PERKEMBANGAN NEGERI TERENGGANU 1920-1942, BERDASARKAN SYAIR TAWARIKH ZAINAL ABIDIN III

THE DEVELOPMENT OF THE STATE OF TERENGGANU 1920-1942, BASED ON SYAIR TAWARIKH ZAINAL ABIDIN III

Authors

  • Norazilawati Abd Wahab
  • Ruzaini Sulaiman
  • Arba’iyah Mohd Noor
  • Mohd Firdaus Abdullah

Abstract

Abstrak

Penulisan berkaitan Terengganu sehingga kini gagal memanfaatkan penggunaan seni kreatif seperti Syair Tawarikh Zainal Abidin III sebagai salah satu sumber utama dalam penulisan sejarah negeri berkenaan. Sebaliknya, para penyelidik lebih memfokuskan penggunaan sumber lain seperti rekod British, rekod rasmi Setiausaha Negeri Terengganu, surat diraja dan lain-lain lagi. Syair Tawarikh Zainal Abidin III yang dihasilkan oleh Tengku Dalam Kalthum (TDK) dilihat mempunyai maklumat penting mengenai Terengganu terutamanya ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari tahun 1920 sehingga tahun 1942. Objektif penyelidikan ini ingin membincangkan perkembangan negeri Terengganu ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari tahun 1920 sehingga tahun 1942 berdasarkan Syair Tawarikh Zainal Abidin III. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif dan memfokuskan pendekatan sejarah. Hasil penyelidikan ini menunjukkan melalui Syair Tawarikh Zainal Abidin III, negeri Terengganu ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dilihat mencapai kemajuan yang cukup besar terutamanya dalam aspek sosioekonomi di negeri tersebut. Dapatan kajian juga mengesahkan ketepatan dan kesahihan rekod-rekod lain berkaitan baginda dan negeri Terengganu dalam tempoh yang dinyatakan.  Hal ini menunjukkan sumber sejarah Terengganu melalui Syair Tawarikh Zainal Abidin III berada dalam kelasnya yang tersendiri dan mempunyai maklumat penting berkaitan sejarah Terengganu.

Kata kunci: Tengku Dalam Kalthum, Syair Tawarikh Zainal Abidin III, Terengganu, Kesultanan Terengganu, British

 

Abstract 

Till today, studies of Terengganu have not utilized the use of creative arts such as Syair Tawarikh Zainal Abidin III as one of the main sources in studying the history of Terengganu. Instead, the researchers focused more on other sources like British records, official records of the Terengganu State Secretary, royal letters and others. It was believed that Syair Tawarikh Zainal Abidin III by Tengku Dalam Kalthum (TDK) contains important information about Terengganu, especially during the reign of Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah which was from 1920 to 1942. The objective of this research was to discuss the development of Terengganu during the reign of Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 to 1942) based on Syair Tawarikh Zainal Abidin III. This research used qualitative methods and focused on a historical approach. This research found that according to Syair Tawarikh Zainal Abidin III, Terengganu had achieved considerable progress, especially in the socio-economic aspects during the reign of Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. The findings of the study also confirmed the accuracy and validity of other records related to Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah and Terengganu in the said period. This shows that Syair Tawarikh Zainal Abidin III is an important source of history for Terengganu and in its own class compared to other records.

Keywords: Tengku Dalam Kalthum, Syair Tawarikh Zainal Abidin III, Terengganu, Terengganu Sultanate, British

Author Biographies

Norazilawati Abd Wahab

Pusat Pengajian Teras,

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Ruzaini Sulaiman

Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL)

Universiti Malaysia Terengganu

Arba’iyah Mohd Noor

Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Universiti Malaya

Mohd Firdaus Abdullah

Program Sejarah, Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Downloads

Published

2022-07-06

Issue

Section

Language & Heritage