PERANAN PROGRAM AGROPOLITAN RUNCHANG DALAM MEMPERKASAKAN KUALITI HIDUP ORANG ASLI

THE ROLE OF RUNCHANG AGROPOLITAN PROGRAM IN EMPOWERING THE QUALITY OF LIFE OF ORANG ASLI

Authors

  • Mohd Hafizul Mat Rahim
  • Noordeyana Tambi
  • Zaizul Ab Rahman

Abstract

Abstrak

Orang Asli merupakan masyarakat peribumi yang tergolong dalam kumpulan minoriti di Malaysia. Masyarakat Orang Asli ini kebiasaannya menetap di kawasan luar bandar khususnya di kawasan pedalaman atau pinggir bandar. Masyarakat Orang Asli sering dianggap ketinggalan dalam arus pembangunan dan permodenan termasuk terpinggir daripada menikmati kemudahan asas elektrik dan bekalan air terawat. Justeru, Program Agropolitan merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan tahap kualiti hidup. Program Agropolitan Runchang yang terletak di daerah Pekan, Pahang merupakan satu-satunya projek yang dilaksanakan di bawah inisiatif ini yang memberi fokus kepada masyarakat Orang Asli sebagai pesertanya. Bagi menghuraikan lebih lanjut isu pemerkasaan Orang Asli ini, satu penyelidikan telah dilakukan bagi mengenal pasti peranan Program Agropolitan Runchang dalam memperkasakan kualiti hidup Orang Asli. Kajian ini telah menggunapakai kaedah kuantitatif dengan mengambil kira pandangan daripada 63 responden peserta Orang Asli Agropolitan Runchang. Aspek yang diukur dalam kajian ini adalah elemen pemerkasaan ekonomi dan elemen pemerkasaan sosial yang dilaksanakan di Agropolitan Runchang dan persepsi kualiti hidup oleh responden. Elemen pemerkasaan ekonomi digunakan untuk melihat aspek pemerkasaan yang terdiri daripada indikator pendapatan dan pengagihan, persekitaran kerja dan pendidikan.  Elemen pemerkasaan sosial pula adalah untuk melihat aspek pemerkasaan yang terdiri daripada indikator kesihatan, perumahan, alam sekitar dan keselamatan awam. Persepsi kualiti hidup pula diukur bagi melihat penilaian responden terhadap kualiti hidup mereka setelah menyertai Agropolitan Runchang. Hasil kajian mendapati, penilaian elemen pemerkasaan ekonomi dan sosial dalam Program Agropolitan Runchang berada pada tahap tinggi manakala persepsi kualiti hidup responden juga dinilai pada tahap tinggi. Oleh itu, impak kajian ini membuktikan bahawa pemerkasaan kualiti hidup Orang Asli dapat ditingkatkan melalui pemerkasaan ekonomi dan sosial.

Kata Kunci: Pemerkasaan ekonomi; pemerkasaan sosial; kualiti hidup; Orang Asli; pembangunan komuniti.

 

Abstract

Orang Asli or indigenous people are the community that belongs to a minority group in Malaysia. These Orang Asli communities usually live in rural areas, especially in rural or suburban areas. These Orang Asli communities are often considered to be left behind in the current development and modernization, including being marginalized from enjoying basic electricity and treated water supply. Thus, the Agropolitan Program is one of the Government's initiatives to eradicate poverty and improve the quality of life. The Runchang Agropolitan Program which is located at Pekan District, Pahang is the only project implemented under this initiative that focuses on the Orang Asli community as its participants. To further elaborate on the issue of Orang Asli empowerment, a research had been conducted to identify the role of the Runchang Agropolitan Program in empowering the quality of life of the Orang Asli. This study has adopted a quantitative method by taking into account the views of 63 respondents of Orang Asli who are the Runchang Agropolitan participants. Aspects measured in this study are the economic empowerment element and the social empowerment element which had been implemented in Agropolitan Runchang and also the perception of quality of life by the respondents. The economic empowerment element is used to look at aspects of empowerment consisting of three (3) indicators which are income and distribution, working environment and education. The element of social empowerment is used to look at the aspects of empowerment which consist of four (4) indicators which are health, housing, environment and public safety. Perceptions of quality of life were measured to see the respondents' assessment of their quality of life after participating in Agropolitan Runchang Program. The results of the study found that the element of economic and social empowerment is at a high level while respondents' perception of quality of life was also assessed at a high level. Therefore, the impact of this study proves that the empowerment of the quality of life of the Orang Asli can be improved through economic and social empowerment. 

Keywords: Economy empowerment; social empowerment; quality of life; orang asli; community development

Author Biographies

Mohd Hafizul Mat Rahim

Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Noordeyana Tambi

Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Zaizul Ab Rahman

Pusat Kajian Usuluddin Falsafah,

Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Downloads

Published

2024-07-04

Issue

Section

Environment & Landscape