MENYOROTI BAHASA-BAHASA AUSTRONESIA DI PINGGIR UTARA ALAM MELAYU: BAHASA FORMOSA DI PULAU TAIWAN

EXPLORING AUSTRONESIAN LANGUAGES IN THE NORTHERN PERIPHERAL MALAY WORLD: FORMOSA LANGUAGES ON TAIWAN ISLAND

Authors

  • Chong Shin Felo Penyelidik Kanan Institut Alam & Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstract

Abstrak

Pulau Taiwan selain didiami oleh penduduk Cina yang membentuk kelompok majoriti, pulau ini juga dihuni oleh suku-suku pribumi yang berbahasa Austronesia. Cabang bahasa Austronesia ini, yang juga dikenali sebagai Bahasa Formosa penting dalam disiplin ilmu linguistik sejarawi Austronesia kerana berperanan penting dalam merekonstruksi bunyi-bunyi Austronesia purba, dan membangunkan hipotesis tanah asal bahasa Austronesia. Di pulau yang terpinggir ini, tiga daripada empat cabang bahasa Austronesia adalah terletak di Pulau Taiwan. Namun demikian, ramai sarjana di luar Pulau Taiwan kurang mengenali, bahkan tidak sedar tentang kehadiran suku-suku Austronesia di wilayah pinggir Alam Melayu ini. Bertitik tolak dari permasalahan ini, makalah ini bertujuan menyoroti bahasa Formosa daripada aspek jenis variasi dan persebarannya, membuat perbandingan dengan bahasa Melayu dan menyingkapkan gejala kepupusan bahasa ini dengan sumber daripada kajian kepustakaan. Secara keseluruhan, makalah ini telah membentangkan bahawa terdapat 18 suku Formosa yang utama di Taiwan, bahasa ini menunjukkan hubungan kekerabatan yang jauh dengan bahasa Melayu dan sedang berada di tahap yang pupus. Sebahagian besar bahasa ini telah pun lenyap dan hanya wujud dalam rekod dokumentasi.

Kata kunci: Bahasa Formosa, Austronesia, Taiwan, persebaran, kepupusan bahasa

 

Abstract

Taiwan is inhabited by a significant majority of Chinese population, in addition to a few Austronesian speakers. Formosan languages, a branch of Austronesian spoken by native populations, are crucial to Austronesian comparative linguistic studies such proto sound reconstruction and the establishment of the homeland hypothesis for the Austronesian languages. Three out of the four Austronesian branch languages are spoken on Taiwan, an island that is relatively small and insular. In reality, Formosan Austronesian languages are unfamiliar to scholars outside Taiwan Island, and many of them were not aware of the existence of this tribe in the northern archipelago's peripheral region. Based on the stated topic, this article attempts to look into the Formosan languages by emphasizing on their variation and distributions, offering a fundamental comparison with the Malay language, and observing the progression of language extinction in Taiwan with secondary sources. Overall, this article has demonstrated that there are 18 Formosan tribes that have been recorded in Taiwan. The Formosan language is closely linked to Malay and is listed as endangered. Many of the Formosan tribes have disappeared entirely and are only known through written documents.

Keywords: Formosan languages, Austronesian, Taiwan, distribution, language extinction

Downloads

Published

2022-12-28

Issue

Section

Language & Heritage