TUKANG TIMBAL: SUMBANGAN DAN TRADISI PEMBUATAN PERAHU DI TERENGGANU, 1950-1980

MASTER BOAT BUILDER: CONTRIBUTION AND BOAT BUILDING TRADITION IN TERENGGANU, 1950 -1980

Authors

  • Nur Alia Shamsul Bahri Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Norazilawati Abd Wahab Pusat Pengajian Kenegaraan dan Keusahawan' Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA Kampus Gong Badak, 21300 Terengganu
  • Ruhaizan Sulaiman Pusat Pengajian Kenegaraan dan Keusahawan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA Kampus Gong Badak, 21300 Terengganu

Abstract

Abstrak

Tukang timbal merupakan seorang tukang perahu yang mempunyai kewibaan tersendiri menerusi keupayaan membina perahu tanpa menggunakan sebarang ‘pelan’ atau lakaran. Kebanyakan mereka hanya menggunakan daya fikiran untuk menentukan bentuk perahu setelah menerima tempahan daripada pelanggan.  Kepakaran ini membawa kepada suatu bentuk peralihan ekonomi yang baharu dalam pembuatan perahu besar di Terengganu. Oleh itu, kajian bertujuan mengkaji sejauh mana sumbangan tukang timbal dari sudut tradisi pembuatan perahu di Terengganu pada tahun 1950 hingga tahun 1980. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk melihat sejauh mana idea dan inovasi seorang tukang timbal mampu membawa kepada peluang pekerjaan dan tempahan dari pelbagai negeri sehingga perahu Terengganu terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan pengumpulan data daripada sumber primer yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Terengganu. Sumber yang digunakan terdiri daripada Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Fail Jabatan Perikanan Negeri Terengganu. Selain itu, sumber sekunder seperti jurnal, buku dan bab buku turut digunakan bagi mengukuhkan lagi kajian. Bagi memantapkan lagi kajian, kaedah temu bual tukang timbal turut dijalankan. Hasil kajian yang dijalankan mendapati, kehadiran tukang timbal di Terengganu dalam kegiatan pembuatan perahu besar membawa kejayaan dengan mencipta pelbagai jenis perahu yang berupaya digunakan dalam pelbagai lapangan ekonomi seperti pelayaran, perikanan dan perdagangan.  Selain itu, inovasi yang dicetuskan oleh tukang timbal juga membawa kepada perkembangan ekonomi Terengganu yang cukup maju sehingga Terengganu dikenali sebagai sebuah bandar pesisir.

Kata Kunci: Tukang Timbal, Pembuatan Perahu, Terengganu

 

Abstract

Tukang timbal (master boat builders) are boatmen who are recognized for their ability to build a boat without any written plan or sketch. Most of them depend solely on their memory to determine the shape of the boat when receiving orders from customers. This expertise led to a new economic transition in the manufacturing of large boats in Terengganu. Therefore, this study aims to examine the contributions of master boat builders in terms of traditional boat making in Terengganu from 1950 to 1980. In addition, the study aims to see how the ideas and innovations of master boat builders have led to job opportunities and bookings from other states, consequently making Terengganu boats famous internationally. This study used qualitative methods. Data collection from primary sources was obtained from the National Archives of Malaysia and the National Archives of Malaysia Terengganu State Branch. The materials consist of the Terengganu State Government Secretary's File and the Terengganu State Fisheries Department File. Secondary sources such as journals, books, and book chapters were also used to further strengthen the study. To further strengthen the study, master boat builders were also interviewed as a part of the data collection. The results of the study found that the presence of master boat builders in Terengganu had brought prosperity by creating various types of boats that can be used in various economic fields such as sailing, fishery, and trade. In addition, the innovation by the master boat builders also contributed to the development of Terengganu's economy has resulted in Terengganu being known as a coastal city

Keywords: Master boat builder, Boat Making, Terengganu

Downloads

Published

2022-12-28

Issue

Section

Archaeology & History