MALAY PANTUN: END SYLLABLE SEARCH SYSTEM AS AN ALTERNATIVE TO FACILITATE THE SEARCH OF RHYME

PANTUN MELAYU: SISTEM CARIAN AKHIR SUKU KATA SEBAGAI ALTERNATIF UNTUK MEMUDAHKAN PENCARIAN RIMA

Authors

  • Sri Yanti Mahadzir Senior Information Technology Officer Institute of Malay World & Civilization Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor
  • Mohd Rosli Saludin Senior Research Fellow Institute of Malay World & Civilization Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor

Abstract

Abstract

Pantun is a form of traditional oral poetry in the Malay community which is used as a social communication medium. It contains lines that act as a pembayang (clue) and other lines that elicit the meaning. Rhyme and Malay pantun are inseparable.

In this regard, rhymes are what make a pantun unique and distinct from other forms of poetry. However, in some situations, an author may find it difficult to find a syllable that matches the rhyme at the end of the previous line. Therefore, this study was conducted to develop an application that facilitates the search for Malay language syllables through the end syllable entered by the user and to evaluate the usability of the developed application system. The system was developed according to the Rapid Application Development (RAD) model to ensure a systematic and organized development process. The primary data used in this study included 14,465 syllables data entered into the database to be used to generate syllabic entries as search results. Usability tests are conducted on 30 respondents including postgraduate students and staff around the Malay World and Civilization Library, Universiti Kebangsaan Malaysia. The questionnaire instrument was adopted from the System Usability Scale (SUS) with 5 Likert scales. The usability score of the evaluated Malay End Syllable Search System (MESSS) was 80.08 which is acceptable and at an excellent level. The system and technique developed could be extended and applied to forms of poetry based on the diversity of languages in the Asian region, particularly in the Malay Archipelago. This effort would support and sustain the Malay pantun heritage in this region. At the same time, it is hoped that it could generate the interest of the younger generation to continue composing pantun in today’s modern era.

Keywords: Malay pantun, searching system, rhyme, syllable, cultural heritage

Abstrak

Pantun merupakan satu bentuk puisi lisan tradisional dalam masyarakat Melayu yang digunakan sebagai medium komunikasi sosial. Ia mengandungi baris yang bertindak sebagai pembayang (petunjuk) dan baris lain yang menimbulkan makna. Pantun biasanya mencerminkan unsur pendidikan dan pengetahuan tentang nilai kehidupan. Rima dan ‘pantun’ Melayu tidak dapat dipisahkan. Dalam hal ini, rima inilah yang menjadikan sesebuah pantun unik dan berbeza daripada bentuk puisi yang lain. Walau bagaimanapun, dalam beberapa situasi, seorang pengarang mungkin sukar untuk mencari suku kata yang sepadan dengan rima pada akhir baris sebelumnya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan aplikasi yang memudahkan pencarian suku kata bahasa Melayu melalui suku kata akhir yang dimasukkan oleh pengguna dan menilai kebolehgunaan sistem aplikasi yang dibangunkan. Sistem ini dibangunkan mengikut model Rapid Application Development (RAD) bagi memastikan proses pembangunan yang sistematik dan teratur. Data primer yang digunakan dalam kajian ini merangkumi 14,465 data suku kata yang dimasukkan ke dalam pangkalan data untuk digunakan bagi menjana entri suku kata sebagai hasil carian. Ujian kebolehgunaan dijalankan terhadap 30 orang responden termasuk kakitangan dan pelajar pasca siswazah di sekitar Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Instrumen soal selidik telah diterima pakai daripada Skala Kebolehgunaan Sistem (SUS) oleh Brooke (1996) dengan 5 skala Likert. Skor kebolehgunaan Sistem Carian Hujung Suku Kata Bahasa Melayu (MESSS) yang dinilai ialah 80.08 yang boleh diterima dan pada tahap cemerlang. Sistem dan teknik yang dibangunkan boleh diperluaskan dan diaplikasikan dalam bentuk puisi berdasarkan kepelbagaian bahasa di rantau Asia khususnya di Kepulauan Melayu. Usaha ini akan menyokong dan mengekalkan warisan pantun Melayu di rantau ini. Pada masa yang sama, ia diharap dapat menjana minat generasi muda untuk terus mengarang pantun dalam era moden hari ini.

Kata kunci:  Pantun Melayu, sistem carian, rima, suku kata, warisan budaya

Downloads

Published

2022-12-28

Issue

Section

Language & Heritage