ANALISIS KAEDAH DAN DISPLIN ISTINBAT FATWA MUAMALAT DAN EKONOMI NEGERI SEMBILAN

ANALYSIS OF THE METHODS AND DISCIPLINES OF NEGERI SEMBILAN ISTINBAT FATWA IN MUAMALAT AND ECONOMY

Authors

  • Ahmad Azlan Raihan
  • Ros Mahwati Ahmad Zakaria

Abstract

Abstrak

Bidang muamalat dan ekonomi merupakan satu pekerjaan terpuji yang mendapat perhatian yang sangat penting dalam Islam dan sangat sinonim dengan sejarah alam Melayu. Terdapat pelbagai dalil aqli dan naqli yang merujuk kepada aktiviti muamalat dan ekonomi yang kemudiannya dirujuk bagi menghasilkan fatwa yang menjadi garis panduan kepada umat Islam di Malaysia. Dengan sistem pentadbiran hal ehwal Islam yang diamalkan di Malaysia, selain daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri juga boleh mengeluarkan fatwa yang dikuatkuasakan di bawah pemerintahan negeri melalui jabatan mufti negeri selepas jawatankuasa fatwa negeri memperhalusi dan meluluskan sesuatu fatwa. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kaedah dan disiplin fatwa yang digunakan dalam pengeluaran fatwa berkaitan muamalat dan ekonomi di Negeri Sembilan. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif menggunakan kajian pustaka yang melibatkan kajian lepas, minit mesyuarat dan juga dokumen fatwa Negeri Sembilan.   Di Negeri Sembilan, melalui Enakmen Pentadbiran Agama Negeri Sembilan 2003, sebanyak 15 buah fatwa yang telah dikeluarkan berkait dengan bidang muamalat dan ekonomi dari tahun 2009 -2020. Kesemua fatwa berkaitan muamalat dan ekonomi ini telah dikeluarkan mengikut satu daripada tiga kaedah berikut iaitu pertama; qawl Muktamad Mazhab Shafie, yang kedua; qawl Muktamad Mazhab Hanafi atau Maliki atau Hanbali dan yang ketiga; Ijtihad Jawatan kuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan, namun Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan (JKFNS) mengutamakan qawl muktamad Mazhab Shafie dalam penentuan fatwanya. Kaedah dan disiplin ini digunakan bagi memastikan kepentingan awam terjaga khususnya bagi masyarakat Islam yang tinggal di Negeri Sembilan.

Kata Kunci: Islam, Sejarah, Negeri Sembilan, Mufti, Fatwa, Melayu

 

Abstract

The field of commerce and economics is a commendable field that receives very important attention in Islam and is very synonymous with the history of the Malay world. There are various aqli and naqli arguments that refer to muamalat and economic activities, which are then referred to in order to produce a fatwa that becomes a guideline for Muslims in Malaysia. With the Islamic affairs administration system practiced in Malaysia, apart from the central government, the state government can also issue fatwas that are enforced under the state government through the state mufti department after the state fatwa committee refines and approves a fatwa. The objective of this study is to identify the method and discipline of fatwas used in issuing fatwas related to muamalat and the economy in Negeri Sembilan. The approach used in this study is a qualitative method using a literature review involving past studies, meeting minutes, and Negeri Sembilan fatwa documents. In Negeri Sembilan, through the Negeri Sembilan Religious Administration Enactment 2003, a total of 15 fatwas have been issued related to the field of religion and economy from 2009–2020. All of these fatwas related to muamalat and economy have been issued according to one of the following three methods: the first, The Ultimate qawl of the Shafie School; the second, qawl Muktamad Madhab Hanafi, Maliki, or Hanbali; and the third, Ijtihad. The authority of the Fatwa of the Negeri Sembilan Government, however, is that the Fatwa Committee of the Negeri Sembilan Government (JKFNS) prioritizes the final qawl of the Shafie School in determining its fatwa. This method and discipline are used to ensure that the public interest is maintained, especially for the Muslim community living in Negeri Sembilan.

Keywords: Islam, History, Negeri Sembilan, Mufti, Fatwa, Malay

 

Author Biographies

Ahmad Azlan Raihan

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Aras 15, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Ros Mahwati Ahmad Zakaria

Institut Alam & Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor Darul Ehsan.

Downloads

Published

2024-12-26

Issue

Section

Language & Heritage