PENDIDIKAN SEBAGAI KOMPONEN KUALITI HIDUP MASYARAKAT PINGGIR BANDAR (EDUCATION AS QUALITY COMPONENTS OF LIFE IN THE SUBURBAN COMMUNITY)

Authors

  • Samruhaizad Samian@Samion
  • Azahan Awang

Abstract

Abstrak

Pendidikan merupakan salah satu penanda aras terpenting dalam menentu kualiti hidup manusia. Pendidikan mampu mengorak langkah terhadap pencapaian pekerjaan yang diingini. Pencapaian dalam pendidikan menggambarkan tingginya ilmu pengetahuan seseorang yang dimiliki dalam bidang yang diceburi malah ia juga merupakan hasil ilmu yang diperoleh. Kerajaan Malaysia sentiasa prihatin terhadap sistem pendidikan yang diamalkan di negara ini. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang berpendidikan di samping mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menjalani kehidupan yang serba optimis dan diapresiasi. Pendidikan merupakan pemangkin terhadap kehidupan manusia yang lebih sejahtera ke arah peningkatan hidup yang lebih sempurna, kebijaksanaan pengurusan dalam pengendalian ekonomi keluarga, kewibawaan dalam hubungan sesama manusia serta keseimbangan diri dari segi fizikal, mental dan spiritual.Kajian ini mengemukakan sebanyak lapan sub-komponen pendidikan kualiti hidup telah dikenal pasti iaitu tahap disiplin di sekolah, pembayaran yuran sekolah, pengajaran guru di sekolah, sistem/kaedah pembelajaran di sekolah, peluang melanjutkan pendidikan/ pelajaran, kecukupan pendidikan agama di sekolah menengah, pertukaran buku sekolah kepada e-book untuk pelajar dan pencapaian pendidikan yang diterima. Kajian yang dilakukan di Daerah Hulu Langat mendapati komponen kualiti hidup pendidikan masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat secara keseluruhannya adalah seimbang. Hasil kajian menunjukkan seramai 46.4% mendapati pendidikan mereka adalah memuaskan manakala 47% mengatakan pendidikan yang diterima kurang memuaskan dengan catatan skor min 3.52±0.64. Sub-indikator aspek pendidikan yang memberi kepuasan lebih 50 peratus adalah peluang melanjutkan pelajaran (60%), kepuasan terhadap sistem dan kaedah pembelajaran di sekolah (54.3%), pencapaian pendidikan yang diterima (52.1%) dan pengajaran guru di sekolah (51.0%). Manakala aspek pendidikan yang memberi kesan ketidakpuasan terhadap kualiti hidup dalam aspek pendidikan yang melebihi peratusan 20 peratus adalah pembayaran yuran sekolah (20.3%). Skor pendidikan secara keseluruhan dengan skor terendah 8 hingga skor 45 adalah 28.00±4.52. Kesimpulannya, usaha untuk meningkatkan kualiti hidup dalam komponen pendidikan memerlukan kawalan khusus dan perancangan yang tersusun bagi memastikan masyarakat pinggir bandar mampu memiliki pemikiran minda kelas pertama berasaskan komponen pendidikan.

Kata Kunci: Pendidikan, Pinggir Bandar, Kualiti Hidup

 

Abstract

Education is one of the most important benchmark in determining the quality of human life. Education is able to move towards the achievement of the desired job.Achievements in education reflect a high level of knowledge in their respective fields but it is also the result of the knowledge gained.The Malaysian government's concern over the education system practiced in this country. A civilized society is a society that is educated and has the self-confidence to lead a life of self-confident and appreciated. Education is a catalyst for a more prosperous human life towards the improvement of life more perfect wisdom in handling economic management, integrity in human relations and balance yourself physically, mentally and spiritually.This study suggests eight sub-components of the educational quality of life have been identified, namely the level of discipline in schools, payment of school fees, teaching in schools, system / learning methods in schools, the opportunity to continue their education / instruction, adequate religious education in secondary schools, exchange school books to e-book for students and educational attainment received.Studies conducted in the district found the quality of life of suburban public education in the district as a whole is balanced. The results showed a total of 46.4% said their education is satisfactory while 47% said education received less than satisfactory with a min score of 3.52±0.64.Sub-indicators of education that satisfies more than 50 percent are opportunities for further education (60%), satisfaction with the system and method of teaching in schools (54.3%), educational attainment received (52.1%) and teaching in schools (51.0%). While educational aspects that affect dissatisfaction with the quality of life in terms of education that exceeds the percentage of 20 percent is the payment of school fees (20.3%). Education overall score with the lowest score of 8 to 45 score was 28.00 ±4.52.In conclusion, efforts to improve the quality of life in the educational component requires special control and planning to ensure orderly suburban communities able to have a first-class mind thinking based education component.

Keywords: Education Suburbs, Quality of Life

References

Abu Zahari Abu Bakar. 1988. Memahami psikologi pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Affizal Ahmad. 2011. Kepentingan pendidikan dalam pembentukan kualiti hidup sejahtera.Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. http://web.usm.my/education/MEDC/Vol2/1.%20KEPENTINGAN%20PENDIDIKAN%20DALAM%20PEMBENTUKAN%20KUALITI%20HIDUP.pdf.[26 Mei 2013].

Azahan Awang, Abdul Hadi Harman Shah & Kadaruddin Aiyub. 2008. Penilaian makna kualiti hidup dan aplikasinya dalam bidang pengurusan persekitaran di Malaysia. Akademika 72. 45 – 68.

Azman B. Idris. 1994. Satu tinjauan Mengenai Masalah Pencapaian Akademik Bekas Pelajar-pelajar SPMV Yang Sedang Mengikuti Kursus Diploma Di Universiti Teknologi Malaysia Kampus Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Brock, D. 1993. Quality of life measures in health care and medical ethics Dlm. San. A.S Nussbaum (pnyt.) The Quality of Life. Oxford : Claredon Press.

