ANALISIS KOMPOSISI BATA PURBA DI DESA TELAGAJAYA, KOMPLEKS PERCANDIAN BATUJAYA, JAWA BARAT, INDONESIA

COMPOSITION ANALYSIS OF ANCIENT BRICK IN TELAGAJAYA VILLAGE, BATUJAYA TEMPLE COMPLEX, WEST JAVA, INDONESIA

Authors

  • Muhamad Shafiq Mohd Ali Pegawai Sains Kanan Institut Alam & Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zuliskandar Ramli Felo Penyelidik Kanan Institut Alam & Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Abstrak

Desa Telagajaya merupakan salah satu kawasan desa yang terletak dalam Kompleks Percandian Batujaya, Karawang, Jawa Barat. Penelitian awal di kawasan Telagajaya mendapati terdapat 16 buah tapak yang dipercayai tapak binaan candi tinggalan masa lampau dan setelah dijalankan penggalian, terdapat runtuhan permukaan bangunan dan beberapa bahagian kaki candi. Bahan binaan utama yang digunakan dalam pembinaan candi ini adalah bata. Kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan sama ada batu bata yang digunakan dalam pembinaan candi yang terdapat di Desa Telagajaya menggunakan bahan binaan daripada sumber tempatan atau tidak. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan analisis secara saintifik menggunakan radas XRD dan juga XRF.  Analisis saintifik terhadap bata untuk binaan candi dapat menunjukkan bata diperbuat daripada bahan mentah tempatan atau tidak. Analisis saintifik menggunakan kaedah sinar-X berpendarflour (XRF) dan pembelauan sinar-X (XRD) boleh menentukan kandungan kimia yang terdapat dalam bata, antara lain juga kandungan mineral dan juga unsur utama serta unsur surih bata juga dapat diketahui. Selain daripada sampel tanah, analisis juga turut dilakukan terhadap sampel tanah liat di kawasan Desa Telagajaya.  Hasil analisis menunjukkan kandungan mineral, sampel bata yang digunakan untuk pembangunan bangunan percandian di Desa Telagajaya telah dibakar pada suhu yang tinggi iaitu dibakar pada suhu lebih daripada 800 Darjah Celcius. Berdasarkan analisis kandungan unsur utama dan unsur surih pula, dapat dibuktikan bahawa bahan mentah yang digunakan untuk membuat bata diambil daripada sumber yang sama. Perbandingan antara kandungan unsur bata dan juga unsur tanah liat sekitar kawasan Desa Telagajaya juga menunjukkan bahawa tanah liat di sekitar kawasan Desa Telagajaya telah digunakan sebagai bahan mentah untuk membuat bata.

Kata kunci: Desa Telagajaya; XRF; XRD; batu bata candi

 

Abstract

Telagajaya Village is one of the rural areas located in the Batujaya Temple Complex, Karawang, West Java. Preliminary research in the Telagajaya area found that there are 16 sites that are believed to be temple construction sites from the past and after excavation, there are ruins of the surface of the building and some parts of the foot of the temple. The main building material used in the construction of this temple is brick. This study was conducted to determine whether the bricks used in the construction of the temple found in Telagajaya Village use local sources materials or not. This study was carried out using scientific analysis using XRD and XRF apparatus. Scientific analysis of bricks for temple construction can show whether the bricks are made from local raw materials or not. Scientific analysis using X-ray fluorescence (XRF) and X-ray diffraction (XRD) methods can determine the chemical content found in bricks, among others, the mineral content and also the main elements and trace elements of bricks can also be known. Apart from soil samples, analysis was also done on clay samples in the Telagajaya Village area. The results of the analysis showed the mineral content, the brick samples used for the construction of the temple building in Telagajaya Village were burned at a high temperature, i.e. burned at a temperature of more than 800 Degree Celcius. Based on the analysis of the content of major elements and trace elements, it can be proven that the raw materials used to make bricks are taken from the same source. A comparison between the content of brick elements and clay elements around the Telagajaya Village area also shows that the clay around the Telagajaya Village area has been used as a raw material to make bricks.

Keywords: Telagajaya Village; XRF; XRD; temple bricks

Downloads

Published

2022-12-28

Issue

Section

Environment & Landscape