THE HISTORY OF ISLAMIC MAGAZINE PUBLISHING IN MALAYSIA BEFORE INDEPENDENCE: A SPECIAL REFERENCE TO MAGAZINES WITH ISLAMIC EDUCATIONAL THEMES

SEJARAH PENERBITAN MAJALAH BERGENRE ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM MERDEKA: SATU TUMPUAN KHAS KEPADA MAJALAH BERTEMAKAN PENDIDIKAN ISLAM

Authors

  • ANNUAR RAMADHON KASA
  • NORHAYATI HAMZAH
  • MOHD ROSLAN MOHD NOR

Abstract

Abstract

The emergence of Islamic magazines in Malaya can be traced back to as early as 1906, marking a significant development in the dissemination of religious knowledge through print culture. Among these publications were magazines with a distinct Islamic educational focus, produced primarily by madrasahs with the aim of enhancing students’ understanding of Islam and supporting academic engagement during the pre-independence era. This study seeks to explore the historical trajectory of Islamic magazine publishing in pre-independence Malaya, with particular attention to publications that reflected Islamic educational themes. This is a qualitative study based on historical research, adopting a library-based approach for data collection and applying thematic analysis for data interpretation. The findings reveal that out of a total of 41 Islamic-genre magazines published during the pre-independence period, eight were specifically centred around Islamic educational themes. Each of these eight magazines displayed unique characteristics in terms of objectives, content focus, writing approach, and economic considerations. The growth of magazines in this category was largely driven by the wave of Islamic reformism pioneered by the Kaum Muda—a group of individuals with religious educational backgrounds from the Middle East, who, upon returning to Malaya, established madrasahs as a means to implement their reformist ideals. Hence, the decline in the number of such magazines as Malaysia approached independence in 1957 can be attributed to a significant shift in the priorities of madrasahs led by the Kaum Muda figures who redirected their efforts towards political engagement and nationalist movements, rather than continuing with educational publishing.

Keywords: Kaum Muda; Madrasah; Malay magazines; Malay publications; Muslim media.

 

Abstrak

Kemunculan majalah bergenre agama Islam di Tanah Melayu dapat dikesan seawal tahun 1906, sekali gus menandakan perkembangan penting dalam penyebaran ilmu agama melalui medium percetakan. Dalam penerbitan bahan-bahan bercetak khususnya majalah, terdapat majalah yang memfokuskan pendidikan Islam secara khusus yang diterbitkan oleh institusi madrasah dengan tujuan mempertingkat pemahaman pelajar terhadap agama Islam serta menyokong penglibatan akademik pada era sebelum kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan menelusuri perkembangan sejarah penerbitan majalah Islam di Tanah Melayu sebelum merdeka, dengan penekanan khusus terhadap majalah yang memaparkan tema pendidikan Islam. Kajian ini bersifat kualitatif berasaskan penyelidikan sejarah, menggunakan pendekatan kepustakaan bagi pengumpulan data dan kaedah analisis tematik untuk mentafsir maklumat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada sejumlah 41 majalah bergenre agama Islam yang diterbitkan dalam tempoh tersebut di mana lapan daripadanya memberi tumpuan khusus kepada tema pendidikan Islam. Setiap satu daripada lapan majalah tersebut menampilkan ciri tersendiri dari segi objektif, fokus kandungan, pendekatan penulisan dan pertimbangan ekonomi. Perkembangan majalah dalam kategori ini banyak dipacu oleh gelombang gerakan islah yang diketengahkan oleh golongan Kaum Muda iaitu golongan berpendidikan agama dari Timur Tengah. Apabila golongan ini kembali ke Tanah Melayu, mereka telah menubuhkan institusi madrasah sebagai wadah menyebarkan idealisme islah. Oleh itu, kemerosotan jumlah majalah bertemakan pendidikan Islam menjelang kemerdekaan pada tahun 1957 berkait rapat dengan perubahan ketara dalam keutamaan madrasah yang dipimpin oleh tokoh-tokoh Kaum Muda, apabila berlakunya peralihan tumpuan kepada gerakan politik dan nasionalisme berbanding meneruskan usaha penerbitan berbentuk Pendidikan. 

Kata Kunci: Kaum Muda; Madrasah; Majalah Melayu; Media Islam, Penerbitan Melayu

Author Biographies

ANNUAR RAMADHON KASA

Department of Islamic History, Civilization and Education,

Academy of Islamic Studies,

Universiti Malaya

NORHAYATI HAMZAH

Department of Islamic History, Civilization and Education,

Academy of Islamic Studies,

Universiti Malaya

MOHD ROSLAN MOHD NOR

Department of Islamic History, Civilization and Education,

Academy of Islamic Studies,

Universiti Malaya

Downloads

Published

2025-11-30

Issue

Section

Archaeology & History