PENDIGITALAN MAKLUMAT KEBUDAYAAN MEGALITIK BERASASKAN WEB MEMPERKAYA SUMBER MAKLUMAT DIGITAL
WEB-BASED DIGITALIZATION OF MEGALITHIC CULTURE INFORMATION ENRICHS DIGITAL INFORMATION RESOURCES
Abstract
Abstrak
Pendigitalan maklumat kebudayaan megalitik adalah penting selaras perkembangan teknologi demi mencegah kehilangan maklumat dan kerosakan dokumen. Dengan impak pembangunan pesat yang berlaku pada masa kini dilihat bakal mengorbankan beberapa kawasan dan penempatan megalit yang sedia ada. Tambahan pula dengan kurangnya pendedahan masyarakat terhadap khazanah yang berharga ini menyebabkan informasi tentang tradisi dan kebudayaan ini kurang tersebar dalam kalangan masyarakat dan akhirnya memudarkan kelestariannya. Hal ini menandakan bahawa perlunya satu usaha yang bukan sahaja mendokumentasi, malah mempamerkannya dengan menggunakan pendekatan semasa kepada masyarakat hari ini tentang tinggalan warisan budaya yang terdapat di negara ini. Justeru, kajian ini mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah aplikasi digital berasaskan web yang dapat dicapai secara langsung oleh pengguna dengan mudah dan pantas. Visualisasi Maklumat Kebudayaan Megalitik Negeri Sembilan dibangunkan menggunakan pendekatan Rapid Application Development (RAD). Pembangunan melibatkan 4 fasa utama, iaitu perancangan keperluan, pembangunan reka bentuk, pengujian dan pelaksanaan. Model RAD dipilih dalam kajian ini sebagai panduan bagi memastikan proses reka bentuk dan pembangunan adalah sistematik dan terarah serta bersesuaian dengan tempoh masa yang ditetapkan. Dengan penerapan penemuan data terkini melalui perkongsian maklumat, aplikasi web yang dibangunkan mampu menjadi platform dan input kepada pengembangan penyelidikan melalui analisis dan perspektif baru oleh pencinta warisan budaya dan pengkaji pada masa akan datang. Diharap aplikasi web yang dibangunkan mampu menyokong dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kebudayaan megalit di Negeri Sembilan kepada khalayak ramai seiring dengan dokongan terhadap Matlamat Pembangunan Lestari dalam usaha memartabatkan tinggalan warisan budaya negara ini di mata dunia.
Kata Kunci: Aplikasi web, budaya, megalitik, Negeri Sembilan, visualisasi maklumat.
Abstract
Digitization of megalithic cultural information is important in line with technological changes to avoid information loss and damage to documents. With the influence of today's rapid growth, it is expected that some existing megalithic areas and settlements will be sacrificed. Furthermore, due to a lack of community exposure to these precious treasures, information about this tradition and culture is less disseminated within the community, ultimately affecting its sustainability. This indicates the need for efforts that are not only documented but also made visible, using the current approach that today's society takes towards the remains of cultural heritage found in this country. Therefore, this study took the initiative to develop a web-based digital application that allows users to access directly easily and quickly. The information visualization about the Negeri Sembilan megalithic culture was developed using the Rapid Application Development (RAD) approach. Development includes four main phases: requirements planning, design development, testing and implementation. In this study, the RAD model was chosen as a guide to ensure that the design and development process is systematic, targeted and appropriate for the specified period. By applying the latest data insights through information sharing, the developed web application is able to become a platform and contribution for the development of research through analysis and new perspectives from culture lovers and researchers. Culture in the future. It is hoped that the developed web application can contribute to communicating and disseminating information about the megalithic culture in Negeri Sembilan to the public in line with supporting the Sustainable Development Goals in order to appreciate the remnants of the cultural heritage of this country in the eyes of the world.
Keywords: Web application, culture, megalithic, Negeri Sembilan, information visualization