KESEJAHTERAAN HIDUP KOMUNITI BANDAR: ANALISIS EMPIRIK KAJIAN KES DI BANDAR PUTATAN, SABAH

THE WELL-BEING OF URBAN COMMUNITY LIFE: EMPIRICAL ANALYSIS A CASE STUDY IN THE CITY OF PUTATAN, SABAH

Authors

  • AHMAD QAMYL AZLAN
  • NOORDEYANA TAMBI

Abstract

Abstrak

Pelbagai elemen yang diukur dalam menjamin kesejahteraan hidup sesebuah komuniti merangkumi aspek ekonomi, sosial dan kesediaan persekitaran dalam sesebuah komuniti terutamanya di kawasan bandar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesejahteraan sosial, ekonomi dan persekitaran komuniti bandar Putatan, Sabah yang merupakan kawasan strategik bersempadan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan pusat bandar Kota Kinabalu. Pendekatan metodologi yang digunakan ialah kaedah kuantitatif untuk mengetahui kesejahteraan komuniti secara menyeluruh. Seramai 416 responden dari pelbagai latar belakang di bandar Putatan menyertai soal selidik. Analisis dan dapatan menunjukkan kesejahteraan komuniti Putatan secara keseluruhan adalah tinggi, namun, temu bual menggariskan isu-isu seperti kekurangan bekalan air sebagai masalah utama yang perlu diberi perhatian. Implikasi kajian ini adalah pihak berkepentingan dapat mengidentifikasi permasalahan yang dihadapi komuniti serta menilai keperluan mereka untuk meningkatkan taraf hidup. Sekaligus dapatan ini dapat membolehkan pihak berkepentingan untuk merancang dan melaksanakan program dan projek inovatif yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan komuniti di bandar Putatan.

Kata kunci: Kesejahteraan sosial; kesejahteraan ekonomi; kesejahteraan persekitaran; komuniti bandar; kesejahteraan komuniti

 

Abstract

Social, economic, and environmental well-being are important elements in measuring community satisfaction in life. This study aims to examine the social, economic, and environmental well-being of the urban community of Putatan, Sabah strategically located adjacent to the Kota Kinabalu International Airport and the city center. A mixed-method approach which uses quantitative and qualitative method was employed to delve deeper into the community's well-being. A total of 416 respondents from various backgrounds in Putatan participated in a survey. The findings indicate that overall, the well-being of the Putatan community is high. However, interviews highlighted issues such as the scarcity of water supply as a primary concern that requires attention. The implication of this study is that stakeholders can identify the issues faced by the community and assess their needs to enhance their quality of life. This enables stakeholders to design and implement innovative programs and projects aimed at improving the well-being of the community in the urban area of Putatan.

Keywords: social well-being; economic well-being; environmental well-being; urban communities; community well-being

Author Biographies

AHMAD QAMYL AZLAN

Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

NOORDEYANA TAMBI

Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Downloads

Published

2025-11-30

Issue

Section

Environment & Landscape