INDUSTRI PERIKANAN DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN SEKTOR PERIKANAN DI PULAU PINANG, 1970-1990

FISHERIES INDUSTRY IN MALAYSIA: THE DEVELOPMENT OF FISHERIES SECTOR IN PENANG ISLAND, 1970-1990

Authors

  • Muhammad Nashaie Rohazid Penyelidik bebas, Kampung Sungai Taku, 18000, Kuala Krai Kelantan
  • Mohd Firdaus Abdullah Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Abstrak

Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan sektor perikanan dan  berperanan penting dalam membekalkan ikan dan makanan laut lain bagi kegunaan domestik serta bahan mentah industri lain sejak sekian lama di Malaysia. Namun begitu, industri perikanan di negeri ini didapati masih lagi dibelenggu dengan pelbagai masalah dan isu yang sedang menunggu untuk diselesaikan. Antara masalah utama industri perikanan di Pulau Pinang ialah pencerobohan nelayan asing, penggunaan pukat tunda yang menjejaskan hidupan dasar laut, Akta Perikanan 1985 (Akta 317) yang dilihat tidak lagi relevan dalam melindungi industri perikanan di Malaysia termasuk di Pulau Pinang dan lain-lain lagi. Melihat kepada permasalahan di atas, ia jelas menunjukkan bahawa, isu dan permasalahan industri perikanan di Pulau Pinang pada masa kini mempunyai kaitan yang jelas dengan perkembangan sektor perikanan di Pulau Pinang pada masa lampau. Maka dengan itu, penyelidikan ini akan melihat sejauh mana kejayaan pihak berwajib dalam membangunkan industri perikanan di Pulau Pinang dari tahun 1970 sehingga tahun 1990. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan langkah yang dilaksanakan dalam memperkasa industri perikanan di Pulau Pinang.  Seterusnya meninjau masalah yang membelenggu industri perikanan di Pulau Pinang. Kemudian akan menganalisis penyelesaian yang diambil dalam menyelesaikan masalah yang mengganggu industri perikanan di Pulau Pinang.  Akhir sekali akan menilai kesan keberkesanan langkah yang dilakukan dalam memperkasakan industri perikanan di Pulau Pinang sepanjang tempoh yang dinyatakan. Penyelidikan ini bertemakan sejarah dan menggunakan sumber-sumber seperti laporan perangkaan tahunan perikanan, laporan tahunan persidangan dewan undangan negeri Pulau Pinang, akhbar, buku, artikel, tesis dan lain-lain lagi. Penyelidikan ini mempunyai kepentingan tersendiri dan relevan ekoran sehingga kini penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap industri perikanan di Pulau Pinang pada masa lampau kurang mendapat perhatian oleh penyelidik dalam dan luar Malaysia. Hasil penyelidikan ini mendapati pihak berwajib kurang berjaya dalam memperkasakan sektor perikanan di negeri Pulau Pinang dari tahun 1970 sehingga tahun 1990. Hal ini dapat dilihat melalui jumlah hasil tangkapan ikan yang tidak konsisten meskipun pelbagai langkah telah diambil dalam memperkasakan sektor perikanan di Pulau Pinang sepanjang tempoh yang dinyatakan.

Kata kunci: Industri Perikanan, Pulau Pinang, Malaysia, Pengurusan, Akta Perikanan 1985 (Akta 317)

 

Abstract

Penang is well-known for its fisheries sector, which has long supplied fish and other seafood for domestic use as well as other industrial raw materials throughout Malaysia. Nevertheless, the fisheries industry in this state is still afflicted by a variety of challenges and issues that have yet to be rectified. The invasion of foreign fishermen, the use of trawls that harm seabed life, the Fisheries Act 1985 (Act 317), which is viewed as no longer relevant in preserving the fisheries sector in Malaysia, particularly in Penang, and others are among the key concerns of the Penang fisheries industry. Considering the concerns listed above, it is evident that the growth of the fisheries industry in Penang in the past has a direct bearing on the issues and problems that the sector is currently experiencing. Therefore, this research will examine how successful the authorities were in expanding the fisheries industry in Penang between 1970 and 1990. The objective of this research is to discuss the measures implemented in empowering the fisheries industry in Penang. Next, review the problems afflicting the fisheries industry in Penang. The next step is to evaluate the approaches used to address the issues affecting Penang's fisheries sector. Finally, the effectiveness of the measures adopted to empower the fisheries sector in Penang throughout the stated period will be evaluated. The annual fisheries statistics report, the annual report of the Penang state legislative assembly conference, newspapers, books, articles, theses and other materials are used in this historical-themed study. This research is important and relevant since research on the fisheries industry in Penang has previously garnered less attention from researchers both inside and outside Malaysia. According to the findings of this research, from 1970 to 1990, the authorities were less effective in empowering the fisheries sector in the state of Penang. Although many measures have been implemented to improve the fisheries sector in Penang throughout the aforementioned period, this is evident in the variable number of fish caught.

Keywords: Fisheries industry, Penang, Malaysia, Management, Fisheries Act 1985

Downloads

Published

2022-12-28

Issue

Section

Archaeology & History