisipasi, temu bual dan rakaman tak sedar. Hasil kajian menunjukkan bahawa generasi muda di Sepa cenderung memilih bahasa Ambon sebagai bahasa interaksi utama kerana mereka sudah tidak menguasai bahasa Sepa lagi. Biasanya, generasi tua akan menyesuaikan ke bahasa Ambon apabila bertutur dengan orang muda. Sesungguhnya, hampir semua situasi pertuturan di Sepa berlangsung dalam keadaan yang menggunakan bahasa Ambon, dengan hanya menyelitkan beberapa patah kata atau frasa Sepa. Beberapa faktor yang menyumbang kepada pemilihan bahasa Ambon dalam kalangan orang Sepa, iaitu: a) kedominan bahasa Ambon sebagai bahasa interaksi di seluruh Maluku; 2) orang Sepa tinggal di kampung yang multi etnik; 3) perkahwinan campur antara orang Sepa dengan suku etnik lain. Kajian ini telah menyumbang kepada perkembangan penelitian pemilihan bahasa dan berupaya menyedarkan masyarakat tentang kepentingan memelihara bahasa suku etnik sebagai komponen utama kebudayaan dan masyarakat.

Kata kunci: Bahasa Sepa, bahasa Ambon, pemilihan bahasa, pertukaran kod, generasi

 

Abstract 

Sepa is one of the largest villages on Seram Island in Central Maluku, Indonesia. Within the territory of Sepa village, there are three principal ethnic groups, i.e., Sepa, Nuaulu, and Cia-cia. Research into the Sepa language is infrequent. This paper focuses on sociolinguistic aspects of the use of the Sepa language in today’s multi-ethnic village setting. Applying domain analysis, this study will explore language choice among the Sepa ethnic group in Sepa village. This study is a qualitative study that applied the methods of participant observation, interviews and unconscious speech recordings. In Sepa, the youngest generation of the local community tends to choose the regional variant of Malay, so-called "bahasa Ambon" (Ambon language), as their daily language because most of them are unable to speak the Sepa Language. Usually, the older generation accommodates to the speech of the younger interlocutors and tends to speak Sepa only with other older speakers. Indeed, many interactions are conducted exclusively in the Ambon language, perhaps with a word or phrase in the Sepa language. Three factors contribute to the choice of the Ambon language among Sepa people: 1) the long-standing use of the Ambon language throughout Maluku as a contact language; 2) the co-existence of the Sepa group with other ethnic groups in and around Sepa; and 3) mixed-marriages between Sepa people and those who are from other ethnic groups. This research is expected to contribute to the development of the study of language choice, and perhaps to make people realise the importance of conserving ethnic languages as a core component of culture and society.

Keywords: Sepa language, Ambon language, language choice, cod switching, generation

Author Biographies

Latif Ajas Tihurua

Institut Alam dan Tamadun Melayu,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Chong Shin

Felo Penyelidik Kanan

Institut Alam dan Tamadun Melayu,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Downloads

Published

2022-07-06

Issue

Section

Language & Heritage