Feist, J. 1985. Theories of Personality. New York : Holt, Rinehart and Winston.

Gilgeous, V. 1998. Manufacturing managers: their quality of working life. Intergrated Manufacturing System 9(3):173-181.

Good, Carter V. 1973. Dictionary of Education. New York: McGraw-Hill Book.

House, J.S., Lepkowski, J., Kinney, A., Mero, R., Kessler, R., dan Herzog, A.R.(1994. The social stratification of aging and health. Journal of Health and Social Behaviour. 35(3), 213 -34.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi: Laporan banci penduduk dan perumahan Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

James, R. dan Beckett, D. 2000. Higher education and lifelong learning: An Australian perspective. In H. Schuetze dan M. Slowey (Eds.) Higher education and lifelong learning: International perspectives on change. Routledge/Falmer: London, 173-194.

Jung, C. G. 1921 Psychologische Typen. Zurich : Rascher Verlag.

Koh, Boh Boon. 1982. Bahan Pengajaran Kendiri Terancang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laporan Rancangan Struktur Negeri Selangor. 2003. Laporan pemeriksaan rancangan struktur negeri Selangor (2002-2020). Selangor: Kerajaan Negeri Selangor

Lim Lan Yuan. 2001. Quality of life case studies for university teaching in sustainable development, International Journal of Sustainability in Higher Education, vol. 2 (2) : 127-138.

Lucas, A. 1972. Environment and Environmental Education: Conceptual issues and curriculum implications. PhD Dissertation. The Ohio State University. (Referred in the paper of Disinger, J. 1985. Environmental Education's definitional problem. School Science and Mathematics 85(11), 29 - 68).

Mohd. Azhar Abdul Hamid. 2003. Meningkatkan Daya Fikir. Bentong: PTS Publications & Distributors.

Mok, Soon Sang. 1998. Pendidikan di Malaysia: Untuk Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman.

Murdie, R.A., Rhyne, D. & Bates, J. 1992. Modelling Quality of Life Indikator in Canada: A Feasibility Analysis. Ottawa : Canada Mortgage and Housing Corporation.

Needham, R. 1987. Teaching strategies for developing understanding in science. The University of Leeds: Centre for Studies in Science and Mathematics Education.

Novel Lyndon, Mohammad Reevany Bustami & Salfarina Abd Gapor. 2011. Persepsi kualiti hidup komuniti Bidayuh : Kajian perbandingan antara peserta dan bukan peserta program (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat) di Daerah Serian, Sarawak. Geografia Online. Malaysian Journal Society and Space. Vol. 7 : 91 - 104.

Nurul Ezzati Azizi. 2008. Hubungan antara konsep kendiri, dimensi personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar SPA, SPE dan SPJ. Tesis Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Preston, S.H. & Elo, I.T. 1996. Survival After Age 80: Letter To The Editor. New England Journal of Medicine 334 (8), 537.

Rasmussen, O.E. 1999. Putting quality of life to the test. Dlm. Lim L.Y., Yuen B., Low C. (pnyt.). Urban Quality of Life: Critical Issues and Options, hlm.196-211. Singapore: National University of Singapore.

Ross, C. E. & Wu, C. L. 1996. Education, age and the cumulative advantage in health. Journal Health Soc Behavior Vol. 37 (1) : 104-20.

Samruhaizad Samian @ Samion. 2015a. Kualiti Hidup Masyarakat Pinggir Bandar di Daerah Hulu Langat. Tesis Doktor Falsafah. Institut Alam dan Tamadun Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Samruhaizad Samian @ Samion. 2015b. Kesedaran pembangunan, kesediaan diri dan penerimaan perubahan: komponen meningkatkan kualiti hidup masyarakat pinggir abdnar di Daerah Hulu Langat, Selangor. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman). Vol 3 (3): 121 - 137

Siti Nadirah Ahmad Rozlan Shah, Rosmadi Fauzi & Jamilah Mohamad. 2015. Membina model indeks kesejahteraan hidup penduduk bagi Semenanjung Malaysia. Geografia Online. Malaysia Journal of Society and Space. Vol 11 (4) : 87 – 96.

Tribus, M. 1992. Quality First: Selected Paper On Quality And Productivity Improvement. National Society of Profesional Engineers (4th Edition). ASIN.

TRIPOD. 2013. Pendidikan bertaraf dunia: Antara sumbangan dan cabaran dalam menempuh abad Ke-21. Kertas kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan.http://sarjana.tripod.com/taraf1.html [16 Disember 2013].

Unit Perancangan Ekonomi. 2004. Kualiti Hidup Bandar di Malaysia. Seksyen Ekonomi Makro. Jabatan Perdana Menteri. Putrajaya. Malaysia.

Unit Perancangan Ekonomi. 2013. Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia. Seksyen Ekonomi Makro. Jabatan Perdana Menteri. Putrajaya. Malaysia.

Yavas, U., & Riecken, G. 2001. "Attitudes of US doctors and dentists toward advertising: a comparative study". International Journal of Advertising. 3 : 341- 59.

Zaimah R, Sarmila MS, Azima AM, Suhana Saad, Mohd Yusof Hussain & Lyndon N. 2012. Kualiti hidup dan kesejahteraan belia: Kajian ke atas pekerja sektor awam Malaysia. Geografia Online. Malaysia Journal of Society and Space. Vol 8 (6) : 150 – 156.

Zakaria Stapa. 2009 Manusia Pembina Tamadun : Perspektif Pemikiran Islam. Jurnal Haadhari. Bil 1: 31-44.

Downloads

Issue

Section

Language & Heritage