SUBDIALEK MUKIM BUKIT KEPONG: SATU KAJIAN RINTIS

SUBDIALECTS OF BUKIT KEPONG MUNICIPALITY: A PILOT STUDY

Authors

  • Julaina Binti Nopiah
  • Junaini Binti Kasdan
  • Mohd Faizal Bin Mohamed Nor

Abstract

Dialek Melayu merupakan salah satu bentuk bahasa yang digunakan oleh sekumpulan penutur untuk berinteraksi antara satu sama lain. Banyak kajian yang berkaitan dengan dialek telah dilakukan dalam pelbagai aspek.  Namun, kajian yang memberikan tumpuan secara khusus kepada varian subdialek Bukit Kepong, Muar, Johor belum lagi ditemukan.  Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti leksikal subdialek masyarakat di Mukim Bukit Kepong, Muar, Johor; dan selanjutnya dibandingkan dengan leksikal bahasa Melayu standard. Kajian kualitatif ini melibatkan temu bual berstruktur, pemerhatian ikut serta, catatan, rakaman video dan rakaman suara terhadap informan terpilih.  Sebanyak tiga orang informan, yang terdiri daripada penduduk asal dari salah sebuah kampung yang terletak di kawasan Bukit Kepong terlibat dalam kajian ini. Data dan maklumat yang diperoleh kemudiannya ditranskripsikan menggunakan simbol fonetik untuk proses selanjutnya.  Bagi tujuan analisis, data dipaparkan dalam bentuk jadual, dan dihuraikan secara linguistik untuk memperlihatkan hasil dapatan yang lebih jelas. Kajian ini berjaya merakamkan 40 leksikal dialek Melayu Bukit Kepong, dan mendapati 40 leksikal subdialek Bukit Kepong tersebut mempunyai makna yang tersendiri dalam bahasa Melayu standard. Pengkaji turut menemukan lima leksikal berhubung kata ganti nama dan sapaan, dua ungkapan kata tanya serta empat ungkapan berpasangan hasil daripada temu bual yang dijalankan. Pada umumnya, kajian ini telah dapat membuktikan, sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa wujud satu lagi subdialek Muar-Batu Pahat yang tidak pernah dibicarakan sebelum ini, iaitu subdialek Bukit Kepong. Kajian ini juga membuka ruang baharu kepada masyarakat luar untuk mengetahui keunikan dialek masyarakat mukim Bukit Kepong, umumnya; dan membuka horizon baharu kepada para sarjana untuk melakukan kajian yang lebih komprehensif terhadap dialek ini.

Kata kunci: Dialek, leksikal, bahasa Melayu, transkripsi, Bukit Kepong

 

Abstract 

The Malay dialect is a variety of languages used by Malay speakers to communicate with each other. There are many studies related to dialect have been done in various aspects. However, the studies specifically regarding Bukit Kepong, Muar dialect have not yet been established. Therefore, this study objective is to identify the lexical of the local community dialect in Mukim Bukit Kepong, Muar, Johor and then, it will be compared with the standard Malay language lexical. This qualitative study involves structured interviews, participating observation, notes, and audio and video recording on selective informants. A total of three aboriginal peoples from the area of Mukim Bukit Kepong has been involved in this study. The collected data and information are transcribed using phonetic symbols for further process. For analysis, the data is displayed in table form and analyzed linguistically for the detailed findings. This study records 40 lexical Malay dialect of the Bukit Kepong and found 40 lexical Bukit Kepong dialect have their meaning in the standard Malay language. Researchers also found five lexical items related to pronouns and greetings, two question word expressions and four paired expressions.This study proves that either directly or indirectly, there is another sub-dialect of Muar-Batu Pahat which has never been discussed before, the dialect of Bukit Kepong. This study provides an opportunity for the outside community to appreciate the uniqueness of the Mukim Bukit Kepong dialect and a new horizon for the scholars to conduct a more comprehensive study on this dialect.

Keywords: Dialect, lexical, Malay language, transcription, Bukit Kepong

Author Biographies

Julaina Binti Nopiah

Kulliyyah Of Languages And Management

Universiti Tun Hussain Onn Malaysia

Junaini Binti Kasdan

Felo Penyelidik

Institut Alam & Tamadun Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Faizal Bin Mohamed Nor

Pensyarah

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Pusat Pengajian Diploma

Universiti Tun Hussain Onn Malaysia

Downloads

Published

2023-07-18

Issue

Section

Language & Heritage