THAILAND-MALAYSIA BORDER: A STRATEGIC ROUTE FOR ILLICIT DRUG TRADE FROM THE GOLDEN TRIANGLE

(SEMPADAN THAILAND-MALAYSIA: LALUAN PERHUBUNGAN STRATEGIK BAGI PERDAGANGAN HARAM DADAH DARI KAWASAN SEGI TIGA EMAS)

Authors

  • Dunita Nabila A Rahimin
  • Danny Wong Tze Ken

Abstract

Abstract

Nestled between Burma (Myanmar), Thailand, and Laos, the Golden Triangle has long been a critical nexus for illicit drug production and trafficking, establishing itself as one of the world’s most notorious hubs for the global drug trade. The region’s geographical location, coupled with its porous borders, has made it an ideal centre for the cultivation and trafficking of opium, heroin, and other illicit substances. The proximity of Malaysia to Thailand, in particular, has made the Thailand-Malaysia border a significant transit route for smuggling drugs from the Golden Triangle into Malaysia. This study delves into the drug trafficking operations originating from this region, with particular emphasis on the 1970s and 1980s, when the flow of illicit substances into Malaysia surged. During this period, Malaysia faced increasing challenges due to the influx of drugs, prompting the government to take decisive action. Using a qualitative methodology by analysing archival documents from Arkib Negara Malaysia and Central Intelligence Agency (CIA) reports, this research highlights how Malaysia responded to the escalating drug trade. The study traces the evolution of Malaysia’s drug control policies, culminating in the country’s aggressive stance in the 1980s. In 1983, the government declared a "war on drugs," introducing harsh penalties and intensifying law enforcement efforts. Moreover, the study underscores the importance of cross-border cooperation in tackling the drug trade. The Thailand-Malaysia border, heavily impacted by Golden Triangle trafficking, led to increased collaboration between the two nations’ intelligence agencies. Malaysia also worked closely with ASEAN to bolster regional efforts aimed at curbing the spread of drug trade across Southeast Asia. The study concludes that these multi-pronged responses were essential in combating the growing threat posed by the Golden Triangle’s drug trade in the latter half of the 20th century.

Keywords: Thailand-Malaysia border, Golden Triangle, Malaysia, drug smuggling, drug trafficking

 

Abstrak 

Terletak antara Burma (Myanmar), Thailand dan Laos, Segi Tiga Emas telah muncul sebagai pusat utama bagi pengeluaran dan penyeludupan dadah haram, menjadikannya salah satu hab yang terkenal di dunia bagi perdagangan dadah global. Lokasi geografinya yang strategik dan sempadannya yang mudah dimasuki, menjadikannya pusat yang ideal bagi penanaman dan penyeludupan opium, heroin dan bahan terlarang lain. Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan Thailand telah menjadikan sempadan Thailand-Malaysia sebagai laluan penting bagi penyeludupan dadah dari Segi Tiga Emas ke Malaysia. Kajian ini menyelidiki operasi penyeludupan dadah yang berasal dari kawasan ini, dengan penekanan khusus diberikan pada tahun 1970-an dan 1980-an memperlihatkan aliran bahan terlarang ini telah meningkat secara mendadak ke Malaysia. Berhadapan dengan cabaran peningkatan isu dadah, hal ini telah mendorong kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan tegas dalam memerangi dadah. Menggunakan metodologi kualitatif dengan menganalisis dokumen arkib daripada Arkib Negara Malaysia dan laporan Central Intelligence Agency (CIA), kajian ini menelusuri bagaimana Malaysia bertindak balas terhadap peningkatan perdagangan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas. Kajian ini meneroka evolusi dasar kawalan dadah Malaysia yang mencapai kemuncaknya apabila Malaysia mengambil pendirian tegas pada tahun 1980-an. Pada tahun 1983, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan “perang terhadap dadah” dengan memperkenalkan hukuman berat dan memperhebatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap dadah. Selain itu, kajian ini juga menekankan kepentingan kerjasama merentasi sempadan dalam menangani perdagangan dadah. Sempadan Thailand-Malaysia, yang terjejas teruk dengan aktiviti penyeludupan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas ini telah membawa kepada peningkatan kerjasama antara agensi perisikan kedua-dua negara. Malaysia turut bekerjasama rapat dengan ASEAN bagi memperkukuh usaha serantau dalam membendung perdagangan dadah di seluruh Asia Tenggara. Kajian ini menyimpulkan bahawa pelbagai pendekatan tindak balas oleh Malaysia ini adalah penting dalam usaha memerangi ancaman yang semakin meningkat yang timbul melalui perdagangan dadah di Segi Tiga Emas pada separuh kedua abad ke-20. 

Kata Kunci: Sempadan Thailand-Malaysia, Segi Tiga Emas, Malaysia, penyeludupan dadah, pengedaran dadah

Author Biographies

Dunita Nabila A Rahimin

Department of History,
Faculty of Arts and Social Sciences,
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Danny Wong Tze Ken

Department of History,
Faculty of Arts and Social Sciences,
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Downloads

Published

2025-06-30

Issue

Section

Archaeology & History