PENGETAHUAN ETNOBOTANI TUMBUHAN UBATAN WANITA SELEPAS BERSALIN
(ETHNOBOTANICAL KNOWLEDGE OF MEDICINAL PLANTS FOR WOMEN AFTER CHILDBIRTH)
Abstract
Abstrak
Di peringkat global, terdapat 35,000 hingga 70,000 spesis tumbuhan digunakan dalam perubatan tradisional manakala statistik menunjukkan sekitar 60-80% penduduk terutamanya di negara miskin masih bergantung kepada tumbuhan sebagai ubatan alternatif. Di Malaysia, pengetahuan tradisional mengenai tumbuhan ubatan semakin hilang termasuklah pengetahuan tradisional perbidanan Melayu yang sering dikaitkan dengan amalan dan tumbuhan ubatan terpilih. Bertangas merupakan rawatan selepas bersalin yang sangat penting bertujuan untuk mengurangkan bengkak rahim, menghilangkan bau tidak menyenangkan, mempercepatkan penyembuhan luka, serta mengetatkan otot lantai pelvis. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis amalan bertangas dan jenis tumbuhan ubatan yang digunakan dalam rawatan selepas bersalin. Kaedah temu bual tidak berstruktur secara bersemuka dengan mendapatkan 16 orang bidan tradisional Melayu dari tiga buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dapatan kajian merekodkan ketiga-tiga lokasi kajian masih mengamalkan amalan bertangas. Terdapat dua jenis kaedah bertangas yang ditemui dalam kajian ini, iaitu tangas kering dan tangas basah. Dari sudut tumbuhan ubatan pula terdapat lapan belas spesis tumbuhan ubatan yang telah digunakan di tiga lokasi kajian antaranya chenderai, mengkudu, rambutan, lemak ketam, serai kayu, leban, serai wangi, tapak Sulaiman, jintan hitam, pandan, halba, limau, melor, senduduk, mawar, kelapa, kunyit dan semalu. Kepelbagaian pemilihan tumbuhan bergantung kepada ekosistem, ilmu pengetahuan tradisional yang diwarisi serta budaya dan kepercayaan setempat. Walau bagaimanapun, kajian lanjut seperti ujian klinikal boleh diketengahkan untuk membuktikan kesahihan penggunaan tumbuhan ubatan sebagai bahan semula jadi dalam farmaseutikal.
Kata kunci: Bertangas, bidan, etnobotani, tumbuhan ubatan, kearifan tempatan, farmaseutikal
Abstract
On a global scale, there are between 35,000 and 70,000 species of plants used in traditional medicine, while statistics show that around 60–80% of the population, especially in poor countries, still rely on plants as alternative medicine. In Malaysia, traditional knowledge about medicinal plants is increasingly being lost, including the conventional Malay midwifery knowledge often associated with selected medicinal plants and practices. Vaginal heat (bertangas) is a crucial postpartum treatment aimed at reducing uterine swelling, eliminating unpleasant odors, speeding up the healing of wounds, and tightening the pelvic floor muscles. This study aims to identify the types of vaginal heat practices, and the medicinal plants used in postpartum treatment. An unstructured face-to-face interview was conducted with 16 traditional Malay midwives from three states in Peninsular Malaysia: Pahang, Terengganu, and Kelantan. The study findings recorded that all three locations still practice vaginal heat. Two types of vaginal heat methods were identified in this study, namely dry vaginal heat and wet vaginal heat. In terms of medicinal plants, 18 species were found to be used across the three study locations, including chenderai, mengkudu, rambutan, lemak ketam, serai kayu, leban, serai wangi, tapak Sulaiman, jintan hitam, pandan, halba, limau, melor, senduduk, mawar, kelapa, kunyit, and semalu. The variety of plant selections depends on the ecosystem, inherited traditional knowledge, local culture and beliefs. However, further studies, such as clinical trials, could be highlighted to validate the use of medicinal plants as natural ingredients in pharmaceuticals.
Keywords: Vaginal heat (bertangas), midwife, ethnobotany, medicinal plants, local wisdom, pharmaceutical
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright and Licensing
Authors who publish with Asian Journal of Environment, History and Heritage (AJEHH) agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal the right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License (CC BY 4.0).
- This license permits anyone to share and adapt the work for any purpose, even commercially, provided appropriate credit is given to the author(s) and the source.
- By submitting to this journal, authors accept that, if their manuscript is accepted, it will be published under the terms of the CC BY 4.0 license.