ASSOCIATIONS BETWEEN CONSUMER FOOD SAFETY KNOWLEDGE, ATTITUDES, AND PERCEPTIONS OF FOOD HANDLERS’ HYGIENE WITH BUSINESS FAMILIARITY AND PURCHASE INTENTION IN NIGHT MARKETS

HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN KESELAMATAN MAKANAN PENGGUNA, SIKAP, DAN PERSEPSI TERHADAP AMALAN KEBERSIHAN PENGENDALI MAKANAN DENGAN KEAKRABAN PERNIAGAAN DAN NIAT MEMBELI DI PASAR MALAM

Authors

  • AMALINA SHAHIRAH MD NOOR
  • ABDUL RAIS ABDUL RAHMAN
  • SITI NUR'AFIFAH JAAFAR

Abstract

Abstract

Night markets are evening setups consisting of various stalls selling food and daily essentials. According to the Oxford University Press Dictionary, they resemble street food vendors but operate only at night, offering a lively and convenient dining experience. However, as informal markets, night markets face unique challenges related to food safety, hygiene, and consumer perceptions. With urban growth and globalization, street food has become integral to daily life in many countries, including Malaysia. This study investigates how consumers’ food safety knowledge, attitudes, and perceptions of food handlers’ hygiene practices influence their familiarity with night market vendors and their purchase intentions. These three factors where food safety knowledge, attitudes, and perceptions, serve as independent variables. While business familiarity and purchase intention are dependent variables. The study aims to understand consumers’ views on food safety and hygiene, their familiarity with vendors, and how these factors affect buying decisions. It focuses on three objectives: examining demographic associations on study variables (RO1), exploring links between independent variables and business familiarity (RO2), and assessing how these factors relate to purchase intention (RO3). A total of 163-night market customers from Kuala Terengganu and Kuala Nerus participated via a questionnaire. Results showed that most consumers had good food safety knowledge, with 97.5% correctly identifying proper storage and handling practices. Female respondents demonstrated higher knowledge levels than males, and race influenced attitudes and familiarity. Consumers with positive attitudes and favorable perceptions of hygiene were more familiar with vendors. While consumers preferred buying from hygienic vendors, many still purchased from familiar vendors despite some hygiene concerns. This suggests that both cleanliness and personal trust influence consumer choices. For future research, including diverse locations—urban and rural—and a broader range of cultural and socioeconomic groups is recommended to better understand consumer food safety perceptions and purchasing behaviors

Keywords: Food safety, knowledge, attitude, perceptions, familiarity, purchase intention

 

Abstrak

Pasar malam merupakan kawasan yang dibuka pada waktu petang hingga malam, terdiri daripada pelbagai gerai yang menjual makanan dan keperluan harian. Menurut Oxford University Press Dictionary, pasar malam mirip dengan peniaga makanan jalanan tetapi hanya beroperasi pada waktu malam, menyediakan pengalaman makan yang meriah dan mudah. Namun, sebagai pasaran tidak formal, pasar malam menghadapi cabaran unik berkaitan keselamatan makanan, kebersihan dan persepsi pengguna. Dengan perkembangan bandar dan globalisasi, makanan jalanan menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian di banyak negara, termasuk Malaysia. Kajian ini meneliti bagaimana pengetahuan keselamatan makanan, sikap dan persepsi pengguna terhadap amalan kebersihan pengendali makanan mempengaruhi tahap keakraban mereka dengan peniaga pasar malam serta niat membeli mereka. Ketiga-tiga faktor ini adalah pemboleh ubah bebas, manakala keakraban perniagaan dan niat membeli adalah pemboleh ubah bersandar. Kajian ini bertujuan memahami pandangan pengguna terhadap keselamatan makanan, kebersihan, keakraban dengan peniaga, dan bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi keputusan pembelian. Fokus kajian meliputi tiga objektif: mengkaji hubungan latar belakang demografi dengan pemboleh ubah kajian (RO1), meneroka kaitan antara pemboleh ubah bebas dengan keakraban perniagaan (RO2) dan menilai hubungan antara keakraban dan niat membeli (RO3). Sebanyak 163 pelanggan pasar malam dari Kuala Terengganu dan Kuala Nerus menyertai kajian ini melalui soal selidik. Keputusan menunjukkan majoriti pengguna mempunyai pengetahuan keselamatan makanan yang baik, dengan 97.5% mengenal pasti amalan penyimpanan dan pengendalian makanan yang betul. Responden wanita menunjukkan tahap pengetahuan lebih tinggi berbanding lelaki, dan kaum memberi kesan kepada sikap dan keakraban. Pengguna dengan sikap positif dan persepsi kebersihan yang baik lebih biasa dengan peniaga. Walaupun pengguna lebih suka membeli dari peniaga yang bersih, ramai masih membeli dari peniaga yang mereka kenal walaupun terdapat kebimbangan kebersihan. Ini menunjukkan kebersihan dan kepercayaan peribadi memainkan peranan penting dalam pilihan pengguna. Bagi kajian masa depan, disyorkan melibatkan lokasi pelbagai jenis termasuk bandar dan luar bandar serta latar belakang budaya dan sosioekonomi yang lebih luas untuk memahami dengan lebih baik persepsi dan tingkah laku pengguna.

Kata Kunci: Keselamatan makanan, pengetahuan, sikap, persepsi, keakraban, niat membeli

Author Biographies

AMALINA SHAHIRAH MD NOOR

Faculty of Fisheries and Food Science,

Universiti Malaysia Terengganu

ABDUL RAIS ABDUL RAHMAN

Faculty of Fisheries and Food Science,

Universiti Malaysia Terengganu

SITI NUR'AFIFAH JAAFAR

Faculty of Fisheries and Food Science,

Universiti Malaysia Terengganu

Downloads

Published

2025-11-30

Issue

Section

Environment & Landscape